Saturday, February 20, 2010

Salam anak-anak

salam gembira akan kehadiran semula coretan2 dari ahli2
seronok membaca,umi rasa I Love to dari zikri tapi ada sikit pembetulan I Love
all my siblings kot bkn my all siblings tak tau la kalau umi yg dah tertingal zaman,dapat juga baca dari syafiq alhamdulillah rasa ank2 boleh menghadapi takdir ini
Memang semua yang hidup pasti akan kembali.Umi masih dalam mengingati saat2 akhir bersama arwah,ia lah bukan senang melupakan segala dalam sekelip mata
tapi kita yang hidup harus teruskan hidup,sekiranya terhenti setakat ini sahaja khidmat kita untuk orang yang kita sayang tapi kita masih boleh meneruskannya dgn doa2 kita insyallah
harap dalam kesedihan ini kita kena kuat bekerja membangunkan diri kita sendiri demi orang yang kita sayang
semoga semua anak2 kami dan keturunan kami jadi orang yang berguna untuk agama&bangsa Amin!

Bonda ketika dulu aku tak pernah tahu
kalau aku kini tak lagi melihat wajahmu
Bonda ketika dulu dalam kepenatan
biasa ku keluhkan kesah resah ku
Bonda kini aku sendiri tak lagi melihat wajah mu
bonda setiap kata2 akhirmu aku kenang
walau puas bersama mu
tetap ku rasa baru semalam
Bonda kini aku tak lagi boleh melepaskan rindu melihat wjah mu
semoga sejahtera kau bonda
harapan ku di iring doa

Empat belas pintu

Salam,

Dah lama x tulis kat sini mahupun kat sana. Sejak kebelakangan dan kehadapan ini hamba bertapa dilaman maya membaca nukilan indah seluruh dunia.

Cewah, padahal membaca blog org laen je.

Dah lama dah tangan nih gatal nak tulis something yang title dier tulis 'empat belas'. Setelah kelapangan masa dan dada yg diberikan Ilahi, bole la saya tulis.

Masa kecik2 dulu capik suka baca buku2 cerita. Ada satu artikel menulis yang setelah kita dihisab dan melalui sidratul muntaha [betul ke ejaan dier?] nnti, tersedia 14 pintu. Berdasarkan masa lampau kita, akan dibuka salah satu pintu dari empat belas ini. 7 pintu surga[ indon stail] 7 pintu naraka.

Dan pintu ini tidaklah boleh dibuka dengan mana2 kunci [mahupun keyblade] tetapi solely dengan masa lampau kita sahaja.

~make your eyes to read, brain to ponder, and mouth & hand to speculate~

Thursday, February 18, 2010

I LOVE

I LOVE ALLAH
I LOVE RASULULLAH
I LOVE ISLAM
I LOVE UMI
I LOVE AYAH
I LOVE MY ALL SIBLING'S
I LOVE MY ALL TEACHER'S
I LOVE MUSLIMIN
I LOVE MUSLIMAH
I LOVE FLORA
I LOVE FAUNA
I LOVE THE SITUATION THAT ALLAH CREATE FOR ME
I LOVE WHAT I BELIEVE
I LOVE OTHERS PEOPLE OPINION
I LOVE TO THINK
I LOVE STUDIES
I LOVE WORKING
I LOVE TO ENJOY WHATEVER THAT I STILL DOING
I LOVE HONESTY
I LOVE THE TRULY JUSTICE
I LOVE LIVELIHOOD
I LOVE TO CONTINUE LATER OK? HAHA
to be continue....

Friday, February 12, 2010

Hingga akhirnya

Ada cahaya yang kemilaunya melebihi mutiara
kilauan itu terang menerangi seluruh kehidupan
kini mutiara itu telah tiada
namun cahayanya akan kekal menerangi hidupku
Mak terima kasih atas segalanya


tanggl 8 february segalanya berakhir,hayat ibu ku yg aku sayangi
tapi puas melayan kerenahnya seperti dia juga melayani kerenah ku
segalanya menjadi kenangan indah
31 january mula di tahan wad atas sebab paru2 berkuman
sepanjang pemantauan tiada tanda2 kesakitan teruk cuma pemantauan oxygen,darah dan paru2
demamnya berkurangan,tapi bila sabtu mual mengesyaki sesuatau bila
DR mula beri diet makanan blender
ahad dia dah tak sedar bila aku dtg
tapi aku puas sbb hajatnya nak din berada di sisi nya ter capai
malamnya di CCU tak dpt melelapkan mata sepanjang malam hanya tuhan yang tahu perasaan aku.tapi pagi esoknya kami muafakat untuk menghentikan ubt bantuan padanya
tak sangup lagi melihat mak menderita
dah sampai masa kami lepaskan dia dengan Redha
Mak....kembalilah ke sana mudah2an tenang
dengan bersihnya wajah mak masa pergi,ringannya jenazah ketika di angkat
mudahnya urusan mandi,puas aku dpt menguruskan mak dgn tenang sampai ke akhirny
tidak lagi mengeluarkan air mata
mak kasih sayang mu tetap berkekalan hingga ke akhir hayat ku pula
mudah2n roh mak di sejahterakan
AMIN

Tuesday, February 2, 2010

Adakah!


Seawal tahun adakah segalanya petanda
Mula baik ataupun buruk
Benarkah ia pencetus sepanjang tahun
Atau ia satu kebetulan

Sekilas fikiran ia kekadang pencetus setiap harapan
Buruk baik semua bukan alasan
Memengap diri untuk di kesalkan
Seperti matahari bersinar menyuluh alam
Dingin hari embun bertitisan

Dari itu ia adalah kehidupan
Dikutip satu satu di jadikan tasbih
mudah-mudahan di senja hari
segala-galanyamenjadi zikir supaya lelap nanti
penuh dengan senyuman