Thursday, December 31, 2009

Bila kacang hijau dewasa.

Salam,

suma benda akan dewasa, termasuk juga kacang hijau. Tapi kacang hijau bile dier membesar bukan sahaja besar dari segi saiz ataupon bertukar warna sahaja. Dier bertukar bentuk sekali.

Yaa, itulah tauge. dah lama xmakan tauge. Kat sini mana ada jual tauge nih. nak ternak sendiri pon xreti. NAK MAKAN TAUGE!!!

hahaha, saje je tulis. dah lama tak tulis kat sini.

Wednesday, December 30, 2009

Salahkah melihat senyuman
pada wajah-wajah tenang yang di harapkan
Terkemudian wajah-wajah tenang berderetan keseluruhan
pada bunga,rumput,awan malah haiwan-haiwan

Salahkah senyum itu pinta di teruskan
dari wajah bunga2an yang kusam
rumpunan rumput yang menguning
awanan mendung acap kali
haiwanan pedih wajahnya
entah pedih hatinya

Salah itu ciptaan manusia
mengaku akal penuh namun hiba
ada juga mengaku tuan atau tuhan
celaka mereka

Salah-salah si celaka
tak kelihatan sedihnya
meratap seperti apapun masih menonggang dunia
salah itu dari segenap lapisan lubuk jiwanya

Mudah2an salah itu terperasan kilafnya
salah itu pinta dicuci semua
agar senyum segala
bunga,rumput,awan,haiwan tercipta semula

senyumlah semua

Tabah

Salam semua...Umi telah membicarakan sedikit tentang Hidup yang perlu kita semua lalui.Oleh itu yang mengharungi hidup ini kita akan berdepan dengan bermacam2 dugaan dan cabaran..Allah menjadikan kita untuk beribadat dan Dia akan menguji setiap hambanya dengan berbagai2 masalah dan dugaan.Kadang2 kita fikir tak mampu hendak mengatasinya tapi Allah akan menguji kita dengan ujian yang termampu kita atasinya..Disini kita perlu tabah dan cekal disetiap ujian dan dugaan yang menimpa..Jangan kita mengikut perasaan dalam menghadapi nya ..kadang2 syaitan membisikan perkara2 yang bukan dihati kita...berbanyakkan doa minta pertolongan Allah...Emak ayah telah meninggal semasa ayah berumur 4 tahun dan tinggal dengan nenek...bermula dari kecil hingga kini macam2 ujian hidup perlu diharungi...kadang2 terasa juga perasaan lemah semangat tetapi kita fikirkan kita perlu teruskan hidup maka kekuatan kembali semula...Orang lain pun semuanya menghadapi dugaan masing2 dan ada yang lebeh teruk dari kita...jadi jangan kita mudah menyerah kalah kerana semua ujian ini adalah untuk meningkatkan iman kita...secara tak langsung ia juga mematangkan fikiran kita agar kita dapat menempuhi hari2 yang mendatang dengan lebeh bermakna...

Monday, December 28, 2009

Hidup

selamat sejahtera semua
lama tak buka blog ni sory la.umi agak kalut sikit kebelakangan ini siapkan door gift & hantaran.tajuk yg terfikir selepas membaca td ialah hidup
sebab hiduplah kita masih sakit kepala dan sakit itu tetap akan datang dan pergi
itu lumrahnya rantaiannya.kadang2 terfikir juga makin tua makin sakit kepala
tapi itu proses kehidupan kalu ank2 sakit kepalanya sikit tambah dewasa tambah sakit kepaldah tua pun sakit juga kepala silap2 lagi teruk sakitnya
itu lah di katakan org yg makin hebat makin kuat sakit kepalamya kerana hidup dan keperluannya jadi gitulah harus kita lalui.harap2 sakit kepala kita semua menjadi yg berfaedah akhirnya

hidup hiro dah sampai setakat ini je apa yang hidup tentu temui ajalnya dah masanya
memang sedih bila kita tak dapat lagi bersama hidupan yang buat hidup kita ceria
bgn pagi tak lagi nampak muka comel kucing2 kecil tu sibuk lyn mkn minum dia pagi2 sunyilah rasanya.tapi itu kitaran hidup kena pergi juga bila masanya tiba
kitaran hidup yang tak dapat di elak lagi walau bagaimanapun hiro,chantek, prince,d'boo,shiro,brooke dan juga cookie pernah sinagh dalam hidup kita dan menceriakan hidup seketika Allah pinjamkan hidup mereka sementara
itu lah hidup namanya namun selamat meneruskan hidup buat anak2 yang di kasihi suami yang di cintai
hargailah hidup seadanya ia anugerah yang maha esa.

Friday, December 25, 2009

Today Hiro Time

Huhuhuhuhu.....sekali lagi berita sedih tuk kami sekeluarga....Hiro adik beradik Chantek also kne 'put to sleep' sebabnya dier dah nazak...nazak sebab per?? sebab ada virus dalam badan dier dan tak dapat di selamatkan lagi...kalo ambil ubat pon nanti akan menyeksakan dia....jadi kami fikir2 jalan yang terbaik hanyalah 'put her to sleep forever'. Well patut lah mimpi Chantek ritu....4 Hiro n Chantek, we always miss you....miss you so much....

koly...knp lah anak2 ko sumer bermasalah...ko nie tak pandai cam kiki lah...huhuhu...btw, mayb diorang dah tahu umi akan pergi ikut ayah...so, biarlah diorang pergi dlu....well...love Hiro, Chantek, n Shiro so much.... not forget Prince n D'boo tu....huhu...Cookie n Broke yang tah kemana...miss all our cat...wawawawawawa...='(

Sakit kepala

Salam,

Sori dah lama tak tulis. Tetiba rase cam malas nak bukak internet sangat [kalo bukak pon sekadar bukak tgk facebook jap je]

Setiap benda yang kita buat, walaupon xbuat pape pon ader benda yang negativenye. Contohnya, kalo kita cat umah. tgh2 cat tiba2 ujan [nih kes cat dinding luar] ataupon bermalasan, jadi tak sedar keadaan sekeliling.

Tapi benda2 camnih tidak diendahkan sangat sebab dah jadi benda lazim. Hal ini hanya akan buat kita sakit kepala bila kita buat benda yang baru. Macam nelayan tiba2 kene suruh menoreh getah. Banyak hal yang nelayan tuh xtau.

Pointnye kat sini ialah semakin kita membesar, banyak benda2 yang kita xtau kita kene buat. Kene tegur tuh mmg byk, tapi kene buat jugak benda tuh. So, buat la sebaiknya. Capik tgh sakit kepala handle pilihanraya nih. So, wish me for the best [^_^; Y



p.s: menulis entry ini untuk kelegaan diri sendiri kot.

Sunday, December 20, 2009

Berakhirnya 2009

salam semua... Masa berlalu terlalu cepat dan pantas sekali dan kadang2 tak dapat nak dikejar...kita telah pun masuk tahun baharu islam dan akan memasuki pula tahun 2010. Sudah tentu banyak perkara2 yang telah berlaku ditahun lepas dapat dijadikan panduan dan tauladan agar kita dapat perbaiki diri supaya menjadi lebeh baik dari tahun2 yang lepas.. mungkin tahun yang mendatang akan lebeh bergelora dengan bermacam macam dugaan dan rintangan.. harap kita semua dapat mengatasinya dengan lebeh tabah dan bersemangat lagi.. ini dapat kita atasi jika kita selalu berdoa dan meminta pertolongan dari yang Maha Esa..Allah sahaja tempat kita mengadu dan padanya kita meminta pertolongan..walaupun kita ramai kawan tapi kalau tak diizin kan Allah maka kita tidak dapat mengatasi masaalah yang dihadapi..Maka perlu lah kita tambahkan lagi amal ibadat lebeh sikit dari tahun2 yang lepas...Dunia kalu dikejar memang tak kesampaian..Dizaman yang penuh dengan pancaroba ini kita perlu lah berhati hati dengan tindakan yang kita buat..Kalau hukum nya Haram maka ia tetap haram. Perlu lah kita tahu batas nya yang mana haram dan yang mana halal.Jangan fikirkan tak pa la..Kalu dah tahu haram hukumnya perlulah kita jauhi.Banyak perkara yang halal boleh kita buat..Maka sebarang tindakan kita buat setiap hari atau pekerjaan yang kita boleh hendak lah kita fikirkan adakah ia mengikut syariat atau tidak..

Wednesday, December 16, 2009

Awal & Akhir

Awal tahun akan bermula,Akhirnya menjelang tiba.kalau di hitung2 banyak yang berlaku tapi yang berlalu biar saja berlalu jadikan panduan & iktibar.sepatutnya ada azam yang di pangil perancangan hidup tapi akhir2 ini azam itu dah makin malas hendak di fikirkan lagi entah mengapa?di kesempatan ini ingin mengucapkan Selamat menghadapi tahun mendatng buat semua ahli terutama Naufal yang melalui tahun bermakna baginya kami tetap menyokong &rilek sikit la!nami juga selamat menempuh alam baru persekolahan Dah Besar Anakku ni!mudah2an tahun mendatang penuh keberkatan AMIN!

Apakah aku benar dalam melakar tindakan,
benarkah aku bila menyatakan,
merenung kembali segala tindakan belum pasti benar keputusan
siapa aku untuk mengia atau menidakkan,
hidup harus berjalan terus2an
benar atau tidak ukuran tidak di tentukan
pastinya tindakan harus berkeputusan

Tuesday, December 15, 2009

Kenapa saya suka lagu jepon

Arini capik nak cakap naper capik suke dgr lagu jepon.

Firstly, mmg ar sebab tgk kartoon dier. Bile tgk citer dier, dorg mmg selitkan lagu kan. pastuh dah berapa ratus episode da tgk, mesti terlekat kat lagu dier. Sbb lgu dorg slalu ada rhyme/irama walaupon xtau maksud dier.

Tuh br tgk 1 citer. kalo tgk 10 citer dier, dah 20 lg dah dpt [paling komman ar sbb dorg ader 2 lagu 1 citer, opening song dan ending]

Lama2 capik dgr lg2 dorg yg xpenah ader dalam citer kartoon dier. sedap jugak. mula2 mmg sebab irama je. then lama2 carik translation dier [maner la tau, tetiba terdgr lagu lirik ntah pape la meaning dier]


then, ble dah bc meaning dier lg suke lg dorg. laen dari lagu2 komersial malaysia mahupon inggeris. lagu malaysia tema dier dr mule smpi abes sume pasal cinta je. lagu mula berchinta la, tgh berchinta la dan xlpe pada lg putus chinta. kalo lagu inggeris ader byk tema gak. tapi lately lgu2 yg masuk kat corong radio diorg sume lagu2 'sex-oriented'


lagu jepon ader gak lagu2 putus chinta, tapi tema yg alen kat lagu2 jepun nih dorg ader lagu pembakar semangat. cthnye lagu nih






lyric translationnye disini:

turning sadness into kindness
your uniqueness into strength
it's okay to get lost so begin walking
once again, once again

do you like to be praised by
answering everyone's expectations?
will your smile always be beautiful
even if you hide your true self?

just dreaming the beginning then waking up
the continuation can be reached someday by myself
the most important thing is always
without any shape
even if you have it or lose it
you'll never know

turning sadness into kindness
your uniqueness into strength
it's okay to get lost so begin walking
once again, once again

unfair adults are always
giving lectures everytime we meet
being unable to show their true selves
they get grouchy as they get hurt



getting the new wind on your side
it's now okay to search for the blue bird


the most important thing is always
without any shape
even if you have it or lose it
you'll never know


turning sadness into kindness
your uniqueness into strength
it's okay to get lost so begin walking


it's natural like the rainbow
that somehow appears after tears
the rain stopped


so the most important thing is always
without any shape
even if you have it or lose it
you'll never know


turning sadness into kindness
your uniqueness into strength
believing that you should be able to do it
once again, once again
once again, are you ready?



mungkin kite xpaham, tapi dunia berinternet bole membantu.
ader je lgu2 yg laen camnih. tapi sampai sini saje ar [dah pjg sgt da nih]


Friday, December 11, 2009

sambung lagi

salam... ini hari lima lagi perkataan bahasa arab pasar...

