Friday, December 31, 2010

Rom bongan ke Kedah










Azwan kahwin di Sg Petani Kedah

Friday, December 24, 2010

Renungan Minggu Ini

Salam semua untuk zzhazma....moga hidup terus diberkati Illahi...Tabahkan hati melalui ranjau dan duri yang selalu mengganggu...

Kali ini renungan kan lah ungkapan berikut:

Biarlah Tuhan Menilai mu


Terkadang orang berpikir secara tidak masuk akal dan bersikap egois. Tetapi, bagaimanapun juga, terimalah mereka apa adanya.
** Apabila engkau berbuat baik, orang lain mungkin akan berprasangka bahwa ada maksud- maksud buruk dibalik perbuatan baik yang kau lakukan itu. Tetapi,tetaplahberbuat baik selalu.
** Apabila engkau berjaya, engkau mungkin akan mempunyai musuh dan juga teman-teman yang iri hati atau cemburu. Tetapi, teruskanlah kejayaan mu itu.
** Apabila engkau jujur dan terbuka, orang lain mungkin akan menipumu. Tetapi, tetaplah bersikap jujur dan terbuka setiap saat.
**Apa yang telah engkau bangun bertahun-tahun lamanya,dapat dihancurkan orang dalam satu malam saja. Tetapi,janganlah berhenti dan tetaplah membangun.
* Apabila engkau menemukan kedamaian dan kebahagiaan di dalam hati, orang lain mungkin akan iri hati kepadamu. Tetapi, tetaplah berbahagia.
** Kebaikan yang kau lakukan hari ini, mungkin besok akan dilupakan orang. Tetapi, teruslah berbuat baik.
** Berikan yang terbaik dari apa yang kau miliki, dan itu mungkin tidak akan pernah cukup. Tetapi, tetap berikanlah yang terbaik.
** Sadarilah bahwa semuanya itu ada di antara engkau dan Tuhan. Tidak akan pernah ada antara engkau dan orang lain. Jangan pedulikan apa yang orang lain fikir atas perbuatan baik yang kau lakukan. Tetapi,percayalah bahwa mata Tuhan tertuju pada orang-orang yang jujur, dan Dia dapat melihat ketulusan hatimu.

Wednesday, December 22, 2010

Untuk Family saya

Khas untuk Umi,Ayah,kakni, zikri, nopal and nami





Friday, December 17, 2010

Monday, December 13, 2010

Renungan 2

Salam kasih mesra,maaf semua ya kerana umi dah lama tak menulis.Bukan sibuk manapun tetapi mungkin umur dah bertambah semua yang di buat agak lambat.Alhamdulillah sepanjang tahun ini
kita semua dapat melaluinya walau dalam suka atau duka.
Pentingnya kita dapat mendidik diri kita menjadi 'positive thinker' terutama umi sendiri kerana bak kata ayah kita kena selalu jengah dan komen diri sendiri lebih baik lagi dari komen orang lain,tetapi kita mesti selalu faham membezakan antara komen dengan berkata2 benar.
Ketika mendengar radio pagi tadi ketika bersama2 zikri dan naufal perihal mulut tempayan,bermacam2 komen di berikan oleh pendengar tentang tajuk itu.bila dengar ada yang sama dengan pengalaman sendiri dari dulu kena juga dengan si mulut tempayan tetapi di samping mendengar berdoa juga Ya Allah jauhkan aku dari menjadi mulut tempayan yang sering nampak kesalahan orang lain lalu di hebahkan.
Ini ialah kerana sifat itu merugikan di sisi agama dan bangsa keranabuat apa kita memberi pahala yang kita kumpul pada orang yang kita kutuk tu silap2 kena tanggung dosanya.Ia juga merugikan bangsa kerana kalau bersifat begitu jadi negetive dan asyik sibuk lihat silap orang bila nak nilai diri tak maju diri.
Peringatan ini ialah untuk anak2 terutama diri sendiri namun ada jug umi mendengar ustazah menafsirkan ayat tentang keperluan berkata2 jujur jangan berdalih kerana sifat berdalih membuat syaitan senang menyelinap.Mudah2an kita dapat belajar menegur secara berhikmah.

