Monday, June 28, 2010

YANG KU LIHAT 2


Salam sejahtera,masih lagi tentang cerita yang sama,menyambung kepada kisah yang aku lihat
setakat ini aku masih melihat kisah yang nostalgik.maaf kepada sesiapa yang membaca jika adamengenai hal ini bukan apa bila kita melihat keperitan orang lain kita dapat menilai setakat mana kemampuan kita bila di uji masa itu kita boleh rasa bersyukur ke hadrat ilahi yang menguji kita dengan ujian yang termampu oleh badan kita.melawat hospital membuka mata ku tentang keperitan orang lainterutama hospital besarperit pedih orang yang tak punya tapi taetap tabahdalam ujian.lawatan kali ini membuka mata sama kepada kisah isteri naif yang aku tabik kejujurannya.pedih peritnya melihat suami yang terlantar tak upaya menyebabkan dia menadah tangan berdoa sebaik sahaja tiba dan menatap wajah perit sakit si suami tanpa memperduli kehadiran pelawat lain,dengan wajah pilu menyatakan rasa sedih melihat sang suami yang dalam kesakitan seolah2 dia yang ingin berkongsi sakit itu.peristiwa ini menyebabkan aku mengenang taatnya saidatina Khadijah kepada Rasullullah,tetapi isteri yang ini suaminya bukan Rasullullah malah seperti manusia lain suami itu pernah tersilap langkah.ketabahannya memohon kepada Allah dan mengadu kehadratnya membuatkan akal sedarku merasa betapa beruntungnya aku di satukan dengan suamiku.mudah2an Allah memberi peluang ke dua untuk si suami memperbaiki apa yang tersilap dan menyedari besarnya ketaatan isterinya.kepada anak2 ku mudah2an mereka dapat mengharungi cabaran masing2 dengan redha kerana ada orang lain di luar sana yang nasibnya tak sebaik kita,ujiannya lebih hebat dari kita teapi dapat bergantung kepada Allah secara total,itu sahaja kunci untuk kiata semua menjadi kuat iaitu berpegang apada tali ALLAH

Friday, June 25, 2010

YANG KU LIHAT


Salam semua yang di kasihi,sekian lama tak menulis di sini walau hati mengingini tetapi terhalang oleh pelbagai sebab,maaf dulu untuk tajuk kali ini mungkin salah pada susunan bahasa 'Yang' tidak di guna di awal kata
Itu hanya luahan hati bila melihat beberapa hal kebelakangan ini
Terus pada cerita kita 'Yang Ku Lihat'
tentang ibu yang menyayangi anak2nya sehingga akhir hayatnya,mengenai isteri naif yang sangat taat pada suaminya & sangat menyayanginya,anak2 yang berjuang untuk masa hadapannya kadang2 untuk kedua ibu bapanya jua.semua ini adalah ujian hidup seperti yang telah di beri dalam renungan minggu ini,entri lepas.
banyak perkara yang kita lihat tetapi yang ini memang menyayat hati ku mungkin aku saja.
Hal isteri yang naif yang sangat taat pada suaminya ini benar2 terjadi menyebabkan fikiran berlegar,ada lagikah isteri yang naif di zaman ini?
tak perlu menceritakan keseluruhan cerita kerana ia mungkin menyingung hati,cukup dengan berkata walau suaminya dalam keadaan sakit dan hilang upaya secara mengejut,si isteri selalu ada di sisi suami walau kerenah suami yang sakit sangat menguji kesabaran.hati terasa sayu kerana walau naif dia tetap berusha mencari jalan untuk menyembuhkan si suami.paling terharu turut mengenepikan lelahnya kerana terus2an memanjat doa ke hadrat Allah sambil menjaga ank org untuk mencari rezeki.Ya Allah sabarkanlah isteri ini,mudah2an aku di beri kesabaran seumpama.Bila mengigat kisah ini terkenang pula perbincangan dengan ustaz tempoh hari apabila di beritakan hak wanita yang patut di ketahui.aku turut mengajukanhal isteri itupada ustaz lalu aku di anjurkan supaya bercakap kepadanya tentang ganjaran pahala yang telahpun menantinya mudah2an isteri itu sabar.aku juga mengingatkan ustaz tersebut bahawa betapa perlunya para isyeri menginsafi perihal ganjaran pahala seiring menghbahkan hak2 wanita.mudah2an ia berjalan seiring dan di manfaat bersama.peringatan buat aku dan isteri2 juga bakal isteri GANJARAN PAHALA,wallahualam

Sunday, June 20, 2010

Ayah saya


Saya bersama ayah saya


Selamat Hari Ayah kepada ayah saya. Mengikut pandangan orang2 malaysia, Hari Ayah ni orang Malaysia sambut pada hari ahad minggu ke-3 bulan Jun. Kat mesir dan certain negara arab lain pula, diorang sambut pada 21 Jun. Apa-apa pun, selamat hari ayah!