1. jalan.... thariq... bukan berjalan...
2. kereta.... syayarah...
3. sekolah... madrasah...
4. mesyuarat... ijtimah...
5. kerja.... syugul...
6. pergi... roh..

ana roh syugul... saya pergi kerja....
kam saat... pukul berapa...

begitu la lebeh kurang kalu nak cakap arab pasar....

jumpa lagi.....hahahaah..

Wednesday, December 9, 2009

Sunday, December 6, 2009

sambung lagi...

salam semua... harap semua yang berminat belajar bahasa arab pasar telah pun menghafal 5 perkataan yang telah dinyatakan pada halaman lepas... kali ini akan ditambah 5 perkataan lagi...moga boleh lah mengingati lagi...dari perkataan ini kita boleh lah cantumkan agar menjadi ayat... sama je dengan bahasa melayu...

1. tido... arabnya nuum...tagalognya ngantuk
2. rumah ... arabnya baid... tagalognya bahai
3. nasi...arabnya ruus
4. roti...arabnya khubus...
5. waktu...arabnya saat...
lain lain perkataan yang biasa kita gunakan saperti anta...ana...anti...solat.. isnin...thalata..rabuk..khamis..jum at...sabt.. ahad.... kita baca sabtu...tapi arab sabt je...tagalog sabadu...
sapa yang tambah bahasa arab boleh lah tambah mana2 perkataan yang hampir sama dengan bahasa melayu...harap semua boleh ingat 10 perkataan tersebut...

Saturday, December 5, 2009

bahasa tagalog

salam semua... kali ini kita belajar bahasa tagalog dan bahasa arab pasar...ayah cuba nak belajar bahasa urdu tapi driver pakistan tu tak tahu nak translate ke bahasa inggeris... kalu tak tu senang je tengok cerita hindustan tanpa baca senikata...satu hari ayah ingatkan 5 perkataan bahasa tagalog..ni hari kita belajar 5 bahasa arab dan 5 bahasa tagalog..
1.. air.. arabnya moya... tagalognya tubig
2. makan.. arabnya akil... tagalog kak ain
3. duit... arabnya fulus... tagalognya pera
4. esok.. arabnya bukra..tagalognya bukas
5. datang...arabnya iji.. tagalognya halika..
banyak juga bahasa arab dan bahasa tagalog sama dengan bahasa kita.. saperti awal.. arab pun awal... akhir arab pun akhir...kerusi arabnya kursi...bagitu juga bahasa tagalog yang sama dengan bahasa kita saperti aku.. engkau..kangkong...talapia...lima...anak... bongsu...laki2...ngantuk...
ayah cuba ingatkan perkataan yang biasa kita bual..baru lah senang nak ingat... saperti ...apa kabar,,, dah makan ke...nanti akan dibagi tahu disiri akan datang ...mari belajar bahasa arab pasar dan tagalog....

Thursday, December 3, 2009

sambungan drpd dan selepasnya...

baca post syafiq yg bertajuk dan selepasnya tu teringat lak sajak bi kat bilik hamba...sajaknya berbunyi bergini:

TAKE EACH DAY,ONE AT A TIME.

One day at a time-this is enought.
Do not look back
and grieve over the past,
for it is gone.

Do not be troubled
about the futere,
for it has yet to come.

Live in the present,
and make it so beautiful
that it will be worth remembering.

HU HU HU!SAKIT MATA

Di landa sakit mata,musim cuti hujung tahun ni kami di landa sakit mata,wa wa wa.tapi tu baru sakit mata tak apa lagi boleh di ubt jgn sakit hati tu yang susah di ubat tu.dalam bnyk2 sakit sakit apa yang paling teruk?sakit hati la!sakit tu memang paling susah nak di ubt lupa plak nak tanya DR psikatri tok sakit hati ada ubat tak?kadang2 elok juga rasa sakit sebab dapat bermanja2 sikit.dah tak bleh tumpu menulis lagi ni sebab ada 2 org pengacau kat sini.ok gi dulu

Hidup itu irama
melodi di cipta dari masa lalu
masa sekarang membuat hidup indah iramanya
irama itu harus di tulis sendiri supaya ia jadi irama
indah untuk semalam hari ini dan esok
jadikanlah irama itu bahagia
buat selama2nya supaya ia jadi bahagia
kelolalah irama itu sebaiknya

Dan selepasnya


Salam.

Saje je letak gambar kucing asrama yg suka makan cheese nih. Walaupon setaun bg dier mkn, nama pon capik x bagi.

Maybe dier ader nama laen ke.
Manusia selalu rindu masa lepas dan rasa masa sekarang macam xbes, kurang menarik dari dulu.

Tuh sbb masa lepas kita ingat benda2 yg bes saja.

Sama gak cam capik, ble rambut panjang ader je alasan nak potong. Rimas la, panas la, nmpk cam rocker sesat la. Pastuh ble botak rindu rambut pjg [rambut sederhana tidak dirindui, wakakakka]

Dan apa akan jadi selepasnya? Kerinduan masa lalu tetap berlaku, human basicly built to adore the past, hate the present and fear for future.

saje je nak tulih [ da gatal tangan sgt]

Wednesday, December 2, 2009

ICE SKATING TO SUNWAY LAGOON

satu2 ner benda yang dinaiki time kecik2 dlu..hehe...kenangan...

nmpk cm memeningkn tp sbnr ner x pon=p

ni ler rupa ner...

dlu time kck penakut msg2 nak nain benda alah nie...dah besau gabak baru teringin=p

1st permainan yg diorg main...

merenung masa dpn..(ziki cover perut tu=p)



Hari Isnin yang lepas perancangannya nak pergi main ice skating kat sunway piramid tapi bila dah tanyer2 harga nya mahal so dgn idea yang bernas (n kurang bernas jgk kalo fikir2 kan) drpd kak Hani, so, I suggest that why not we all go to sunway lagoon if the price tak jauh beza kan3...so, umi pun setuju.. jadi kitaorg pon pergi lah ke sunway lagoon..kitaorg ambil yang 2 park ner...water park n amusement(tol ke eja nie..huhu...) park...jadi ner main sakan lah...huhu...idea drpd k.niey tu jd kurang bernas sebab agak banyak yer perbelanjaan ner cz benda yg x rancang,so,mcm2 r kne beli like baju mandi tok dak2(namy,balqis,qusyairi,aqil n nopal) tu,towel,mkn...huhu...tapi tak per sekali sekala jer...rasa2 ner dah dalam 12 or 11 tahun cam tu kot tak pergi sunway...dlu time kecik pnh lah g family day tmpt keje ayah..hehe...so, sbb lama tak prg maka banyaklah perubahan yang terjadi kat sunway tu...bak kata astro..,macam2 ada...=p hehe...nie disediakan sekali gambar2 di sana...

p/s: gambar selebihnya telah dipost kan kemail ayah n syafiq....

Tuesday, December 1, 2009

Cuti Sekolah




Korg tgh cuti sekolah, kan?

Capik pon cuti sekolah gak. Bkn cuti sem ke aper, cuti raye aji je.
Citer pasal cuti sekolah, apa agaknye pengalaman cuti skola korg?

Capik, kakni n ziki [maybe nopal] dah rase mcm2 jenis cuti sekola. Tapi yang pastinye xder memori bes sgt.[ cthnye menjuarai pertandingan bolasepak masa cuti sekola ke]

Ble time cuti sekola, memerap la kat umah tuh. Bangun pukul 10 la. Bole xmandi seharian la. Tapi, masa2 tuh kite slalu jmpe, kan? Mke tgk pon dah xrase pape. Those was the best time in my life.

Skang, nak jmpe pon ssh. Even time cuti sekola. universiti jgn cakap la, cuti sekola dorg xsynchronize langsung. Itula pengajaran "MASA LAPANG SEBELUM MASA SIBUK"

Selamat mencutikan diri anda....

Monday, November 30, 2009

Kan dah......................




Hamek ko............. kan dah......... (sila JGN isi ruangan kosong dengan perkataan ubahan sendiri.)



Sekali nopal cakap, habis sume entry dier review....
Sekalung tahniah diucapkan pada nopal yg beri nafas len skit kat blog nih. Asik2 kitorg jek, so stail tulis pon dah paham la camner.


Pepatah diingati smpi zaman skang sbb dier betol. Contohnye blog nopal nih, "diam2 ubi berisi".

Capik ble bace entry nopal nih rase bes lak. Naper? sbb dier x boring. Padat dan lengkap.


N nopal pon wat capik terpikir, naper hero tuh sume 5 ketul jer? (cybercops dier ader 4 org je) Nak cakap tak cukup kaler, bersepah je ada lg. Ungu ke, kelabu ke, dll.

Sunday, November 29, 2009

Sekian Lama....

salam semua,

first of all,
maaf kalo nk dihitungkan agk2nya kira2 sebulan jugak la
naufal x buka blog keluarga,kalo buka pon sekadar buka,
tak sempat nak baca kepala pon da pentau , dok melilau sana sini...
haha..

second one ,
untuk post2 b'kenaan raya haji/aidiladha/korban/etc tuh
hehe =D kata2 ayah umi mmg naufal setuju 100% sbb kena dengan cara pemikirn
naufal pun,huhu,moga2 kata2 bonda tak saya lupakan..bukan apa,ini semua
untuk kebaikan diri individu jugak...umi ayah memainkan peranan dgn sgt baik,
alhamdulillah syukur sangat2 dpt 'parents' mcm ni (smalam naufal tgk
drama ke ape tah,lps cter nur kasih,dorg x tgk pon,mmg byk sgt beri pengajaran,
antara watak dlm drama tu sheila rusli) hehehe =) bg post abg syafiq tu ,
haha , mmg kesian + lawak + best !!! sanggup pak arab tu beli kmbing
bwk balik guna motor je ( ni la dye nmenye korban ) , and 'bout kmbing
dah tinggal tengkorak after dinner tuh,haha,sebenarnya kmbing pon nk maen
nyorok2,bosan dok tgk org lalu lalang..hik3!

third,
mmg semua post dlm blog ni bile dibaca satu per satu,sgt sedih,
rasanye mengalir ayaq mata den...nk ckp pasal ape naufal sedih..hurmmm..
tak payah la kut...nk tau keee..? nk ea? oke la oke oke ~ haha,ermm ermm
pertama pasal watak(yg ayah post tuh), kedua pasal puisi (yg umi post),
ketiga pasal kambing(yg syafiq post),keempat pasal peramah(yg kak hani post),
kelima pasal melicinkan pinggan(yg nami post),keenam...keenam...mana yg keenam??
haha,pndai2 la pkir ape yg naufal mksd kan tu,jgn amek hati...

