Wednesday, March 31, 2010

Lakaran kenangan

Di kejauhan ini tiap lamunan terbanting pada kenangan
setelah kian jauh perjalanan moga kian kukuh
doa ini mudah2an jangan ia rapuh
kenangan itu jadi boneka tari yang menari di hadapanku
kenangan2 itu indah sungguh
namun kenangan memang tetap akan jadi kenangan bahagia dan wangi tersimpan

Lakarlah langkah2mu anakanda namun jangan lupa
kirimkan walau sebaris khabar
yang akan jadikan senyum melebar

Tuesday, March 30, 2010

Tangan pada kedudukan jam 10-2

Salam.

Dah lama x tulis pape kat sini mahupun buat pape kat tenet. Ntahla, kering idea kot.

Tengah golek2 kat katil ari ni capik terpikir satu perumpamaan [bukan officialnye perumpamaan la]

{Peranan ibubapa dalam membimbing anak2 mereka menempuhi 'ruangan' yang dipanggil Dunia ini sangatlah penting. Kehidupan di dunia ini adalah cabaran paling susah yang mesti dilalui oleh setiap anak Adam. Justeru, khidmat ibubapa diperlukan agar pabila baligh nnti, tidaklah kekok mereka menjalani kehidupan dengan selesa.} Mukadimah [hehehe]

So, ibubapa sejak kecil kita melihat mereka dari tempat duduk penumpang membawa kenderaan dengan penuh hemat.

Dan pabila dewasa, kita ibarat diberi kenderaan sendiri untuk dipacu. Agaknya kearah manakah kenderaan persendirian kita ini akan pergi? Adakah sama seperti jalan2 yang dilalui oleh ibubapa kita?

Dan setelah itu baru kita tahu bahawa membawa kenderaan sendiri tidaklah sesenang seperti kita lihat kedua ibubapa kita membawa satu masa dahulu. Dan percayalah bahawa mereka juga tidak memandunya dengan senang sekali kerna jalan yang dipanggil Dunia ini bukanlah satu perjalanan yang senang sekali.



p.s: artikel ini bukan untuk diterjemah secara langsung. This is metaphorically sentences ,Alif Najmi!. kalo xtau tanya Umi apa benda tuh. [^_^]

Friday, March 26, 2010

Sementara Ini

Sementara menungu dan duduk sendiri menanti perkhabaran anakanda semua yang masing2 sedang sibuk dgn PERJUANGAN mudah2an ALLAH merahmati.Ketika menyelak2 blog org lain selepas berbual2 dgn habibi,terbaca satu artikel dari Blog Wardina Safiyah Wah menarik ini!selalunya aku malas membaca artikelnya atau cuma melalui saja tajuk2 yg ada.tapi kali ini terpangil juga untuk membaca,mungkin juga bersetuju dengan apa yg di perkatakan itu kerana aku juga sering tertanya2 apabila acap kali melihat gelagat2 manusia(sudah tentu ia untuk rujukan diri sendiri juga)mengenai topik berhias yang diterbitkan oleh salah satu siaran TV tempatan,ada juga pendapatnya yang aku kurang setuju,entahlah kitakan punya pendapat masing2 tetapi pendapat jangan di campur adukkan dengan HUKUM.Menarik di sini kerana bahasnya mengenai 'USTAZ' & cara dakwahnya!memang aku sering juga jumpa 'USTAZ'juga 'USTAZAH' yang menekankan tentang berhias ini tetapi mengapa perlu topik ini hanya di tujukan dan disalahkan pada pihak wanita?di manakah rasionalnya jika bertahun malah berabad2 membincangkan perkara yang sama iaitu seolah2 mencari dan menunding jari pada wanita!ia mmg kita semua perlu di ingatkan tetapi janganlah seolah2 menyampaikan dengan hanya teks itu seperti di cedok dan di hiaskan semula.Betul juga katanya 'USTAZ'2 ini cantik kalau topik itu di bahas dalam konteks baru keterbukaan minda perlu apa salahnya cari juga peranan laki2 yang mentadbir bukan salah Ibu2.betul juga apabila beliau berkata apa jadi dengan masjid2 yang di hias indah dengan Chandalier hebat sedang di dekatnya ada rumah yang hampir rebah?bukan apa bila membaca artikel ini aku tidak lagi rasa bersalah kerana sering menyangkal sifat laki2 yang hanya mahukan wanita berada di bawah telunjuknya sedangkan saidatina Aishah juga menjadi tempat rujukan sahabat,siapa kita ya 'USTAZ'2 kecil yang hendak meletakkan pendapat sempit.Syukur ke hadrat ILAHI aku di samping lelaki yang terbuka mindanya yang sering meletakkan pendapat wanita disisinya untuk sama2 mencapai mawadah wa rahmah,alhamdulillah,buat anak2nanti habis kesibukan masing2 hidupkanlah semula halaman ini ya.Sekadar pandangan lama