Ayah saya dia nampak garang [sebab misai dia kot, heheheh] Masa kecil2 segan juga saya dengan dia. Meningkat dewasa br saya tahu, Umi saya lagi garang! Kenapa saya berkata begitu? Sebab ayah saya mendidik saya mengikut usia saya. Kecil2 kanak2 ini macam makhluk yang tak reti bahasa, kene la marah sikit. Bila semua dah bole berfikir, xpernah pon saya dengar nada marah ayah saya lagi [walaupun dia seorang yang punya suara yang kuat]

Kenapa saya tulis tajuk 'Ayah saya'? Bukan nak bolot ayah sorang2 [hek3] Tapi nak beritahu satu ilmu yang dia ajar pada saya yang mengubah cara saya melihat dunia.

Ceritanya begini, pada awal sekolah menengah dahulu saya boleh dikatakan seorang yang cepat men'judge' orang kot. Saya juga seorang yang kurang berfikir secara dalam tentang suatu perkara. Satu hari minggu, kami sekeluarga pergi driving [saja2 je nak tgk persekitaran bangi yang kian berubah]

Masa itu dia ada berkata, "Kamu semua adik-beradik perlu berfikir dari semua sudut sebelum menilai setiap perkara. Macam kalau dimarahi orang, memang la kamu rasa sedih + benci sedikit pada orang itu. Tapi cuba kamu lihat dari pandangan dia, mungkin ada sesuatu yang perlu kamu baiki agar menjadi manusia yang lebih baik. Setiap benda ada pandangan dia yang tersendiri. Benda yang baik bukan semuanya baik dan benda yang duka/jahat bukan selamanya seperti begitu." [ayat2 dia lebih simple dari ini la. tapi macam ni la saya mentafsir nasihat dia. hek3]

Ayah saya menunjukkan bahawa setiap perkara perlu la dilihat dari semua aspek. Walaupun kita mungkin tidak nampak semua sudut, tapi cuba dapatkan segala pandangan mengenai perkara itu. Dengan kata laen, JANGAN MELENTING SEBELUM BERFIKIR. Nasihat yang berguna agar pengalaman didunia tidak menjadi perit.


Jadi, APA PENGALAMAN KORANG BERSAMA AYAH? kongsi la bersama.

Happy Father's Day!


Ayah,
Happy Father's Day!
walaupun ayah tak pakai tie tapi boleh la letak gambar nie.
=D

Saturday, June 19, 2010

Renungan Minggu Ini

NABI Muhammad SAW bersabda bermaksud: “Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan itu.” (Hadis riwayat al-Hakim)

Ujian adalah seiringan dengan perjuangan. Oleh itu, ia tetap memerlukan bekalan iman, sabar dan istiqamah.
Ujian dijadikan Tuhan untuk mengukur sama ada keimanan seseorang itu kepada Allah dan seluruh ajaran-Nya adalah benar dan diikuti oleh perlakuan dan tindakan atau hanya terhenti setakat pada mulut.

Umat Islam akan diuji dengan lima perkara iaitu saudara seagama yang sentiasa dengki terhadapnya, orang munafik yang sentiasa membencinya, orang kafir yang sentiasa memeranginya, syaitan yang sentiasa berusaha menyesatkannya dan bisikan hawa nafsu yang sentiasa menggoncang keimanannya.

Semuanya ini menuntut kesabaran dan di dalamnya ada ganjaran pahala yang besar daripada Allah.Lawan bagi sabar adalah mengeluh. Ia adalah perbuatan yang amat dilarang oleh agama kerana dengan mengeluh akan membuatkan semangat menjadi lemah dan terbitnya perasaan kecewa dan putus asa.

Allah SWT berfirman bermaksud: “Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.” (Surah al-Insyirah, ayat 6)Tanpa masalah atau ujian, tidak akan wujud kematangan kerana pengalaman dalam menyelesaikan masalah adalah guru terbaik dalam menjamin kejayaan dalam kehidupan

Thursday, June 17, 2010

Tetris vs Contra

Game2 yang capik ngan ziki maen masa kecik2

Monday, June 14, 2010

Letak video pada blog.

Syafiq letak video panduan macam mana nak letak video pada blog. Walaupun dia guna blog jenis lain, tapi konsep dia sama macam letak pada blog ini.

Thursday, June 3, 2010

3 jun 2010 - 5.41ptg m'sia

muaz kirim salam kat semua

-naufal