Thursday, October 29, 2009

SEMALAM HARI INI ESOK

Semalam tidak suram tapi wajahnya agak berliku
hari ini mentari tidak jingga namun bulanpun tidak mencurah warna
esok entah masih kelam pastinya di hujung sana ada cahaya
cahaya yang kian mendatang
buat bingkisan lima permata
hendaknya cahaya itu buat permata tambah kilaunya
hari ini esok semalam tetap bercahaya jua

malam ini tiba2 umi rasa nak menulis sbb lama tak menulis ,dengan harapan & doa semoga semua ank2 di dalam sejahtera semuanya.untk pengetahuan semua insyallah result UPSR akan keluar pertengahan november ini.satu permulaan utk nami melakar graf ujian persekolahannya.tahu depan naufal pula menghadapi peperiksaan terpenting sepanjang persekolahannya.Hani dah berada di hujung2 pengajian,syafiq & zikr pula masih jauh perjalanan.bagaimanapun SYABAS semua kerana tidak pernah mengalah.Ini kan satu Jihad yang boleh di persembahkan di hari kemudian.umi hanya mampu berdoa & yakin kalian semua akan ke mercu Insyallah.tapi apa yang umi tak pasti adakahsemua ahli2 buka blog ini?tak mengapa satu hari tentu terbuka juga hati nak membaca.sekian salam sayang untuk semua sampai ketemu lagi.....

cuti dimalaysia

salam semua pada peminat blog ini... ayah berada dimalaysia pada minggu terakhir dan akan balek keabu dhabi pada hari isnin..apa nak buat dah ditakdirkan kerja disana maka nak tak nak kena lah terbang kesana....nak ikut kan hati malas nak kesana tapi keadaan memaksa maka perlu teruskan kerja untuk menampung hidup yang sementara ini...masing2 perlu kan wang untuk meneruskan pelajaran...hari berjalan begitu pantas dan diharap kita semua tidak leka dengan permainan dunia ini...alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan bagi mereka yang akan menghadapi pepereksaan minggu depan diharap telah bersedia dan semoga boleh menjawab soalan2 dengan tenang...
ayah dan umi sentiasa mendoakan kejayaan anak2 nya dalam semua bidang yang diceburi...tabah dan sabar dan berdoa selalu hendaklah menjadi amalan kita...

Monday, October 26, 2009

Lame X tulis pape

salam


sorry dah lame dah xtulis pape. internet takder. umah br agak secluded dr internet, so tgh pikir camner nak masukkan tenet dalam umah nih. Mintak maap jugak pade sesapa yg msg capik [especially umi& ayah] capik demam-demam sikit. perubahan musim kot.

what new in my life? capik repeat year so cam rase kekok blk bler masuk klas. bayangkan cam kite pindah skola dulu. dorg dah kenal antara 1 sama laen, kite sorg2. rase camtuh la.

tuh je kot. sampai sini saja coretan ari nih [blog sendri pon capik xupdate2 lg. mati idea =) ]

Tuesday, October 20, 2009

KETENTUAN

Salam,lama tak menulis,buka blog ni tengok tak ada yang respon.mungkin masing2 sibuk al maklum klas dah mula ada yang nak exam.anyway good luck to all.
cakap tentang exam teringat exam yg paling besar iaitu hidup.saja nak share kat sini pengalaman2 yg pernah d lalui.
dulu masa ayh tak kerja selepas balik dari Glasgow kami terfikir2 mengapa ia jd pada kami?kenapa org lain laluannya senang?tahun demi tahun macam2 perkara yg terjadi,tp masih tak dapat jwapannya?selalu juga umi bertanya pada ayh kenapa org2 lain hidupnya mewah (especially in bangi)tau la setiap kejadian ada hikmahnya.tetapi tak puas juga hati kalau tak tau sbb sebenarnya ia la mcm mana nak kaji PRO & CON?
tapi selepas 24tahun kahwin terungkai sikit sbb nya.myB ALLAH buka sikit pada umi sbb ini org tak mau berhenti tnya kenapa.setelah mendengar masalah org lain apabila datang ujian apa yg ada d tangan tak dapat lagi di selamatkan,tambahan pula biasa hidup senang jadi kalau tak diri sendiri tentu ank2 mengeluh.al maklum dah bertahun2 di dalam kemewahan.masa mendengar keluhan tu timbul rasa syukur baru dapat jawapannya.lebih baik di uji awal2 dari kemudian atau ditarik turus dgn dtng musibah (nauzubillah)
Hidupkan tempat ujian kalau ALLAH syang kita tentu kita di uji sedikit2 macam parent yg nak anak dia belajar bertatih tentu di lepas sikit2 kalu jatuh tak terus tersungkur.SUBHANALLAH alangkah nikmatnya bila di uji sebenarnya
untuk anak2 kalau di uji jgn tertanya2 lagi, bergantung dgn ALLAH usaha dan tawakal lah.sini mmg tempat ujian lebih baik ada turun naik dari naik saja tiba2 jatuh takut tersungkur.

