Tuesday, September 28, 2010

Sibuk Raya

Salam semua.... dah lama tak menulis diruang ini...masing masing sibuk dengan tugasan harian...saperti persiapan raya..persiapan pepereksaan...assignment universiti. Untuk Naufal yang akan menghadapi spm 2 bulan lagi moga tabah dan cekalkan hati.Kita cuma berusaha..Allah yang akan menentukan semuanya.

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.Oleh itu kita perlu bersyukur setiap nikmat yang diberikan Allah kepada kita. Sepanjang tahun ini ramai kenalan kita telah pergi buat selama-lamanya. Jadi kita juga perlu membuat persiapan untuk kesana. Walaupun sibuk dengan urusan dunia tapi urusan akhirat adalah lebeh penting.

Ramadhan telah pun berlalu. Harapan agar dapat bertemu di ramadhan akan datang, insyaallah. Raya pun hampir berlalu dan semua amalan dalam bulan ramadhan dapat diteruskan dibulan bulan lain.