Friday, March 12, 2010

Family is important than friend =D

Umi umi
Engkaulah ratu hatiku
Bila ku berduka
Engkau hiburkan selalu

Umi umi
Engkaulah ratu hatiku
Tempat menyatakan kasih
Wahai umi

Betapa tidak hanya engkaulah
Yang menyinari hidupku
Sepanjang masa engkau berkorban
Tidak putusnya bagai air lalu

Umi umi
Engkaulah ratu hatiku
Tempatku menyerahkan kasih
Wahai umi!

lagu baru khas untuk umi!

Monday, March 8, 2010

Menyelak lembaran lama

lepas bersembang dgn habibi buka blog siti,nak tengok gambar kahwin dia.he he he ada lak gambar anak comel ku kat situ pembawa bunga manggar!Gebu....lepas belek2 buka balik post lama2 baca balik.rindu pulak dgn semua ahli keluarga.susah nak lelap mata jadi tulis balik,fikiran tertanya2 sampai bila aku nak dpt balik sense of humor aku dulu?mungkin kejadian pemergian mak ni belum lagi lepas dari ingatan.tapi kena belajar kembali semula ke kehidupan seperti biasa,insyallah akan cuba.kalau di layan ceria hidup seperti di buat2 jadinya nnt.berdoa juga mudah2an raya thn ini dapat bersama semua ahli keluarga lama betul tak berhimpun bersama2.tentu seronok sebelum....kak hani dgn zikri ntah beberapa thn lagi pulak tak dpt sekumpul ntah2 capik dulu ke keh keh keh!nami dgn naufal ntah sapa berpasangan dulu pulak?kalau dah selesai semua,umi dgn ayh round raya rmh ank2 kot,pernah di buat org ke?dah dah jgan melalut udah2lah tu.SELAMAT AWAL PAGI

Saturday, March 6, 2010

Luxor-Aswan Hari Ke-3

Hari ke-3,

Kitorang bergerak meninggalkan Luxor. Arinih kitorang akan menuju ke Aswan. Dalam perjalanan ke Aswan, van yang capik naik akan singgah ke 2 bandar untuk pergi ke 2 temple. Bandar2 itu adalah bandar Idfu/Edfu, yang ada Edfu Temple. Satu lgi bandar adalah bandar Kom Ombo, yang ada Kom Ombo Temple.

Inilah gambar2 nya.

Mentari Senja di Bandar Aswan


Kom Ombo Temple

Edfu Temple











Friday, March 5, 2010

Luxor Aswan Hari Ke-2

Salam.

Okay, arini capik nak update hari kedua punya perjalanan plak. Kitorang bergerak ke Valley of the King. Selepas itu pergi ke Temple of Hapshepsut. And then pergi ke Valley of the Queens. Dan lastly kitorang naik fellucca [Sampan yang ada layar] pergi ke Banana Island.

Malangnya, tiada gambar ke Valley of the Kings dan Valley of the Queens sbb camera dibenarkan masuk.


Minum teh dalam fellucca


Ladang Gandum

Sampai di Banana Island [kalo letak gambar capik background dier pokok pisang, sah cam kat malaysia]



Pemandangan dari fellucca

Mula2 naik felluca

Cenderahati yang saya xbeli

Collosus of Memnoon

Bazaar Dari Temple of Hapshepsut


Temple of Hatshepsut


Pokok yang ditanam oleh Pharaoh Hatshepsut [tinggal batang je. wakakakka]



Mendengar penerangan dengan khusyuk

Bersama kawan2 kat pintu masuk Temple of Hatshepsut [satu2 Firaun Perempuan kat dunia]


Baru Smpai kat Valley of The Kings


Mari Bersarapan!


Hot Air Balloon Trip [kalo nak naik kene bayar 100 euro!!! bkn pound egypt tp euro]

Kucing kite jdk movir star!!!

Thursday, March 4, 2010

Sayang



hahaha... i like this picture...
miracle~ ngahaha

Luxor-Aswan Hari Pertama

Pada 27 februari lepas, capik dan kawan2 pergi ke luxor dan aswan untuk bercuti. Kami bertujuh bertolak pada pukul 10 malam 27 hb dan tiba di luxor pada pukul 11 pagi keesokan harinya.

Hari pertama kami melawat ke 2 tempat bersejarah, iaitu Temple of karnak dan juga Temple of Luxor. ini adalah beberapa gambar yg dapat capik tangkap arituh.



















ini la beberapa gambar yg capik tangkap. Hari keduanye nnti capik tulis.