Anak2 bila membaca tulisan ayah baru2 ini menarik sungguh,sangat positif sungguh,Alhamdulillah kerana teks tersebut dapat menjadikan jiwa tenang macam ayah tenang walau jauh dengan kita tetapi ada juga yang mengangap ayah bersifat buruk.
Lumrahlah manusia cuma jangan hiraukan kerana tak berfaedah di fikirkan macam kata ayah selalu.Di sini juga ingin umi catatkan apa yang negatf yang umi pernah dengar atau kena untuk renungan bukan komen

Bila di beri kesulitan- Padan muka dia patutpun dapat macam tu berlagak!
Bila di beri persoalan- Macam bagus selesaikan sendiri tunjuk terror lah tu!
Bila di beri otak dan tenaga-Alahai banyak sangat nak fikir dan buat mana larat!
Bila di beri bahaya- Eh!jangan buat nanti salah susah sendiri,biar je jangan sibuk bukan hal kamupun
Bila di beri masalah- Eh menyusahkan hidup aku aje la pergilah aku tak kuasa nak tolong!
Bila di beri kesempatan-Alah ada masa lagi rilek la!
Ini antara yang sering terjadi dan kebaikannya sepatutnya pada apa yang ayah tulis .Jika kita berpendirian begini jangan salahkan sesiapa kalau tak maju.
Tetapi anak2 harus tahu perkara semacam ini mesti di lalui semua,cuma jangan melatah bila terkena biarkan berlalu seperti air membasuh kotoran ia akan hilang tak ditingal sisanya.Sekiranya di ambil buat di fikirkan ia akan jadi musibah,itu yang ayah selalu ingatkan kita

Selamat melalui tahun baru hijrah semoga kita semua menjadi lebih berguna untuk mencapai ketenangan jiwa

Sunday, December 12, 2010

Renungan

Salam anak anak semua ...dah lama tak membuat sebarang coretan disini..bukan kerana sibuk...apa yang nak disibukan disini..kerja tak lah sesibuk dahulu semasa dimalaysia tapi malas nak menulis...Tahun 2010 menghampiri kepenghujungnya dan Awal Muharam pun telah bermula...jadi banyak lah kenangan lama untuk dijadikan panduan bagi menghadapi tahun yang mendatang...bagi Naufal telah menamatkan alam persekolahan nya menuju ke alam baru pulak untuk melanjutkan pelajaran keperingkat yang lebih tinggi lagi..jadi cabaran cabaran mendatang akan lebeh mencabar lagi dan diharap semua dapat menempuhi dengan tabah...dan cuba renungkan ungkapan berikut:

Saya memohon kekuatan......dan Tuhan memberi saya kesulitan2 untuk membuat saya kuat.
Saya memohon kebijakan......dan Tuhan memberi saya persoalan untuk diselesaikan.
Saya memohon kemakmuran.........dan Tuhan memberi saya otak dan tenaga untuk bekerja.
Saya memohon keteguhan hati......dan Tuhan memberi saya bahaya untuk diatasi.
Saya memohon cinta ..................dan Tuhan memberi saya orang bermasalah untuk ditolong.
Saya memohon kemurahan/ kebaikan hati........dan Tuhan memberi saya kesempatan2.
Saya tidak memperolehi yang saya inginkan, saya mendapat apa yang saya perlukan...

Thursday, December 9, 2010

Abang Ngah Kawen .


To ahmad syafiq , saya upload ini gambar .

nanti namy upload lagi.

Saturday, November 27, 2010

Gambar Abu Dhabi Dubai lagi



Ni gambar cuti syafiq di Abu Dhabi and Dubai. Thanks ayah provide tpt penginapan. Duit hotel bole blanje beli souvenir. :D

Syafiq kepenatan berjalan2 di Dubai Mall
Syafi @Masjid Zayed
Dalam flight nak pergi Abu Dhabi XD
Syafiq dalam Masjid Zayed
Masjid Zayed interior
F1 kat marina Mall
F1 car kat Abu Dhabi mall
Bridge @Dubai Mall
'The waterfall' kat Dubai Mall
Sebelum masuk Masjid Zayed
Baru sampai airport

Wednesday, November 24, 2010

Kembali berutus


Salam, lama dah kita xupdate blog nih kan. Masing2 sibuk dgn kerja yang tidak sudah2 bak air mengalir.