forth,
about "apa yg kitorg tgk masa kecik2"...just wondering,why most but not all
the superhero were five only in each story...pelik la,takkan la orang
jepun tu saja2 nak buat only "5" superhero...mcm ade benda tersirat
je yang dorg nk bagi tau...hehe xD

fifth,
jwpn kpd persoalan "ape pengalaman korg sebelum hari raya haji??"...
well,pengalaman naufal berlaku sehari sebelum hari raya haji...
cternye mcm ni..on the way nak balik umah,tgh tunggu train, n then
train pon sampai,skali tgk2 train yg smpai tu train "sardin"..haha..
so,just let it go n wait for another train..then alhamdulillah dpt train kosong..
lepas tu naik la dgn hati yg gembira...smpai dkt hentian di negara kajang tuh,
lame bebenor la train tu dok berhenti,tgk2 train tu train shuttle..dia
nak patah balik pergi sungai buloh,so terpaksa la turun.. perghh , hilang
gembira gua dpt train kosong =[ [pengajaran bukan semua benda best mmg btul2 best,
tapi kalo ayat kwn naufal,ceni bunyi nye,bukan sume awek cantek tu
bagus (mksdnye lengkap la,dgn akhlak nye dgn akidahnye n bla3) ]
back to my story..dah turun dkt kajang tu dok tunggu train x smpai2 ,ade
la dekat 20minit tunggu...last2 bincang naek teksi je la...
and then amek teksi gi ktm ukm...ngatkan dpt teksi oke2 je..
tgk2 dpt teksi "gila"...mksdnye dye xde lesen teksi la sbb just pkai
kereta biasa je...biler naufal tanye dye ckp " a'ah keje part time je"..
dah la mcm tu,dpt pulak gelaran 'aggresive driver' dari kami sbb
org laen baru salah skit dah hon2,marah2,tunjuk jari hantu kat pemandu lain..
tak tau ape nk jdi dgn dia tu,moga2 dia dpt hidup yg bhgia aje aminn...

sixth,
tahniah kpd nami dpt 3A,bak kata buku, LA TAHZAN! = JANGAN BERSEDIH....
heheheheeee =D naufal ngan kak hani dp 2A je tau...oke sekali lagi
naufal setuju dengan kata2 / motivasi / pemangkin semangat ayah kepada naufal
and also my siblingsssss...naufal rasa kenapa Allah tak bagi kita
pekerjaan yang kita mahu kerana bila kita dpat kerjaya yang kita
mahu sudah semestinya kita akan bekerja dengan bersungguh-sungguh and
bila kita dah dapat kerjaya yg diimpikan , maybe kita akan lupa daratan(sombong)
,tak bersyukur,dok hidung tinggi 24jam...hidup kat dunia ni memang susahh
sangat kerana Allah nak menguji kita benda yang lebih apa yg mampu kita
lakukan..hal ini disebabkan Allah nak menaikkan level kita sebagai
seorang hamba di atas muka bumi ini..bila naufal diuji dengan pelbagai
masalah satu je naufal ingat ..jengjengjeng... "naufal,kita ni memang la
akan sentiasa ada masalah,mana boleh tak de,sebab kita dihidupkan
di dunia ni sbg seorang HAMBA ,kalau hamba takde masalah tu bukan
namanye hamba...yang penting kita dapat selesaikan masalah tu dgn baik"
kata2 ni naufal dengar semasa 14 tahun,awal form two and naufal ingat
sampai sekarang sebab bila tiba waktu naufal diuji dan naufal ingat
kata2 tu , semangat untuk menghadapi ujian tu terus naik serta merta..
hehe =D
to umi..umi2 rasa2nya ade tak bakal chef keeee....?hahaha... teringin sgt
nak jdi bakal chef..hik3!

Saturday, November 28, 2009

Selamat hari raya KORBAN !

Berkorban dari pandangan mana???
haluan kanan atau kiri???
berkorban menuntut banyak kehendak
jika seleweng korban hanya tinggal memoir di bawa angin
berkorbanlah jiwa raga bukan sekadar makan dagingnya saja
korban daging serap zat tingal hampas cuma
korban punya seribu macam sebab
yang penting korban utuk pencipta
yang payah korban perasaan jiwa
korban sangka menyangka
korban itu jika di laksana
tenang dan aman jiwa
berkorbanlah jiwaku yang sakit


SALAM EID AL ADHA

Bukan kanak2 lagi..

salam semua... hari korban baru saja berlalu..dalam masa sehari beraya semalam bermacam macam cerita yang didengar..ada yang cerita berulang ulang berlaku..ada cerita yang menarik dan tak kurang juga yang kelakar bila didengar...
jadi ayah berharap semuanya itu menjadi pengajaran kepada anak2 untuk menilai mana yang baik dan mana sebaleknya...kerana perkara ini akan berulang ulang ceritanya tapi pelakun nya berlainan.. cerita nya dan skrip nya lebih kurang sama je... tanya lah umi yang sudah menempuhi cerita2 begini bertahun2...jadi disini kita boleh lihat sikap masing2 dan sikap kita macamana nak mengatasi perkara begini supaya kita tak terikut2 dengan watak yang kita lihat kurang senang...bukan nak kata kita punya sikap semua nya bagus tapi kena lah kita cermin diri sendiri juga...adakah kita ini bertegur sapa... adakah kita ini juga selfish.. adakah kita menghormati orang yang lebeh tua.... sama2 lah kita fikirkan... dan janganlah kita cepat mencari kesalahan orang tapi takut2 kita pun sama dengan mereka...harap2 tak begitu... oleh itu jangan kita fikir bahawa kita maseh kanak2 lagi untuk berkata sesuatu hal kita lihat kurang senang...cakap lah dengan berhemah... tegur lah cara berhemah dan kalu tak boleh juga jadikan panduan agar kita tak jadi saperti mereka...bagi lah tahu adek beradek agar kita semua tak bersikap demikian...umi pun sudah memberi pengajaran kepada anak2 semua.....dengan bergaul dengan berbagai ragam manusia akan mematangkan kita tentang penghidupan yang akan semua tempuhi nanti...

Friday, November 27, 2009

huhu...Salam semua...hehe...dah lama tak tulis kat cini...ni nak cite psl hari raya...ni I nak story kat U all semua..tetibe lak rini terlebih peramah kat semua...huahuahua...diri sendiri pon cam tak percaya...wakakaka...berkata pada diri sendiri,"dulu kan aku pendiam,cam ner leh jadi pembising nie..kompiu2..hahaha" =p...

lagi satu teringin sangat nak tengok and baca cerita KETIKA CINTA BERTASBIH...huhu...nak cari gak sampai dapat..hehe...

p/s: gambar raya nanti I upload k.
: NUR KASIH last malam nie...yahoo...akhir ner..hehe...

sedikit sebanyak lirik lagu dari KETIKA CINTA BERTASBIH...sila hayati dan fahami..=)

Bertuturlah cinta
Mengucap satu nama
Seindah goresan sabdamu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih
Mengutus Hati ini
Kusandarkan hidup dan matiku padamu

Bisikkan doaku
Dalam butiran tasbih
Kupanjatkan pintaku padamu Maha Cinta
Sudah di ubun-ubun cinta mengusik resah
Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit

Ketika Cinta bertasbih Nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud sukur padamu atas segala cinta

WoW!

Hye!Cube Teka Nie Sape?Budak Yang Selalu Malaz Nak Tules Blog!Name Dier Namy!!!!ehhehe....hye semua...akhir nye budak ini tules jugak bende kat blog keluarge nie...hehehhe....namy yang ajar kaknie camne nak buat gambar kat atas nie....hehehhe....budak nie buzy sikit sbb kena menjalankan aktiviti memakan.....supaye pinggan itu licin!!!ok la tu je kowt nanti kalo ape2 namy taip kat sinie!!!bubai!!!
:)

Thursday, November 26, 2009

Eid Adha




Salam.

Raya Haji nak dekat [esok la!!!]
Cme nak story-mory ar kat korg. Seblah umah capik [betol2 seblah tingkap je] dorg buat store tmpt simpan/tempat jual biri-biri utk disembelih esok. Tuhan je ar tau camner bau dier.

Seb baek bilik capik terletak bhgn blakang umah. Kawan capik yg ddk depan tuh bau ar selalu 'keindahan', 'kewangian', dan 'keharuman' bau kambing biri2 tuh.

Pastuh, satu ari capik tgh jln nak blk umah. Capik nmpk yg dorg sdg sibuk membeli kambing2 tuh. Bkn dorg ader lori nak bwk kambing tuh blk. Tp dorg buat cam gambar diatas. Bwk ngan motor.

Tapi stail laen skit ar. Dorg ikat kaki kambing tuh and dorg letak kat bakul grocery. Pikir2kan la.


1 lg citer. Kelmarin, capik dinner kat luar. Masa jalan pergi tuh ader ar seekor kambing depan kedai daging. Hidup lg, siap mendengus kat kitorg. Ble abes jer dinner, jalan tpt sama gak. Pastuh kambing tuh da ilang, tinggal TENGKORAK kambing je. Sikit punya laju org keje sembelih, melapah kambing tuh. Uish2, ntah2 masuk dlm dinner capik kot kambing tuh?


Pengalaman SEBLOM raya aji capik 2009.


APER PENGALAMAN SEBLOM RAYA AJI KORG?

Selamat Hari Raya Aidil Adha

salam...Esok Jumaat kita akan menyambut hari raya aidil adha atau hari raya korban..masing2 pun tahu kenapa dipanggil dengan istilah tersebut...kalu tak tahu bertanya lah pada yang tahu... kita disuruh berkorban apa sahaja tak kira wang ringgit atau tenaga..kalu tak de wang kita berkorban dengan tenaga.. cuma yang penting keikhlasan...jadi sebagai anak2 kita hendak lah berkorban untuk ibu bapa dengan tenaga yang maseh ada... jadi untuk persiapan hari raya ini kita kena lah berkorban dengan menolong umi didapor atau mana2 kerja yang perlu dibereskan...jangan hanya dibuat oleh seorang je... sama2 lah bantu membantu...kalu dari kecil kita tak tolong menolong maka sampai tua pun kita akan bersikap demikian... kita dahulukan keluarga kemudian baru orang lain...dahulukan mereka2 yang hampir dengan kita...jangan keluar sana sini tanpa faedah...sikap begini ayah kurang senang...ayah mahu kita sama2 bantu membantu tak kira apa jua pekerjaan...
hidup ini yang penting adalah mendapat keredhaan ibu bapa...terutama ibu...kalu ibu tak redha maka tak bermakna hidup ini.ayah datang kerja disini pun berkorban jugak untuk mencari rezeki untuk keluarga.
Moga sambutan hari raya disambut dengan penuh kesyukuran...

Tuesday, November 24, 2009

Kenangan lalu

Iya la,ada je kenangan lalu yg seronok dan masih segar di ingatan.bagi umi kenangan masa kecik tak bnyk yg tersimpan mungkin faktor usia atau sbb2 lain entahlah,yg pastikenangan yg segar lagi sesudah kahwin & dengan anak2.mungkinkah kenangan yg kekal bila kita rasa seronok dengan keadaan itu?nak juga tau tpi umi mmg seronok dengan suami & ank2 harap perasaan tu kekal sampai bila2,amin.apa pun bagus kalau kenangan dengan adik beradik mmg elok diingat.ok buat masa ini,umi nak selit sajak untuk chantek!

