Thursday, April 29, 2010

kepura-puraan

salam untuk semua....selepas balek bercuti selama dua minggu cuaca disini dah mulai terasa panas..tapi kalu dimalaysia bila panas lepas itu hujan tapi disini tak de hujan...sahabat disini bertanya berapa lama cuti...ayah jawab 2 minggu tapi rasanya dua hari sahaja...begitu la masa berlalu terlalu pantas...hingga kita sendiri tak dapat nak kejar masa..jadi jangan lah dilalaikan dengan masa..gunakan masa dengan sepenuhnya dengan berfaedah dan berhikmah..agar setiap waktu yang berjalan yang kita lalui memberi pahala kepada kita...
dunia kalu dikejar memang la dapat tapi setakat itu sahaja...disini ramai bangsa asing datang mencari rezeki dengan berbagai pekerjaan...hingga ada yang buat teksi sapu pada waktu malam dari airport ke abu dhabi.. masa diairport katanya harga 60 dirham tapi bila kereta dah berjalan harga tambang dinaikan menjadi 70 dirham...manusia memang begitu suka menipu walaupun dia tahu benda itu salah..asalkan dia dapat apa yang dihajati..ini semua nak menjadi kaya dengan cepat untuk dia hidup dengan kepura-puraan... selepas keluar dari teksi itu saya kata kan padanya ' harami' satu perkataan yang amat terkenal dinegara arab kalu seseorang itu suka menipu. dia pun tersenyum lalu meneruskan perjalanan nya untuk menipu lagi...
jadi berwaspada lah dizaman ini manusia suka menipu tak kira apa cara sekali pun...

Friday, April 9, 2010

Mari berdansa....

Iklan best...

Kalo ader masa lapang, post la iklan2 best kat sini [bole kongsi tgk]