Ayah; tpt ayah best juga walaupun bilik ayah kecil. Ada rasa berbilang bangsa sedikit.

Umi; dah siap ke hantaran fancy abang ngah? Moga terhias indah seperti selalu.

Kakni dan najmi; moga cuti2 anda terisi ngan aktiviti [samada berfaedah ataupon tidak. ada aktiviti lg bermakna dari ddk melangut kat rumah tu]

Zikri and nopal; by the time korg bace nih, korg dah abes jawab periksa kot. Gud job on finishing the exams. Kita dah buat yang terbaek. Mohon kepada pentadbir Arasy supaya keputusan memuaskan.

Minta maaf lambat upload gambar percutian capik. Kat sini ada beberapa keping [bukan semua] Rasanya akan ambil masa juga kerna lepas cuti terkial2 kembali mencari apa yang ditinggalkan di bumi mesir ini.
Dalam Dubai Mall [mke penat naik bas XP]
Me @Masjid Zayed
Capik ble sampi dkt Burj Khalifa [Gambar ni 1Km kot dari Burj]

Starry ceiling @Dubai Mall
Stesen bas dekat umah ayah
Look how fancy the Dubai Mall bathroom is
Gambar terawal snap pas smpi Dubai... tinggi bebenor


Francais perniagaan Kakni?!




Wednesday, October 27, 2010

Agungnya Tuhan..