Kalau aku mampu hantar kau ke syurga akan aku lakukan,
Biar empat kaki mungilmu berlari2 keriangan,
Biar ekormu yg gebu terkodek2 kegembiraan,
Tapi hari ini aku hentikan masa buatmu,
Sungguh aku tak tahu adakah nyawa yg telah di kurnia tahan ini
patut ku hentikan penderitaannya.
Pedih melihat deritamu lalu aku pulangkanmu ke pangkuannya.
Maafkan aku kerana melakukannya.
Chantek

Saturday, November 21, 2009

Apa yg kito kitorang tgk masa kecik2

Salam.

tgh2 bc buku, capik bkk ar youtube. tetiba teringat lak cerita2 lama yg capik, zikri and maybe nopal pon tgk gak kot.

1)Cybercops


2)maskman


3)flashman


4)jetman (nih mase capik dah skola agama. ssh nak tgk.)


5) Thundercats



ble ingat balik, mmg best waktuh2 camtuh. tgk citer camnih pon x bosan. ader lg cam ninja turtles, tomatoman etc.

Friday, November 20, 2009

YA YA YA !BETUL

betul seperti di beritahu oleh ayah tu,mmg itu lah asam garam hidup mmg dalam 100% di tany tentang kerjaya umi rasa dalam 70% akan menjawab begitu.itu ikut survey tak rasmi umi lah.macam umi dulu ada beberapa cita2 seperti wartawan,usahawan,guru tapi yang jadi nya IBUAN ha ha ha.opps!DR jadi juga tapi DR haiwan,x bertauliahlah.tapi mmg bnyak lah hikmahnya umi rupanya jadi guru pada bakal wartawan.bakal DR,bakal ahli fizik dan ada 2 bakal lagi insyallah.kalau nak kata bab susah kerja macam umi ni yang nampak macam tak ada apa2 pun susah juga.menuntut banyak komitment,sebab tu lah umi buat sajak melambak2 sebagai motivasi diri.macamanapun semua anak dah buat umi rasa bangga dan bersyukur cuma masih tetp mendoakan anak2 berjaya terutama yang 3 orang tu.biar bila umi bangun dari tidur yang panjang nanti menghadap hakim di mahkamah Agung umi akan bangun dengan bangga menjawab umi dah jadikan umat islam orang yang berguna.mungkin ayah pun rasa begitu juga,tak gitu ayah?ok buat kali ini sampai jumpa lagi.opps! di masa lain umi tulis sajak yang di tulis Khas untuk si chantek kesayangan kita

Thursday, November 19, 2009

Tanggungjawab

salam...pertama diucapkan tahniah kepada najmi kerana dapat 3A dalam upsr...harap bertambah rajin lagi belajar kerana banyak lagi exam yang akan ditempuhi kelak..ini baru permulaan dan banyak lagi yang datang hingga keperingkat universiti pun maseh ada exam lagi.
Yang penting sekarang adalah tanggungjawab kita sebagai pelajar untuk mencapai cita cita kita...walaupun cita cita pada mula berlainan tapi akhirnya bila di universiti dapat course lain...ini ada hikmahnya yang kita tak nampak..dan bila kita dah masuk satu2 bidang pengajian maka terpaksalah kita harungi samada susah atau senang...yang penting kita dapatkan ijazah dahulu dan jangan lah difikirkan dahulu nanti kalu kerja akan jadi begini atau begitu...tanggungjawab kita adalah menghabiskan pengajian dahulu...masalah kerja kita fikirkan selepas dapat ijazah nanti...dulu semasa ayah bekerja disaudi ada berfikir kalu aku dapat kerja di abu dhabi akan malas nak pergi kerana semuanya mahal...tapi kita merancang Allah menentukan semuanya..pada kita tak bagus tapi disisi Allah itu adalah terbaik untuk kita...ada juga lepasan ijazah dlm engineering tapi akhirnya kerja cikgu...lepasan doktor akhirnya jual air dimesir...lepasan akaun akhirnya jadi chef....kerja dimana2 pun banyak cabarannya tapi yang penting tamatkan dahulu pengajian kita lepas baru fikirkan masalah kerja....ayah dulu nak jadi lecturer je malas jadi surveyor ...buat kerja sana sini tapi Allah telah tentukan jadi surveyor....terima lah dan bersyukur..hikmahnya dapat pergi sudan..saudi buat haji..pergi paris...abu dhabi...
Kita cuma merancang tapi Allah yang menentukannya..itu adalah pilihan terbaik untuk kita...

KENANGAN TERINDAH




Hanya tinggal kenangan....

Kenangan membawa maksud peristiwa lampau yang tidak dapat di ulang kembali tetapi hanya boleh di kenang. Di sini hani ingin menceritakan satu kenangan terindah hani. Memang banyak kenangan terindah, tetapi kenangan yang ni hani rasa sangat special. Iaitu Kenangan bersama Chantek (Our lovely cat forever.) argh...sdh3...Chantek sangat special bagi kami semua.Sebabnya dia sangat rapat dengan kami dan kami sayang sangat kat dia sebab dia sakit dan banyak lagi sebab. Kami terpaksa "PUT IT SLEEP" coz kami tak sanggup tengok die menderita. Bila teringatkan Chantek, hani teringatkan Shiro. hani teringat macam mana hani suap dia minum susu time kecil(oleh sebab die sakit so, mak die xnak bagi die susu.), balik dari uia must cari die dlu, umi mandi kan die....Chantek I MISS U SO MUCH...dah3...lain kali sambung...tak tahan sedih ='(...hanya gambar sahaja yang mampu kami tatap di kala rindu menebal...LOVE U...

Monday, November 16, 2009

Cuti .....

salam semua...cuti sekolah dan cuti semester universiti hampir tiba kini... minggu ini adalah minggu terakhir nami disekolah rendah dan lepas tu kesekolah menengah... hari selasa 17hb nov najmi mendapat penghargaan Peningkatan dalam pembelajarannya..tahniah diucapkan...adalah sedikit kenangan dari sekolah rendah.. naufal last day form 4 pada hari rabu.. zikri dan hani last day exam pada minggu ni juga..harap kalian menggunakan masa cuti ini dengan lebeh bermenafaat...gunakan sepenuh masa dgn aktiviti yang bermakna...naufal bulan desember dah nak mula tuisyen...harap dah tahu paper mana yang nak ambil tuesyen...najmi banyakkan membaca buku berbahasa inggeris...
next week hari raya haji...harap masing2 dapat membantu umi dalam semua kerjanya...dgn ini meringankan sikit bebannya..umi tu dah tak larat ..kalu kalian tak tolong sapa lagi nak tolong...raya mungkin ramai juga tetamu yang datang menziarahi tuk...jadi kenalah bantu mana yang patut..
kat sini dah mula masuk musim sejuk...waktu solat pun dah banyak berubah..malam lebeh lama dari siang..ayah next week mungkin pindah bilek..jadi nak dapatkan internet mungkin mengambil masa jugak...syafiq pun dah ada internet dan musim sejuk telah pun bermula.. moga sehat selalu dan be happy...

Friday, November 13, 2009

Family



"And if one thing family does it is believe, against all odds, in the best of each other"

Selamat pagi (?!) Tatkala halim othman menjadi dj HotFm sementara Fara sakit lutut, tatkala pemain Algeria dibaling batu di Cairo, hamba ini menulis.

Dah xder tajuk laen, saje je nak tulis. Lg pon, terdgr quote bes nih dari satu film; citer psl abang dier yg playboy, tp adek dier ttp percaya abg dier. Pastuh org tanye pasai apa, dier jawab ayat diatas.

Selalu gak kwn2 gue tanya " Ko asal xbalik? xrindu family ke?" Rindu tuh ader ar skit2, tp gue nak kumpul rindu byk2 skit biar bes blk sekali gus, wakakakakaka. Lg pon, dah besa kot. Sejak ayah kerja sudan mase gue form 3, berpisah dr keluarga dah x jd satu rintangan bg kite suma.

Sume dah ader keje masing, nak study ar, tunggu result UPSR la, nak SPM ar. So, moga berjaya bg sume yea.

Dah xder idea nak tulis.....

salam lagi sekali

salam buat semua yang di sayangi.lama tak menulis bukan apa bila tinggal sendiri terlupa pula nak sign in macam mana maklumlah kalau bukan bidang dan jarang membuka blog mmg gitu.tambahan pula usia dah makin meningkat banyak sel2 yang dah out.
keadaan dah macam biasa aje,tinggal menunggu keputusan najmi tak berapa lama lagi.hari ini agak mendung hujan turun renyai2 gitu jugalah hati ini bila mandikan si chantek dengan air panas hari ini air matapun turun mencurah2 sebab nak suruh zikri bawa dia ke klinik untuk 'PUT IT TO SLEEP' rasa kejam pulak lihat dia tak tentu arah tiap hari macam dalam kesakitan tapi nak melepaskan dia macam ni la mungki sebab dia se ekor kucing kalau sakit kita tak faham curahan hati nya.bila lihat dia tidur dengan gelisah hati berkata iya lah nnt umi beri kau masa utk tidur dengan tenang.itu lah serba sedikit tentang chantek lepas ni kalu dengar perkataan cantik tentu teringat kenangan bersamanya.

Kiranya mungkin ku lawan arus ini
akan ku teruskan perjuangan
tetap ku cuba melawannya makin ku harung
makin deras arus mendatang
tidak juga mahu ku biar tuboh longlai di hempas arus ini
masih lagi ku lawan arus itu yang penuh dengan bangkai2
kiranya ku masih harus melawan arus itu
ku perlukan keajaiban
yang dapat menegakkan ku dari terus hanyut di bawa arus

Saturday, November 7, 2009

Masa berlalu..

Salam semua... dah lama tak membuat coretan di ruangan ini...baru balek dari bercuti dimalaysia selama 23 hari...tapi macam 2 hari je rasanya..tu lah dikatakan akhir zaman masa berlalu terlalu cepat..tapi bila duduk diperantauan rasanya lama pulak menunggu nak balek bercuti...mungkin kat sini tak sesibuk dimalaysia...disini masa banyak dihabiskan lepak diatas katil je..tambahan sekarang musim sejuk dah nak mula jadi malas nak keluar jalan2..kalu musim panas pun tak keluar jugak...keluar cuma pergi kerja atau kemasjid...masing2 sibuk dgn exam dan naufal baru habis exam jumaat kelmarin...nami result akan keluar next week kot...lepas tu masuk lah sekolah menengah...hani dan zikri maseh bertarung lagi dgn examnya..
Bila dilihat sekali imbas maka kita dapati masa berlalu terlalu cepat..kadang2 tak sempat nak mengejarnya...

Monday, November 2, 2009

Esok, Lusa, dan Tulat

Hehehehhe, pinjam tajuk umi jap.

Semalam jadi memori, hari ini penuhinya dengan penuh erti, esok nikmati hasilnya menanti.

Wakakakka, power tak ayat? Mesti kagumas kan?

Saje je nak menyebok tulis balik. daripada xder wat paper sangat. 'Esok' selalunye merujuk kpd hari yang akan berlaku selepas 12 tgh mlm. Laen la bg mereka yg keje shift malam, esok dorg ble dorg bgn tido.