TENANG
Wahai alam bilakan tenang,
gelora sekelian isinya entah bila hening tiba
Wahai jiwa timbullah aman
harus ku menghirup kebahagiaan


Sunday, October 4, 2009

Sikap-Watak-Perangai

Salam...Harap semua tidak merasa bosan untuk membaca coretan demi coretan yang di paparkan diruang ini...Kali ini kita berbicara tentang sikap...perangai... watak... Semuanya adalah lebeh kurang sama maknanya..Jadi kita perlulah berhati hati tentang sikap kita...Kadang2 kita fikir sikap begitu baik rasanya tapi dikaca orang lain rupanya sebalek..Kita jangan fikir orang perlu memahami sikap kita dan kita pula tak memahami perangai orang lain...Disini lah kesabaran memainkan peranan yang penting...Kita nak capai tahap kesabaran macam nabi amat lah susah tapi kalau boleh kita cuba sedaya upaya untuk banyak bersabar...Manusia memang bermacam perangai dan kadang2 kita pun pening melihat perangai masing2.Untuk mendidik diri supaya berakhlak mulia perlu mengambil masa yang lama...Kalau kita tinggal diluar kawasan yang biasa kita duduki kita dah biasa dengan perangai orang disekeliling tapi kalau kita keluar sedikit dari kawasan itu kita akan temui bermacam2 perangai manusia...Jadi untuk mengetahui sikap kita itu bagus atau tidak cuba kita tanya dengan umi atau kawan2 supaya kita dapat perbaiki sikap itu dari awal..Dengan ini perangai yang kurang sehat itu tidak akan sampai ke tua nanti..Ayah pun dulu dikatakan panas baran tapi ayah cuba buktikan agar panas baran ini tidak berlanjutan sampai ke tua..Ada juga katakan ayah ini sombong tapi ayah cuma berbual dengan orang yang ingin berkawan dengan ikhlas sahaja..Kita semua akan lalui ranjau hidup yang berliku liku ini dan perlulah tabah menghadapinya..Bila kita tinggal bermasyarakat kita perlu lah pandai menyesuaikan diri dengan suasana...Oleh itu kita perlulah membetulkan sikap kita yang mana kita fikir kurang elok..Kalau nak akhlak yang baik baca lah sirah Rasulallah...

Saturday, October 3, 2009

Bukan niat di hati tidak mahu duduk di luar.hehe..ceh ayat dah macam umi dah..=p bukan tak nak duk luar tapi dah nak habis year..so macam menyusah kan nak pindah2...nak cari rumah lagi..huhu...tapi minta2 tak kena duk luar...huhu...lagi satu ni haa..., time2 nak add and drop ni lah diorg nak suh tukar pin...ramai budak2 yang mengalami masalah..huhu...tukar jer lah pin tu sem depan...k ah nak sambung wat keje...ni curi2 tulis jer ni...wakakakakka...=p

Thursday, October 1, 2009

Tinggal luar Kampus...

Semalam semasa perjalanan balek dari masjid kerumah ayah menelepon kak Hani...tanyakan kabar... maka dia pun kata ok..sehat.. lepas tu dia kata apa la uia ni tak tolong student...ayah tanya kenapa?.. tahun satu student boleh tinggal dalam asrama dan bagi mereka yang aktif boleh tinggal juga...tahun dua dan seterusnya kalau tak aktif kena tinggal diluar..cari la tempat tinggal sendiri...ayah pun dulu macam tu juga...tahun satu je tinggal asrama lepas tu kena sewa rumah diluar...ada kala tinggal dikampong baru.. lepas tu pindah di keramat.. dan lepas tu balek semula ke kampong baru tapi rumah yang berlainan...Itu lah apa yang terjadi dengan syafiq sekarang..tanya dia dah berapa kali pindah..katanya seronok juga pindah randah ni...Jadi bila kita keluar dari u nanti kita pun kena cari kerja. Kalau bernasib baik dapat kerja kat Bangi ok juga la boleh duduk rumah sendiri tapi kalu dihantarnya ke selatan atau ke utara...maka kita kena juga cari tempat tinggal sendiri..Nak sesuaikan dengan jiran dan keadaan sekeliling mengambil masa juga..kalau kita sudah biasakan keadaan begini maka ia tidak menjadi masalah lagi...