Kejadian berlaku di sebuah negara yang tidak dapat dipastikan namanya. Masyarakat dalam negara itu hidup dalam keadaan yang aman dan damai. Rata-rata penduduknya adalah yang menganut agama Islam.
Suatu hari datang seorang cendekiawan kristian, yang ingin menguji keagungan dan kebenaran Tuhan yang disembah. Cendekiawan itu berjumpa dengan raja negara tersebut dan meminta kebenaran untuk berdebat dengan penduduk-penduduk di negara itu. Pertaruhan yang telah ditetapkan oleh cendekiawan itu adalah, jika dia dikalahkan, dia beserta seluruh ahli keluarganya akan memeluk Islam.
Sebaliknya jika dia menang, raja hendaklah memberi dia kekayaan dan kebenaran menyebarkan agamanya di situ. Dan syarat terpenting perbahasan ialah menggunakan bahasa isyarat.
Kemudian raja pun bertitah mengumumkan pertandingan tersebut kepada rakyat dan barangsiapa yang kalah, dia akan dikenakan hukuman yang berat. Setelah hampir waktunya, muncullah seorang pengembala kambing Islam yang ingin membela agamanya. Dengan berat hati,raja membenarkan kerana tiada siapa lagi yang berani menyahut cabaran itu.
Pada hari pertandingan, rakyat berkumpul di padang yang luas dan gembala kambing didudukkan bertentangan dengan cendekiawan kristian.
Bermulalah soalan, cendekiawan menunjukkan satu jari kepada hadirin. Gembala kambing pula menunjukkan dua jarinya pada hadirin. Dan jawapannya betul. Cendekiawan pula menunjukkan dua jari pula dan gembala kambing menunjukkan lima jari, jawapannya juga betul. Kemudian, cendekiawan menunjukkan lima jari, gembala kambing menunjukkan enam jari. Betul juga! Raja mula berfikir, hebat juga gembala kambing ini. Cendekiawan yang tidak berpuas hati, membuat bulatan pada hadirin dengan tangannya, kemudian gembala kambing menunjukkan penumbuk tangannya. Betul lagi... Lalu cendekiawan tersenyum puas hati.
Cendekiawan mengeluarkan pedang dan halakan ke langit. Gembala kambing pula mengeluarkan pisau kontotnya, lalu dijunamkan ke bumi. Betul! Lalu cendekiawan menepuk tangan. Cendekiawan kemudiannya menunjukkan seekor ayam ditangan dan gembala kambing menunjukkan telur ayam ditangan. Betul... Maka tamatlah sesi perdebatan.
Raja amat berpuas hati dengan kepandaian gembala kambing. Cendekiawan itu mengadap raja, untuk menunaikan janjinya.
Raja bertanyakan soalan dan jawapan perdebatan antara cendekiawan dan gembala kambing. Cendekiawan pun mula bercerita... "Sungguh hamba akui kebesaran Tuhan, sehingga rakyat tunku dapat menjawab dengan baik sekali. Sebenarnya soalan hamba, tunjuk satu jari bermakna adakah kalimah syahadah cuma yang pertama sahaja? (Asyhaduallah ilaha illallah...) Jawapan yang diberikan gembala kambing, dua jari. Jawapannya betul kerana sambungannya, (wa asyhaduan namuhammadarrasullullah).
" "Hamba tunjukkan dua jari, bermakna adakah rukun islam ada dua? Gembala kambing memberi jawapan, lima Betullah... Bila hamba tunjukkan lima jari, maksudnya adakah islam setakat itu sahaja? Jawapan yang diberikan enam jari, sebab rukun iman ada enam. " "Bulatan pula bermakna siapa yang jadikan bumi? Gembala kambing menjawab penumbuk, betullah sebab Allah yang Maha Berkuasa.
Bila hamba mengeluarkan pedang dan menunjuk ke langit, gembala kambing mengeluarkan pisau kontotnya dan menjunamkan ke bumi. Betullah... kerana Allah yang jadikan langit dan bumi. " "Ayam tu sebenarnya soalan bonus... apakah asal usul kejadian ayam itu? Jawapannya telur... betullah.. Sesungguhnya hamba amat berbesar hati dan akan mendalami islam sepenuhnya, serta menyebarkannya.
" Raja tersenyum gembira mendengar soalan dan jawapan tersebut. Kemudiannya gembala kambing dipanggil untuk mengadap Raja, maka diberikan ganjaran yang telah dijanjikan.
Dan bertanyalah Raja akan rahsia gembala kambing tersebut, adakah soalan itu dah bocor? Gembala kambing pun bercerita... " Hamba sungguh tak puas hati betul dengan orang Kristian yang sombong itu. Dia tunjuk satu jari, maknanya dia nak kambing hamba satu. Jadi hamba menjawab, dua pun hamba boleh bagi. Dia tunjuk dua maknanya dia nak lagi dua pulak! Nak empat la maksudnya. Dan hamba jawab lima pun boleh. Kemudian dia tunjuk lima, maknanya takkan lima jea...? Oklah hamba boleh bagi enam pada dia. " " Lepas tu dia tunjuk bulatan, maknanya dia nak semua kambing hamba. Hamba pun tunjuklah penumbuk. Pas tu dia keluarkan pedang, wah wah... dia ingat orang kaya je ada pedang. Hamba pun tunjuk pisau kontot hamba. Sekurang-kurangnya hamba ada juga. Kemudian dia tunjuk ayam pulak! Amboi... mentang-mentanglah dia kaya, selalu makan ayam... Hamba pun mampu... walaupun hanya telur ayam.
Tapi patik tetap bersyukur, kerana dia dah sedar dan nak peluk islam, sekurang-kurangnya dia takkan sombong dan bongkak lagi... " Tergelak besar Raja mendengar penjelasan gembala kambing tersebut. Sungguh besar keagungan Tuhan... walau dengan cara apa sekalipun islam dicabar dan dihina, Islam akan tetap terbela. Wallaualam...

Friday, October 15, 2010

Renungan Minggu Ini

Mulut, sering dikaitkan dengan akal dan hati.. apa yang terzahir dimulut adalah gambaran dari hati.. justeru bersih dan tenangkan hati..banyakkan berfikir dengan zikir, agar yang keluar dari mulut adalah gambaran bagi hati yang sentiasa bergantung kepada Allah swt sebagai puncak segala urusan

.Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al- Balkhi r.m telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah- marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: “Kepada siapa engkau tujukan marahmu itu, adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah tembikai itu?.” Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut.Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya: “ Adapun si penjual, sudah tentu mau jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mau membeli barang yang terbaik juga. Bahkan sipenanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga.Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini.

Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan- Nya.”Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan iapun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.
Moral : ada ketikanya,. tanpa sengaja.,.kita melepaskan amarah., tanpa mahu menahannya walau sesaat. ya.. sesaat cuma yang diperlukan untuk kita merubah 'dunia'. sesaat itulah.. jika kita menarik nafas dalam-dalam berserta istighfar, kemudian melepaskannya juga perlahan-lahan dengan subhanallah..