'Esok' jugak membawa seribu keputusan. Sume yg kite dah buat 'semalam' dan 'hari ini' akan ditunjukkan pada keesokan harinye [bkn btol2 hari esok, literally hari esok]

HIdupkanlah hari ini supaya esok hari tidak menyesal nanti. =)

Thursday, October 29, 2009

SEMALAM HARI INI ESOK

Semalam tidak suram tapi wajahnya agak berliku
hari ini mentari tidak jingga namun bulanpun tidak mencurah warna
esok entah masih kelam pastinya di hujung sana ada cahaya
cahaya yang kian mendatang
buat bingkisan lima permata
hendaknya cahaya itu buat permata tambah kilaunya
hari ini esok semalam tetap bercahaya jua

malam ini tiba2 umi rasa nak menulis sbb lama tak menulis ,dengan harapan & doa semoga semua ank2 di dalam sejahtera semuanya.untk pengetahuan semua insyallah result UPSR akan keluar pertengahan november ini.satu permulaan utk nami melakar graf ujian persekolahannya.tahu depan naufal pula menghadapi peperiksaan terpenting sepanjang persekolahannya.Hani dah berada di hujung2 pengajian,syafiq & zikr pula masih jauh perjalanan.bagaimanapun SYABAS semua kerana tidak pernah mengalah.Ini kan satu Jihad yang boleh di persembahkan di hari kemudian.umi hanya mampu berdoa & yakin kalian semua akan ke mercu Insyallah.tapi apa yang umi tak pasti adakahsemua ahli2 buka blog ini?tak mengapa satu hari tentu terbuka juga hati nak membaca.sekian salam sayang untuk semua sampai ketemu lagi.....

cuti dimalaysia

salam semua pada peminat blog ini... ayah berada dimalaysia pada minggu terakhir dan akan balek keabu dhabi pada hari isnin..apa nak buat dah ditakdirkan kerja disana maka nak tak nak kena lah terbang kesana....nak ikut kan hati malas nak kesana tapi keadaan memaksa maka perlu teruskan kerja untuk menampung hidup yang sementara ini...masing2 perlu kan wang untuk meneruskan pelajaran...hari berjalan begitu pantas dan diharap kita semua tidak leka dengan permainan dunia ini...alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan bagi mereka yang akan menghadapi pepereksaan minggu depan diharap telah bersedia dan semoga boleh menjawab soalan2 dengan tenang...
ayah dan umi sentiasa mendoakan kejayaan anak2 nya dalam semua bidang yang diceburi...tabah dan sabar dan berdoa selalu hendaklah menjadi amalan kita...

Monday, October 26, 2009

Lame X tulis pape

salam


sorry dah lame dah xtulis pape. internet takder. umah br agak secluded dr internet, so tgh pikir camner nak masukkan tenet dalam umah nih. Mintak maap jugak pade sesapa yg msg capik [especially umi& ayah] capik demam-demam sikit. perubahan musim kot.

what new in my life? capik repeat year so cam rase kekok blk bler masuk klas. bayangkan cam kite pindah skola dulu. dorg dah kenal antara 1 sama laen, kite sorg2. rase camtuh la.

tuh je kot. sampai sini saja coretan ari nih [blog sendri pon capik xupdate2 lg. mati idea =) ]

Tuesday, October 20, 2009

KETENTUAN

Salam,lama tak menulis,buka blog ni tengok tak ada yang respon.mungkin masing2 sibuk al maklum klas dah mula ada yang nak exam.anyway good luck to all.
cakap tentang exam teringat exam yg paling besar iaitu hidup.saja nak share kat sini pengalaman2 yg pernah d lalui.
dulu masa ayh tak kerja selepas balik dari Glasgow kami terfikir2 mengapa ia jd pada kami?kenapa org lain laluannya senang?tahun demi tahun macam2 perkara yg terjadi,tp masih tak dapat jwapannya?selalu juga umi bertanya pada ayh kenapa org2 lain hidupnya mewah (especially in bangi)tau la setiap kejadian ada hikmahnya.tetapi tak puas juga hati kalau tak tau sbb sebenarnya ia la mcm mana nak kaji PRO & CON?
tapi selepas 24tahun kahwin terungkai sikit sbb nya.myB ALLAH buka sikit pada umi sbb ini org tak mau berhenti tnya kenapa.setelah mendengar masalah org lain apabila datang ujian apa yg ada d tangan tak dapat lagi di selamatkan,tambahan pula biasa hidup senang jadi kalau tak diri sendiri tentu ank2 mengeluh.al maklum dah bertahun2 di dalam kemewahan.masa mendengar keluhan tu timbul rasa syukur baru dapat jawapannya.lebih baik di uji awal2 dari kemudian atau ditarik turus dgn dtng musibah (nauzubillah)
Hidupkan tempat ujian kalau ALLAH syang kita tentu kita di uji sedikit2 macam parent yg nak anak dia belajar bertatih tentu di lepas sikit2 kalu jatuh tak terus tersungkur.SUBHANALLAH alangkah nikmatnya bila di uji sebenarnya
untuk anak2 kalau di uji jgn tertanya2 lagi, bergantung dgn ALLAH usaha dan tawakal lah.sini mmg tempat ujian lebih baik ada turun naik dari naik saja tiba2 jatuh takut tersungkur.

TENANG
Wahai alam bilakan tenang,
gelora sekelian isinya entah bila hening tiba
Wahai jiwa timbullah aman
harus ku menghirup kebahagiaan


Sunday, October 4, 2009

Sikap-Watak-Perangai

Salam...Harap semua tidak merasa bosan untuk membaca coretan demi coretan yang di paparkan diruang ini...Kali ini kita berbicara tentang sikap...perangai... watak... Semuanya adalah lebeh kurang sama maknanya..Jadi kita perlulah berhati hati tentang sikap kita...Kadang2 kita fikir sikap begitu baik rasanya tapi dikaca orang lain rupanya sebalek..Kita jangan fikir orang perlu memahami sikap kita dan kita pula tak memahami perangai orang lain...Disini lah kesabaran memainkan peranan yang penting...Kita nak capai tahap kesabaran macam nabi amat lah susah tapi kalau boleh kita cuba sedaya upaya untuk banyak bersabar...Manusia memang bermacam perangai dan kadang2 kita pun pening melihat perangai masing2.Untuk mendidik diri supaya berakhlak mulia perlu mengambil masa yang lama...Kalau kita tinggal diluar kawasan yang biasa kita duduki kita dah biasa dengan perangai orang disekeliling tapi kalau kita keluar sedikit dari kawasan itu kita akan temui bermacam2 perangai manusia...Jadi untuk mengetahui sikap kita itu bagus atau tidak cuba kita tanya dengan umi atau kawan2 supaya kita dapat perbaiki sikap itu dari awal..Dengan ini perangai yang kurang sehat itu tidak akan sampai ke tua nanti..Ayah pun dulu dikatakan panas baran tapi ayah cuba buktikan agar panas baran ini tidak berlanjutan sampai ke tua..Ada juga katakan ayah ini sombong tapi ayah cuma berbual dengan orang yang ingin berkawan dengan ikhlas sahaja..Kita semua akan lalui ranjau hidup yang berliku liku ini dan perlulah tabah menghadapinya..Bila kita tinggal bermasyarakat kita perlu lah pandai menyesuaikan diri dengan suasana...Oleh itu kita perlulah membetulkan sikap kita yang mana kita fikir kurang elok..Kalau nak akhlak yang baik baca lah sirah Rasulallah...

Saturday, October 3, 2009

Bukan niat di hati tidak mahu duduk di luar.hehe..ceh ayat dah macam umi dah..=p bukan tak nak duk luar tapi dah nak habis year..so macam menyusah kan nak pindah2...nak cari rumah lagi..huhu...tapi minta2 tak kena duk luar...huhu...lagi satu ni haa..., time2 nak add and drop ni lah diorg nak suh tukar pin...ramai budak2 yang mengalami masalah..huhu...tukar jer lah pin tu sem depan...k ah nak sambung wat keje...ni curi2 tulis jer ni...wakakakakka...=p

Thursday, October 1, 2009

Tinggal luar Kampus...

Semalam semasa perjalanan balek dari masjid kerumah ayah menelepon kak Hani...tanyakan kabar... maka dia pun kata ok..sehat.. lepas tu dia kata apa la uia ni tak tolong student...ayah tanya kenapa?.. tahun satu student boleh tinggal dalam asrama dan bagi mereka yang aktif boleh tinggal juga...tahun dua dan seterusnya kalau tak aktif kena tinggal diluar..cari la tempat tinggal sendiri...ayah pun dulu macam tu juga...tahun satu je tinggal asrama lepas tu kena sewa rumah diluar...ada kala tinggal dikampong baru.. lepas tu pindah di keramat.. dan lepas tu balek semula ke kampong baru tapi rumah yang berlainan...Itu lah apa yang terjadi dengan syafiq sekarang..tanya dia dah berapa kali pindah..katanya seronok juga pindah randah ni...Jadi bila kita keluar dari u nanti kita pun kena cari kerja. Kalau bernasib baik dapat kerja kat Bangi ok juga la boleh duduk rumah sendiri tapi kalu dihantarnya ke selatan atau ke utara...maka kita kena juga cari tempat tinggal sendiri..Nak sesuaikan dengan jiran dan keadaan sekeliling mengambil masa juga..kalau kita sudah biasakan keadaan begini maka ia tidak menjadi masalah lagi...

Tuesday, September 29, 2009

Sekadar

sekadar renungan hari demi hari membaca blog ini makin suram penyertaan ajk nya
mungkin masing2 sibuk tp yang paling sibuk zikr&nami la
ntah la apa yg di sibukkan sampai tak sempat2 menulis?untuk pengetahuan blog ni serupa mcm meja rundingan anak beranak kalu tulis blog tak nak latih macam mana kalu nak berbincang sesuatu hal nnt?kita anak beranak atau adik beradik kena belajar berbincang jadi kan budaya
jgn terbawa sikap dunia la ni nafsi2.betulkan anak2?kan mak ju dah berletiaq ni ha.
ingat apa yang penting kerjasama!
kalu tak sempat sangat 1 minggu 1 isu pun tak apa la

Sempit dunia sesak manusia
alam dunia yang sesak
manusia manusia cetek terkatik-katik mengejar dunia
Kecil dunia singkat masa
Dunia di kejar tak tiba-tiba
Akhirat luasnya tak terhingga
Kecilnya dunia

Sebening Syawal mendatang sekilas pergi Ramadan
Jadi rindu-rinduan menanti kesekian
Anak-anak riuh meraikan
Pedih hatiku melepaskan
Berbunga harapan menanti Ramadan
Raya maseh lagi belum habis dan masing2 dah mula betugas saperti sedia kala.. Ada yang ke sekolah ..kuliah..dan ada yang kerja..Bagi yang ada kesempatan eloklah dikerjakan puasa enam yang mana masing2 pun tahu fadilatnya...ayah pun cuba nak buat tapi takat ni kerja siang dan cuaca maseh panas lagi belum sempat lagi nak puasa enam...Zikri dan Hani dah mula kuliah ...zikri akan menghadapi exam nya next week dan diharap sudah membuat persediaan...Hani rasanya dah exam tapi result belum keluar lagi kot...Naufal bila agaknya exam akhir tahun! Syafiq sibuk pindah rumah baru dan diharap adalah kawan2 membantu.. Masa terus berjalan dengan pantasnya dan sekarang kita telah masuk bulan oktober dan lagi dua bulan akan datang lah tahun 2010...Jadi pergunakan lah masa ini dengan kerja2 yang berfaedah...Lepas ini Najmi akan masuk sekolah menengah dan kenangan disekolah rendah cuma menjadi ingatan dimasa akan datang...
Harap Najmi dah buat pasport kerana baru saja menyambut hari jadinya... Selamat Hari Jadi Kepada Najmi Dan Hani...

Friday, September 25, 2009

Raya Abu Dhabi....

Salam.... Tahun ini terpaksa la beraya di Abu Dhabi...Macam tak raya pun..Malam raya pertama kena shift malam dan balek kerja pukul 3 pagi..Selepas subuh rasa mengantuk terus tido maka terlepas la solat raya...Solat raya pun tak tahu pukul berapa mula..Kabarnya sejam selepas solat subuh..Maka hari raya duduk lepak je kat bilek..Kedai dan shopping tak tutup pun pada hari raya kerana masing2 nak cari untung kerana ramai pekerja luar datang berjalan2 dipasaraya nak shopping..Teringat la semasa belajar dulu balek kampong raya pun duduk kat rumah juga..Nak pergi solat tak de kenderaan kerana masing2 yang dah kawin balek kerumah suami atau isteri.Tinggal lah bersama nenek.Sejarah nampaknya berulang kembali...tapi kali ini di Abu Dhabi pulak..
Beraya diperantauan ni dah menjadi kebiasaan kerana sebelum ini pun pernah beraya di Sudan. Arab Saudi dan Paris.Tapi masa tu ramai la kawan2 lain yang sama2 menyambut raya dirantau orang...Takbir raya di tempat2 ini tak la sama macam di malaysia..disini takbirnya tak la berlagu...jadi bila dengar takbirnya tak lah sedih...macam orang qamat nak solat..gitu la bunyi takbirnya..jadi tak de gambar raya macam syafiq tu...

Wednesday, September 23, 2009

Raya 2009



walaupon x semeriah kat mesia. raya ttp raya. huahauhauhauahua. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

gambar2 raya sume amek kat umah ustaz Ishak [pegawai MARA mesir]

Monday, September 21, 2009

PINKY FAMILY


Muahahahahahahaha...thn nie sumer pink...nsb syafiq n ayah tak ada...kalo ayah dengan syafiq ada mesti kena paksa pakai kaler yang sama juga...pink!!!muahahahahahha.....jalan2 raya,raya pertama jer...raya kedua duk umah..tido...wakakaka...namy jer jalan nak cari makan bukan nak cari duit...hahahaha....seluar baju melayu dier ketat tang kancing...hahaha....namy....!!! ble nak kurus....!!!!! tlg lah kurus...!!!=p

p/s: upload gambar yang gelap dulu coz tak masuk lagi gambar yang terang kat laptop..huhu...nanti saya tukar gambar...hehe...

Kullu sanaa wa antum bikhair.........


Sunday, September 20, 2009

ooo!Pecah Rahsia

baru umi tau hal ponteng memonteng ni!hah gitu rupanya citer dia
tapi tak pe asal jgn g lepak kat CC sudah,mcmne tak gitu rmh ni pun dah lebih kurang mcm CC je
komputer d mana2.Alhamdulillah tp jgn lupa jgn slh guna sudah ya ank2!
kes zikr ponteng sekolah agama tu mmg jd kenangan juga klakar bila d ingat2kan,tp conclusion nya
mmg naufal je yg ssh nak memonteng,yg lain2 tu ikut jejak langkah sapa entah???sbb umi masa sekolah dulu tak suka ponteng sbb bila kat sekolah happy!ayah ya yg suka ponteng kot ha ha ha!tu semua kenangan2 lama kita masa sekolah ada best ada tak biasa la tu.
kita buka cerita baru topik Aidil Fitri,thn ni mcm thn2 biasa sambut aidil fitri,yg lainnya thn ni umi dah mula teringat hilai tawa semua ank2 bila kita sekumpul sama2 dgn ayh berhari raya
rindu plak.thn ni mula ingat kat syafiq dgn ayh yg jauh,ait!dah mula cair ke hati umi yg keras ni?
dalam terkenang tu ter PK plak rasa nak raya 1 family lak thn dpn,cuma kita je tak de gangian org2 lain tntu lepas rindu sementelah lak thn dpn aniversary kawin ayh umi 25 thn.amacam?ok tak ada komen bg la fit back ya.

KATA
Kata bentuk bait2 ucap
Kata ucap sering mengungkap,
Kata datang dari huruf2 penglihatan,
Huruf2 yg di susun tak teratur,
Namun kata adakala tak perlu di luahkan...

CANGKIR
Se laksa budi se cangkir dengki,
Ingin menghidang se laksa budi,
Namun di pulang se cangkir dengki yang bisa melenyap
se laksa budi
Selaksa budi masih juga di sisi ku pegang utuh
Tak ingin menghirup se cangkir dengki
Kerna ia bisa menjadi seberkas dendam

Tambahan (from syafiq punya)

haiyo capik...k.nie masuk list suka memonteng gak lah...hahaha...
kalo kat uia tu selalu gak ponteng kuliah...
pantang lecturer tu baik cikit dan tak kisah pasal kedatangan,mula lah buat taik kat kelas dier...bila nak xm baru padan muka terkapai2...wakakakaka...sendiri cari susah sapa suruh..lala...
for me yang paling susah nak ponteng ialah syafiq dan naufal lah...k.niey tak termasuk dalam list susah nak memonteng coz time kat sekolah dulu selalu jugalah memonteng...alasan...skt perut lah...bak kata syafiq kadang2 tu skt perutnya bukan teruk sangat pon...tapi ngada tak nak pergi sekolah...hahaha...k ah...buat syafiq dan ayah, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..MAAF SEGALA2NYA TERSIRAT ATAU TERSURAT...

p/s:ayah..,duit raya time ayah balik nanti ya ya...hehe..;p

Saturday, September 19, 2009

Terbang...........

Hoho..............

Sume orang citer pasal ponteng ekk. Capik pon nak citer pasal ponteng. Bagi nami yg mungkin xtau lg or sudah mengetahui, kalo ponteng bg bdk2 skola menengah namenye 'fly'. Naper namenye camtuh? Jgn tanye...... sudah namenye diberi begitu.


Bkn nak citer pasal pro n cons about ponteng [kalo nak citer pasal moral, capik tulih kat blog 1 lg tuh] Saje nak citer pasal pengalaman anak2 Zaharin&Zuzalina nih memonteng.


Care paling klasik nak ponteng dalam family nih ialah carik masalah. Paling common skali xsehat. Bkn demam sgt pon ataupon perut tuh xder la rase sakit sgt, tp sbb nampak peluang kat situ, bole jdk ponteng. wakakakka

Yg paling 'daring' skali memonteng nih zikri ar. Sampai sekali masa nak gi skola agama tuh, van dah sampai dah. Dier nak naik van dah, skali dier lari dgn menjerit 'TAKNAK PERGI SKOLA!!!!!!' Sebab aper dier nak gi skola pon capik xtau. Maybe kene buli? Atau xsiap keje skola?

Yg paling liat skali nak ponteng kalo ikut ingatan capik ialah kakni n nopal. Jarang kes dorg ponteng capik tau. Pemonteng tegar jgn citer ar, tetaplah kiter bertiga kan, nami?


Bg sesetengah bdk2 ble ponteng dorg ske kuar umah ke, lepak kedai arcade ke. Tapi anak2 Z&Z nih laen skit, ble ponteng dorang ske terperap kat umah. Macam pekasam. hihi


ok ar, tuh je kot capik nak tulih. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin.

Thursday, September 17, 2009

Bila Nak Ponteng???

Salam semua...Ponteng adalah satu perkara yang ada baiknya juga jika diamalkan selalu tapi bergantung pada tempat dan ketikanya.Ponteng bagusnya bila kita fikir malas nak melakukannya.Kita digalakkan ponteng makan... ponteng dating... ponteng tido... ponteng tengok tv..ponteng main basikal.. dan lain-lain ponteng.... TAPI Jangan ponteng Solat..Mengaji.. Doa...Zikir... Puasa..kerana semua ini adalah kekuatan batin yang perlu dipupuk dari awal lagi..
Kalau kita nak hidup selamat dunia dan akhirat jangan lah ponteng perkara tersebut.Hal2 dunia tak apa nak ponteng...
Ayah memang tak suka nak ponteng kerja kerana rezeki yang dapat adalah untuk makanan yang akan menjadi darah daging kita.Kalau ayah selalu ponteng nanti anak2 pun ikut sama..Bak kata perpatah bapa borek anak rintik..Harap najmi dah faham lah peribahasa ini..Kalu tak faham boleh la tanya...jangan ponteng bertanya nanti sesat jalan pulak...Bila umi ponteng masak maka kita terpaksa la ponteng makan..kan gitu nami...Kalau disegi kerja sektor swasta tidak dipanggil ponteng tapi dipanggil mengular....istilah ini biasa digunakan bila kerja nanti...Harap kita semua tahu la masa bila nak ponteng dan masa bila tak perlu ponteng...

Tuesday, September 15, 2009

he he he!ponteng

umi ponteng buat kuih bersama2 kak ni & bibik.padan muka kak ni kena siapkan,ooo!cam ni rupanya rasa ponteng best juga!al maklum x pernah ponteng ha ha ha.
tp hrp nami & naufal jgn lah ikut jejak langkah umi hari ni.hani zikr syafiq pandai2 lah kambus ya
tp rasanya d antara kita yg tak pernah ponteng ayh lah.betul tak?any komen,zikr hzng g mana?dah lama ponteng menulis ni hah?
nami kena sekolah plak hari kamis nnt!aisey spoilt la nak bersenang2.ok la dulu nak naik atas rilek jap alang2 ponteng se se kali kan ni atas permintaan ayh ni umi hntr sajak laku plak sjak umi iya!tp d jemput la kalu ada komen psal ponteng dr orng2 yg x pernah ponteng sampai selalu ponteng.adios
Menyelak helaian wajah anak2ku,
nampak putih,dingin
lebih dingin dari musim salju Di Glasgow
sewaktu berkunjung d sana dulu

salam buat yg di kasihi

Monday, September 14, 2009

Cabaran

Salam kepada semua pembaca yang budiman yang maseh lagi berminat membaca coretan ini.Masa berlalu terlalu pantas.Moga dapat kita sama2 menfaatkan masa sepenuhnya.Hidup ini penuh dengan ranjau dan cabaran yang datang silih berganti.Moga masing2 tabah menghadapinya dan berdoa selalu pada Allah moga kita dapat mengharungi cabaran dan dugaan yang datang.Kadang2 masalah yang datang dapat kita selesaikan dengan sendiri dan kadang2 kita perlukan seseorang untuk membantu kita mengatasinya.Bagi ayah diperantauan ini disamping berdoa tidak lupa juga minta pada kawan2 untuk menyelsaikan masalah.Jadi hidup disini yang penuh dengan cabaran kawan2 lah yang diperlukan.Ada kawan2 yang suka menolong dan ada juga yang keberatan membantu.Tapi setakat ini semuanya maseh suka membantu kerana masing2 pun merantau mencari rezeki.Bila kita susah dia akan bantu dan bila dia pula susah kita akan bantu.Kadang2 perangainya tidak secucuk dengan ayah tapi ayah anggap itu hal masing2 asalkan dia tidak mengganggu kita.Ayah disini terdiri dari orang India, Pakistan, Filipina, Korea, Arab, Bangladesh yang mempunyai cara yang berlainan.Tapi kita sesuaikan diri dengan suasana mereka.Bergaul dengan cara berhemah kerana kita saling perlu memerlukan satu sama lain dilain ketika.Oleh itu cari lah kawan seberapa ramai yang boleh dan jangan cari musuh.Nanti kemana2 kita pergi kita akan mempunyai ramai kenalan diseluruh dunia.Bukan setakat Malaysia sahaja.Setakat ini ayah sudah ada kawan2 di Paris, India, Pakistan, Sudan, Arab Saudi, Filipina, Bangladesh. Sepanyol ( sama2 kerja diParis )...Moga kamu semua pun mencari kawan seramai yang mungkin..