Insya'allah kita mampu mengelak dari berlakunya kejadian yang tidak diingini..kerana bilamana terlepasnya kata-kata yang tidak sepatutnya, bagi yang berkata, mungkin mendapat satu kepuasan dan bagi yang mendengar ia suatu yang menguris perasaan. Buya Hamka ada berkata.. "kata-kata yang lunak dapat melembutkan hati, manakala kata-kata yang kesat akan mengeraskan hati".
Jadi berfikirlah sebelum melagakan gigi atas dan bawah.begitu juga dengan perbuatan. ada waktunya. tanpa sedar, kerana emosi, kita melakukan banyak kemusnahan, samada harta benda.. dan paling sedih jika melibatkan keganasan fizikal hingga membawa kematian...

Justeru.. sebelum berkata... berfikirlah.. fikir dengan zikir..Insya'allah akan terpelihara akan lidah..lidah itu panjangnya cuma 3 inci.. tapi kekuatannya,, mampu menumbangkan manusia yang tingginya 6 kaki..

Saturday, October 9, 2010

Bukan persahabatan biasa

Dah musim luruh dah kat Mesir nih. Walaupun xbrape jelas sgt [sbb musim sejuk n panas je prasan, musim luruh mane nak carik pokok yg daunnya luruh kat sini?] Sebenarnye mmg dah lame dah; sejak September arituh. Arini laen skit sbb pki selimut pon kene lebih skit be rase x sejuk.

Bgn2 tadi rase sejuk ya amat. Malas pula mahu mandi. Tilik2 balik baek mandi, kang tertido balik kang. Nasib baek semalam tergerak hati nak beli bateri utk heater bilik air [dan pemanas itu apasal x guna wayar plug tp gne bateri? musykil2] Wah, nikmat mandi air panas di waktu dingin.

Lepas mandi, persiapkan diri[ pakai baju hijau yang Naufal beri] Selang beberapa minit selepas itu, capik mula menapak kaki ke kelas [jarak antara rumah capik ke kuliah lebih kurang jarak rumah Bangi ke Sek Men Jalan 3] Sedang leka2 berjalan, ternampak dua kelibat pelajar wanita. Seorang memakai baju kurung dan seorang lagi memakai jubah hitam siap berpurdah. Terlintas dibenak fikiran capik 'eh, jarang nmpk bdk Melayu berjalan ke kuliah bersama budak Mesir ni' Kagum berbunga dihati, jarang melihat situasi seperti ini.

Bila jalan lagi, capik dapat la memecut kedua2 pelajar wanita tadi [sbb dorg jalan perlahan] Yang disangkakan pelajar Mesir itu rupanya orang Melayu! Sebabnya terdengar mereka berdua bercakap, dua2 cakap melayu. Ceh...... ni la, buat assumption awal lagi.


p.s: masuk2 kelas je ujian nak bermula dah....haih............

Coretan dimusim luruh

Tuesday, September 28, 2010

Sibuk Raya

Salam semua.... dah lama tak menulis diruang ini...masing masing sibuk dengan tugasan harian...saperti persiapan raya..persiapan pepereksaan...assignment universiti. Untuk Naufal yang akan menghadapi spm 2 bulan lagi moga tabah dan cekalkan hati.Kita cuma berusaha..Allah yang akan menentukan semuanya.

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.Oleh itu kita perlu bersyukur setiap nikmat yang diberikan Allah kepada kita. Sepanjang tahun ini ramai kenalan kita telah pergi buat selama-lamanya. Jadi kita juga perlu membuat persiapan untuk kesana. Walaupun sibuk dengan urusan dunia tapi urusan akhirat adalah lebeh penting.

Ramadhan telah pun berlalu. Harapan agar dapat bertemu di ramadhan akan datang, insyaallah. Raya pun hampir berlalu dan semua amalan dalam bulan ramadhan dapat diteruskan dibulan bulan lain.