Sunday, September 13, 2009

Salam!!!

salam buat keluarga yg sgt2 d sayangi,suami yg d cintai ank2 Hani yg comel,syafiq yg cute,zikr yg tembam,naufal yg cergas,najmi si buah hati 1 family.itu la definasi ketika lebih kurang 20 thn dulu tp d hati 1 org ibu ia kan ttp begitu hingga saat menutup mata.walaubagaimanapun keadaann
ya & sekuat manapun semua badai yg melanda ia ttp akan begitu.
d hujung2 Ramadan ini mmg agk sibuk dgn persiapan Syawal,ia buat fikiran jd melayang tntg pembaziran masa yg d hadapi kerana usia makin menjengah ke pintu!itu namanya konflik kejiwaan tentu kita semua menghadapi konflik kita masing2 jadi Make It Positsive.ambil semua itu jd pedoman utk memperbaiki diri.bak kata pepatah film P.Ramlee Hidup Ssh Matipun Ssh.Moga kita semua dpt menangani semua Konflik2 hidup Kita Positivly
lama tak mencorak laman ni bkn kerana apa cuba2 buka laman ni asik tak menjadi shj.kena minta bantuan,biasa la kalu dah tua pun bnyk lagi perkara yg tak tau terutama komputer he he!
d sini umi nak coret bbrpa sajak2 yg telah d tulis,ia la nak kongsi katakan takkan asik baca sendiri je,selamat membaca.
PERSOALAN
Gelap hari bila terangnya
Gelap hati bila putihnya
Hari pasti terang nantilah
Hati jika tak d suciakan terus kelam
Ketemu lagikah hati putih dalam timbunan yg hitam
Hati2 bersuara dgn hati yg gelap.

PERJALANAN
D perjalanan ini aku berhenti sejenak
menghilang lelahku menyapu keringat
pernah aku hilang mencari arah
Berhentikah aku d sekian wktu
aku d kirim kasih setia pembakar jiwa
penyejuk perjalanan ku
Eh!aku harus berjuang
d sini bkn tempat istirehat
d sini tempat ujian
perjalanan ini harus memedihkan telapak kaki ku
nilainya d ukur d sana tempqt jiwa2 yg tenang
d perjalanan ini aku pasrah menanti hari Akhbar

Kepada suami & syafiq yg jauh d ucapkan SELAMAT HARI RAYA!Maaf salah silap

Friday, September 11, 2009

Raya Sudah Tiba...

Ramadhan sudah sampai ke penghujungnya.Diharap kalian semua perbanyakkan amalan diakhir2 ini kerana terdapatnya malam lailatulkhadar yang tidak siapa pun tahu bila masanya.Oleh itu perlu la merpertingkatkan amalan harian kerana malam tersebut ganjaranya saperti beramal seribu bulan.Semua orang tahu ganjaran tersebut.
Minggu depan bahang raya dah mula terasa dan masing2 sibuk dengan persiapan kedatangan raya.Perlu diingatkan zakat fitrah jangan lupa dibayar.Tahun ini zikri terpaksa mewakili ahli keluarga untuk membayar fitrah.Elok dibayar secepat mungkin takut terlupa dan elakkan bayar diakhir2.Najmi exam sudah habis maka boleh la membantu umi untuk membersihkan sekitar rumah mana2 yang mampu..Begitu juga Naufal diharap dapat membantu disamping kerja sekolah yang tak habis2..Moga dapat membantu mana2 yang mampu dibuat..

Friday, September 4, 2009

UPSR datang kini....

Salam... minggu depan kita ada calun yang akan menduduki UPSR....harap para calun tak perlu lah takut menghadapinya kerana ini baru exam kecil sahaja...Ia cuma nak menguji tahap kefahaman kita semasa belajar disekolah rendah. Lepas ini kita akan memasuki sekolah menengah dimana disana ada dua lagi exam yang agak besar juga.. Tapi semua nya ini perlu dihadapi dengan tenang..Boleh lah bertanyakan kepada mereka2 yang telah pernah menghadapi pepereksaan tersebut.
Bagi calun yang telah bersiap sedia dari awal maka exam ini tidak lah menjadi satu perkara yang membebankan.. tapi kalu tak bersedia ia menjadi perkara yang menyusahkan...Dizaman ini ilmu pengetahuan adalah penting maka exam ini diadakan sebagai salah satu cara menilai kebijaksanaan kita tentang ilmu yang dipelajari. Kami dari keluarga ini mendoakan moga calun kami Najmi bertenang semasa menghadapi exam ini.. Buat setakat yang mampu dan jangan panic semasa menjawab soalan.. Dan di harap berjaya ...Lepas exam tu boleh lah nak buat apa pun tak kesah..

Tuesday, September 1, 2009

Cukuplah Hanya Yang Tersurat...

assalamualaikum,hehe,well x biase sgt post kat blog ni..tapi oke la jgak sekadar post yg ke 2.. =D
naufal da baca da sume yg lame ngan baru nye yg masing2 tulis....alhamdulillah,mungkin kerana masing2 lalai dan bermacam-macam mungkin...yg tentunya sesuatu itu jadi mesti ade sbb,mane boleh jadi mcm tu je tak de sbb...hehe,yg dari capik post tuh : hehehe sbb byk2 nnt org kate merepek pulak...dalam mimpi tu ade 3 org,3-3 laki dan adik beradik--3 org pegi kedai--hurm..*think2*--insya-Allah kite akan bersatu dalam hidup walau ape juga rintangan atau dugaan yang menimpa walaupun matahari telah memberi isyarat yg cukup aneh(lain dari yg lain,kalau setakat musuh nak lawan je boleh la gune silat,matahari dari Allah sape bole halang-harap paham la,saya suke gune bahasa tersirat*) =D ... dari ayah : yup,naufal harap juga sgt2 dapat tingkatkan ibadah dgn lebih lagi,bukan kerana ape,bak kate org tuh , nak Allah syg dkat kita la kan...kite syg Allah-Allah syg kita balik...(selit jap)nami jgn takut pon kalu ade perasaan yg seram ke or somthing like that,Allah tetap disisi kita..oke,sambung balik,dan positif itu jalan terbaik,insya-Allah, kita masih disayangi..alhamdulillah.. dari umi : hurm bab kesakitan,penderitaan,kematian dan dugaan lain ni sememangnya mesti ada,but btol la kehidupan sgt pendek... ibarat azan yg berkumandang - bermula dgn "Allahuakbar Allahuakbar...."(ditelinga bayi sewaktu baru lahir) dan berakhir dgn "Laa ilaaa hailallah..." (ditelinga si mati ketika nazak)..dunia tidak ade yang mustahil.. semua benda boleh terjadi mengikut kehendak-Nya...Wallahualam.. Assalamualaikum~ harap semua sihat,insya-Allah...rindu sgt semua ^_^

Monday, August 31, 2009

KEBESARAN

selesai membaca tulisan syafiq&ayah,umi befikir sejenak.lamanya aku tak buka blog ni,di hubungkan dgn kejadian2 terbaru d dlm ramadan ni mmg ia sebenarnya kebesaran yg ALLAH tunjukan pd kita semua.tok ngah sepupu tok dah tak ada, ayah teh dlm HUKM d tahan d CCU serangan jantung semuanya berlaku seperti sekelip mata (within few second)rasa mcm baru umi bersama2 mereka tp realitinya dah berpuluh tahun leps.ini lah dlm AL QURAN mengatakan hidup d dunia sekelip mata aje.dalam diam2 Ramadan ini mengingatkan syukurnya kita kerana masih mampu sujud,tp syukur itu buat umi masih tak puas lg sebab tak dapat sujud sepuas2nya masih lagi dalam keinginan.kita tetap juga masih harus mencuba,jgn pernah putus harap mhupun mengalah sebab kita semua insan pilihan ALLAH di Dunia ini dalam meniti pengalaman 2 bermacam2 berwarna warni baru lukisan kita jadi menarik tidak hambar.cuba ingat balik kan kita selalu hadapi cabaran lepas 1 datang lagi satu itu kan petanda baik tidak selari & hambar.jadi buat diri sendiri juga semua AJK ni ingat bila datang cubaan berdiri tegak,ingat ALLAH lalu melangkah,YES! apa yg penting KERJASAMA

Sunday, August 30, 2009

Sekadar Pandangan

Salam kepada semua pembaca yang maseh sudi membaca blog ini.. walaupun hanya sekadar tulisan dari yang rajin menulis tapi sekurang2 nya dapat sedikit mengambarkan idea yang hendak dicoretkan.
Mengenai Adakah Hidayah tulisan dibawah ini...mungkin juga itu satu peringatan kepada kita semua betapa dunia ini telah hampir kepada kiamat.Tapi semua itu adalah ketentuan Illahi.Cuma kita perlu memperbanyakkan amalan sebagai bekalan untuk menuju kesana.Mungkin itu satu peringatan kepada kita yang di ilhamkan melalui mimpi.Kita anggap sahaja sebagai peringatan untuk kita sama sama pertingkatkan amalan seharian.Ia dianggap sebagai bernasib baik kerana Allah maseh menyayangi kita dengan diberinya kita mimpi bahwa kiamat itu telah hampir tiba masanya. Maka terpulang lah kepada kita samada hendak meningkatkan amalan atau tidak.Kalau lah tidak diberi nya peringatan seperti itu maka kita akan lalai dengan kehidupan dunia yang fana ini.
Kita ambil secara positif tentang mimpi itu...Ada hikmahnya walaupun mimpi disiang hari..

Saturday, August 29, 2009

Adakah Hidayah?

Assalamualaikum dan salam Ramadan,

Capik tulis dimasa internet baru sahaja pulih dan esok result kuar. Berdasarkan keputusan lepas, capik xdapat nak agak bole x lepas suma paper. Moga2 bole.

Arini capik dapat mimpi yg paling takut dalam sejarah hidup capik. Kalo korg xnak tau, jgn teros membaca.

Seperti yg kita tau, kiamat itu pasti. Samada seseorg itu monotheist ataupon atheist atau paling pelik polytheist, kehancuran sesuatu itu mesti berlaku. Ramai cube meramalkan tarikhnye. Sehingga banyak nukilan2 pasal hari pengakhiran ditulis.

Capik arinih tidor lepas pukul 10, selepas mengemas beberapa barang untuk pindah rumah nnti [rumah baru ader laman belakang yg agak luas, bole maen bola kat ctu.] Semasa tidor, capik tidak perasan yg capik tidor. Kerana rindukan Malaysia, latar belakang cerita nih berlaku kat seksyen 4 bandar baru bangi.

Cerita bermula apabila siaran berita menunjukkan ramaln saintis mengenai kehancuran dunia. Bagaimana ia akan berlaku dan bila ia akan berlaku. Dipendekkan cerita, pada hari tersebut capik, nopal ngan zikri pergi kedai atas untuk membeli sesuatu. Lepas itu, kitorg dgr macam bunyi yg kuat.