Monday, August 23, 2010

Sempena hari itu


Sempena hari itu jadikan hidup di restu
Hari keramat itu sudah sekian lama berlalu
ataukah kita masih gagah memacu untu menuju mercu?
Hari itu semangatnya jangan pudam seperti semangat setengah abad dulu

Sempena hari itu apa yang telah kita gapai?
Demi akad janji dulu yang ingin anak bangsa maju?
Setimpalkah usha2 dulu yang benihnya jadi hasil kini?
atau sebahagian sahaja yang menjadi

Khabarnya negara ini telah hampir di mercu
harap-harap begitu
namun masih ada yang belum pasti arah tuju

Jangan jadi makhluk lupa diri anak bangsa ku
hari itu bukan hari itu berpesta
Jangan lupa diri hingga menjadikan zuriatmu di mamah semut
jadilah diri segagah dan sehebat pahlawan
baru kita semua nanti di hormati di mata dunia
sebagai negara bermaruah

Mudah-mudahan hari itu nanti berkat sempena sambutan di bulan berkat ini
Selamat hari Merdeka
doa semoga matlamat dulu berjaya bersama maruah
peluh yang menitis kini mudah-mudahan sama nialinya darah yang menitis dulu
bangunlah kita dari lena panjang
tidak ada masa lagi melayan igauan
yang menyebabkan masa terbuang.

Sunday, August 15, 2010

I Just wanna WISH;


SELAMAT HARI JADI
khas buat:-
Zaharin Bin Jamil,
merangkap ayah kami (Hani,syafiq,zikri,naufal,&najmi).
Kami sayang ayah sangat;)

p/s:balik nanti belanja chocolate indulgence from secret resepi ek...
hik3;))

Thursday, August 12, 2010

Kisah hari ini

Salam Ramadhan,menjelang waktu berbuka ini sempat juga menulis tntang slot di radio Ikim yg di dengar masa ambil nami dari sekolah td.
asal bila mula mendengar tadi ingatkan kisah biasa seorang saudara baru yg di buang keluarga,
ketika mendengar sedang ada pendengar yg respon jadi tak dengar kisahnya.setelah komen demi komen di beri terfikir tentuank ini begitu istemewa kerana respon pendengar dari pelbagai lapisan termasuk artist nasyid,YB DR Lo'lo'.jemputan juga tak kurang sehingga Dr Lo'lo' ingin bertemu sendiri dgnnya dan mengenalkan nya dgn tuan guru Nik Aziz.hati masih bertanya apa kisahnya,tetapi bila mendengar jwpan dari nya bila di soal pendengar ternyata ank remaja ini mmg istemewa
beliau mengkaji Al-Quran dan Islam sebelom menganutnya.semasa dia bersyahadah dan mendengar bacaan Al-Fatihahnya yg masih pelat terasa airmata ingin mengalir
apa tidaknya ketika ank2 bangsa kita yg menganut Islam secara otomatis sedang hayal dgn dunia malah ada yg membuang zuriat
ada remaja yg mengkaji Islam dgn penuh minat dan bercita2 meniggikanya,masyaallah.
ketika anda di hujani pelbagai sumbangan ingin saya memberi sedikit sumbangan doa
untuk anda juga ank2 saya mudah2an Allah merahmati anda wahai anakanda ADAM!

Saturday, August 7, 2010

Renungan

Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Disitu ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tib a tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi.Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi. Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil.

Lalu dia pun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa , "Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe . Amin" Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe . Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya. Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. "Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe , Amin".

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak. Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar.

Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. "Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin". Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya. Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada. Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe .

Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang. Dia meninjau-nin jau kawan-kawan sesama penjual tempe , tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pen dapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, "Ya Allah, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini."

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita. "Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi." Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe , tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya "Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin".

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu. Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?"

Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England , si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menj adi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap. Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan.

Moral /Pengajaran : Pertama:
Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.
Kedua:.
Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.
Ketiga :
Tiada yang mustahil bagi Tuhan
Keempat :
Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedang kita tidak pernah mahu memenuhi hak Allah seperti menjaga SEMBAHYANG 5 WAKTU , menyegerakan solat, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan ke arah kebaikan...

Thursday, July 29, 2010

Beruang dan anaknya

selamat sejahtera,kali ini kisah seekor beruang dan anaknya berjaya mencuit hati untuk di jadikan renungan
Sedang leka menonton berita pada tengahari tadi sambil menghirup semangkuk sup tiba-tiba
dipaparkanmengenai perihal seekor beruang dengan dua ekor anaknya
makan terhenti kerana memikirkan apa rasionalnya cerita beruang menyelamatkan anaknya yang tersangkut pada jaring di sebuah kawasan perumahan di muatkan di dalam berita 1.30pm?
apatah lagi kejadian bukan di negara sendiri tetapi mungkin di negara yang mana beruang memang berkeliaran.
selesai menonton dengan perasaan berbaur di antara kasihan dan gembira bila melihat berung itu berjaya melepaskan anaknya yang tersangkut dengan reaksi sang beruang yang terkedek2 mengajak anaknya keluar dari kawasan itu bersama2 dengannya
hati rasa gembira,ketika itu umi dapat jawapannya.oooh!ya binatang lagi sayangkan anak2nya,tidak membuang zuriat mereka begitu sahaja,tapi berapa ramaikah sang(gelaran yang padan untuk pembuang bayi)yang melihat peristiwa kasih binatang pada anak mereka?
jika tertontonpun adakah sang2 itu tertusuk di hati mereka atau malu kah mereka pada haiwan yang Allah letakkan rendah pada martabat mereka tetapi mereka melayakkan diri mereka di gelar sang
adakah mereka terfikir mungkin haiwn2 itu jijik melihat kelakuan mereka yang meruah kemana sahaja ntah2 haiwan2 itu berkata laknat Allah lah ke atas kamu wahai sang yang tidak berperi....?
setahu umi mengikut tabiat ibu kucing yang memakan atau membunuh anak mereka setelah lahir kerana mereka ada sens yang di beri Allah anak itu tak boleh survive jika di biarkan hidup akan menyusahkan diri anak itu.sebab tak sangup melihat anaknya siksa samada di bunuh atau di biarkan mati,mulia hati si ibu kucing lagi.
bapak kucing memang tak bertanggung jawab sebab memang mereka benar2 di gelar sang tapi bapak2 "sang" ini hanya sangup buang2 sperm aje ke?
doa umi mudah2an anak2 dan keturunan kita terselamat dari gejala "sang"2 ini.
jauhilah perbuatan zina anak2,jangan dekati langsung bahang api neraka ini,nauzubillah.mudah2an Allah buka lah hati "sang2 ini dari terus membuang2 sperm mereka tak berhaluan dan "sang
'2 ibu itu yangtergelenjat menikmati keseronokan hidup yang akhirnya jadi momok menghantui sepanjang hayat mereka.
Selamat bertolak buat anak ku yang dah 2 thn tak ketemu,mudah2an selamat sampai





Friday, July 23, 2010

Panas...oh Panas

Salam semua anak2 yang sibuk dengan tugasan sebagai pelajar....ada yang baru masuk meneruskan pengajian dan ada yang sibuk menghadapi pepereksaan... ada yang baru lepas demam... semuga sabar menghadapi semua cabaran yang dilalui..
Cuaca disini makin hari makin panas dan ada kalanya mencecah ke suhu 49 darjah atau lebeh dari itu...humidity nya pernah mencapai pada tahap 70 darjah...dari apa yang dilihat pada tahun lepas tahun ini didapati makin panas... dan tahun hadapan pun lagi panas dari tahun ini..

Banyak pengajaran yang boleh didapati dari cuaca yang panas ini..Diantaranya mengingatkan keadaan lebeh panas lagi pada masa diakhirat kelak...Keadaan yang semacam ini pun susah untuk dihadapi apa tah lagi masa akhirat kelak.. Semuga dengan ini akan menambahkan amal kita semua.. Boleh dikatakan ada sahaja pekerja yang pengsan dengan keadaan ini...Ada juga pekerja2 meninggalkan tempat kerja disite kerana tak tahan panas dan terus balek kenegara asal mereka..Disebabkan duit masing2 maseh boleh bertahan lagi disini..

Panasnya bukan sahaja pada siang hari tapi hingga kemalam keadaan bahang maseh terasa lagi dan terus panas kewaktu subuh...Bukan sahaja cuaca panas tapi air paip untuk mandi pun panas juga...Nak mandi pun susah dengan suhu air yang agak panas...

Sunday, July 18, 2010

Hadiah tak seberapa

Kad buatan sendiri...;D

Jam & kad buatan sendiri..

Semperna hari jadi umi yg ke 45 tahun, kitaorang telah menghadiahkan hadiah2 yang tak seberapa...huhu...nak beli mahal2 time tu tak ada duit...hehe...Ni je kitaorang mampu beli..Semoga umi gembira dengan pemberian dari anak2;D