Capik pandang langit. Apa yg capik nampak ialah sejalur luahan matahari yg memancar dalam garis lurus [beam-like appearance] dgn 4 titik diantaranya. Mengingati kembali ramalan saintis itu, capik tgk zikri ngan nopal. Capik sempat buat lawak bodo lepas berbual buat kali terakhir dgn mereka berdua. Kemudian capik peluk nopal dan cahaya itu sangat terang sehingga terpaksa menutup mata.

Dalam milisaat, capik dgr zikri ngan org laen menjerit kesakitan. Capik pon sakit tetapi jeritan capik xdidengari. Kesakitannye hanya berlaku selama 2 saat sahaja. lps itu....................... semuanya hitam. Then, I woke up. hehehe. tgk pukul berapa, rupanya dah pukul 2 petang.


Capik semayang zohor dan kemudian berfikir, 'adakah ini hidayah?'

moga pengalaman Ramadan ini menjadi pengajaran kepada capik dan para pembaca.

~kadang2 bagus juga diingatkan oleh Ilahi mengenai hari pengakhiran ini~

Thursday, August 27, 2009

Hari Ke enam

Salam semua... dah masuk hari keenam kita berpuasa dan semua nya alhamdulillah berjalan dengan selamat.Tapi umi maseh lagi tidak dapat berpuasa kerena uzur bulanan.Najmi nampaknya maseh ok lagi dengan berbuka air jagungnya.Kak hani juga masak didalam bilek asrama dengan lauk sotong dan syafiq masak mee kabarnya.Ayah saperti biasa la masak apa yang teringat atau terbeli dipasaraya.Kadang2 masak ikan, ayam dan ada juga masak burger.Ikan kembong 3 ekor harganya 10 dirham dan sekilo harganya 26 dirham.Tapi dah nak makan beli je la.
Zikri kena la beli kat luar dan kalu nak masak mana ada tempat dan maseh belum mahir lagi bidang masakan.Tapi boleh balek Bangi setiap hari khamis kerana klas tak de hari jumaat.Naufal minggu lepas beli baju melayu di alamanda. Kasut belum lagi kerana belum ada yang menarik hati.Najmi dah beli kasut crocs tapi belum dapat lagi.Harap minggu ni dapat la tu.

Saturday, August 22, 2009

Hari Pertama

Salam semua...selamat berpuasa dan selamat berbuka puasa..Bila nak berbuka baca la doa dan minta la dengan Allah semuga diterima amalan puasa kita dan amalan yang lain.Juga minta la apa2 hajat kita moga dimakbulkan Allah dibulan yang mulia ini. Jangan lupa juga baca quran setiap hari sekurang2 nya satu muka surat. Jangan kata masa tak ada kerana masa diberi 24 jam sehari.Moga di gunakan setiap waktu dalam bulan ini dan dilain lain bulan.Ambil lah sikit masa menuntun tv digunakan untuk membaca quran dan amal amal yang lain.Insyaallah hidup kita diberkati Allah.Hari pertama berpuasa di Abu Dhabi berbuka dengan masak ayam dengan tomato dan sedikit cili.. Kalu dah lapar tu sedap la rasanya.Manakala di Bangi berbuka dengan masak udang galah dan rendang daging.Air nya mungkin lebeh dari satu jenis.Bagi Syafiq, mungkin berbuka dengan masak ayam atau lebeh dari itu.Kerana tak de klas maka ada la masa untuk dia masak.Moga berbuka dengan bersyukur diatas nikmat rezeki yang Allah telah limpahkan pada kita semua.
Dalam bulan puasa ni ayah kerja 6 jam sahaja.Mula kerja pukul 6.30 pagi hingga 12.30 tgh.Ayah pukul 10.30 pg dah balek.Balek rumah tido je la...Najmi walaupun cuti sekolah bermula tapi ada klas tambahan.Moga dapat mengikuti klas tambahan itu kerana exam tinggal beberapa hari sahaja lagi.Kami semua doakan moga berjaya dalam exam ini.Insyaallah.

Tuesday, August 18, 2009

Ramadhan Datang Lagi

Alhamdulillah ramadhan datang lagi...hehehhe...I hope dpt puasa time 1st puasa...huhuhu...and I hope tak ponteng pose r thn ni...ponteng bersebab okey...hehehehe...

Btw, sonok tgk blognie dah berkembang...naufal pon dah mula mengepost...hehehe...and k.niey nampak nopal ner post best...rajin2 lah mengepost yer....hehehehe...

for ayh n syafiq...,walau di mana anda berada kami di malaysia tetap merindui and menyayangi anda...hehehehe...

selamat menyambut ramadhan...lalala...

Monday, August 17, 2009

Fasting

Wakakakkaka. Hp mati, kecoh mesia. Patut ar org pelik. Asal umi xcall. Ingatkan dorg sebok, so........ Padan mke, letak hp merata2 lg. Kenapa x bkk net? Hrmm........ lately tenet laju, dah lame xmaen online games. That's why.

KRISIS BARU!!!! Sapa guest? Orang maner makan meggi je [angry face] I do cook. And today, it celebrate nothing but saye mkn luar =)


My plate ; Rice with Chicken Cordon Bleu


and air dier lpe nak amek gambar. Nama air dier is After Glow. Berry cocktail I guess.

My friend plate: Veal with mushroom sauce + rice

Desshou? I did eat sumthing fancy. Weeks ago, I found the one and only root beer that been found in alexandria [root beer is my fav carbonated drink]



Gomen. gomen........... lpe lak nak ltk appetizer lunch td.



SUSHI!!!!

Yerp, have been discovered in San Stefano mall. It does koyak rabakkan poket gua by its price. But it makes me remember MALAYSIA [how is that possible?!!!]

Lastly, happy celebrating Ramadan and like most people here saying; Kullu sanaa wa entum bikhair [let all the year be good for you]




Anak-anak kecil berlari,
berlari dikejar rotan,
bulan yg datang setaun sekali,
sambutla ia Ramadan.











Sunday, August 16, 2009

Pantun Bersama Ucapan

salam,hehe yep2 btol la ckp ayah ... semua nya skarang dah berjalan pantas dan otak pon kena pantas la berfikir =D tapi...tapi.. sesetengah restoran tuh servis dye x jugak pantas-pantas..
lembap je, naseb baeq saya baru di sekolah..ahaha...kantin je pantas..ekeke,mepek lah..
nak buat ucapan jugak la..hehe~

Anak pakcik alfonso namenye hamdan,
Selamat menyambut ramadan...!!

ahaha,sebelum tuh,

sya'aban belom abes lagi..
dah lame tak makan maggiii...!!

akaka,

gas sape..??
cubelah teka..!!

Ucapan Penuh Rahmat =)

banyak2 ucapan , ucapan ini ditunggu setiap tahun walaupun ayah di abu dhabi , syafiq di mesir nasib baik yang lain dekat dengan umi . Walaubagaimanapun , kita semua tetap makan sahur , jangan ade yang terlajak, nak buat cane??! Niatlah puase sebulan tapi umi pon selalu terlupa, camne ar? Dengan ini saya mengucapkan selamat menyambut ramadan al mubarak =D
Syafiq:buka puase jangan telan maggie hari-hari ..nanti badan pun jadi maggie...

Saturday, August 15, 2009

Terima kaseh

Salam...
Terima kaseh kerana menghantar ucapan hari jadi...syukur diucapkan kerana limpah kurnia nikmat dari Illahi yang tak terhingga... kita perlu la selalu mengucapkan alhamdulillah kerana semua ini ada lah rahmat dari Illahi. Kalau kita selalu bersyukur Allah akan tambah lagi nikmatnya kepada kita.Masa berjalan terlalu pantas maka kita semua perlu lah menggunakan masa dengan perkara yang berfaedah agar tidak rugi di kemudian hari. Minggu depan insyaallah kita semua akan berpuasa dan diharap bulan puasa ini dapat mempertingkatkan amal kita. Kalau tidak kita akan rugi selama-lamanya.Bulan puasa ni Najmi akan menghadapi pepereksaan UPSR.Jadi masa sekolah rendah dah hampir nak tamat dan kemudian akan masuk ke sekolah menengah pulak. Naufal pun akan masuk ketingkatan 5 dan akhirnya habis la persekolahan di peringkat menengah. Disini kita nampak masa berlalu terlalu cepat.
Ayah disini pun dah hampir setahun walaupun rasanya baru sahaja....Syafiq belajar di Mesir pun dah nak masuk tiga tahun...

happy birthday ayah...

hari ni hari jadi my daddy...hehehe...hyappy birthday ayah...ayah nak aper?? hani tahu ayah nak apa...ayah nak namy boleh buat xm upsr kn3...?? yeah betul my tekaan...hehehe...uit namy oiii...ayah nak hadiah hari jadi dari namy lar...jangan main2 lagi...pergi baca buku lar...main2 jer reti...ceh...=p

Sunday, August 9, 2009

NATIVE DEEN-intentions

video

Waking up in the morning, gotta make my prayer
Am I really gonna' make it, when there is no one there?
Taking trips to the masjid (mosque), even when it's tough
Am I going for the sake of Allah? Am I showing off?
Gonna' get me the knowledge, gonna study Islam
Am I going just to build my ego? so they call me “the Man”?
Does it matter if the people respect me, when its not for Allah?
When I know anytime He can take me, without one real du'a (prayer)
Does it matter if they say I'm a big shot?
when I get no reward for my deeds
And I'm dragged on the Day of Resurrection
Cause of the folks that I wanted to please
Plus I know that Allah has the power
To raise me up in their eyes if it need be
I should always make my intentions, for my Lord, Allah completely

[Chorous]
Are my Intentions alright?
Am I doing for Allah?
When I'm looking deep, deep down inside
Do I have the right niyyah?

Wearing thoubs with a kufi, kufi
Miswaks leather socks like the old days
Am I trying to follow the Prophet? or am I seeking praise?
Giving talks on Islam to people
I'd be quoting Hadith and Qur'an
Am I speaking so they like how I'm speaking? and they say I'm “the Bomb”
Donating to Islamic centers, giving money so the Deen can grow
Am I giving for the sake of Allah? or is it for show?
Many times I have found my intentions
Are not what I want them to be
I know I start on the right direction
But Shaitan starts talking to me
And I forget that without my niyyah, I'm just wasting my time
My intentions cannot bring the reward, when they're out of line
So I pray to Allah to help me, to do everything for Him only
Doesn't matter if the people despise me
Cause with Allah I can never be lonely

Yah Allah, accept this niyyah
Coming from young Muslims striving to be believers
So on the day, our deeds You'll measure. Know we only did this strictly for Your pleasure, Your pleasure
Your mercy, Your ajur (reward), Your Jannah (heaven), forever and ever and ever
And reward us for those who listen
Heeded to the message, changing their condition
And know that everything up until this point I've ever written
I submit as my repentance
And if its blessings You're sending my way
I beg You hold them to the judgement day
so maybe in Jannah you can look back and say...it was a lovely day, a lovely, a lovely day, yes a lovely day
Are my intentions, alright, am I doing for Allah
When I am looking deep deep down inside, do I have the right niyyah (intention)?

[Chorous]
Are my Intentions alright?
Am I doing for Allah?
When I'm looking deep, deep down inside
Do I have the right niyyah?