Wednesday, October 27, 2010

Agungnya Tuhan..

Kejadian berlaku di sebuah negara yang tidak dapat dipastikan namanya. Masyarakat dalam negara itu hidup dalam keadaan yang aman dan damai. Rata-rata penduduknya adalah yang menganut agama Islam.
Suatu hari datang seorang cendekiawan kristian, yang ingin menguji keagungan dan kebenaran Tuhan yang disembah. Cendekiawan itu berjumpa dengan raja negara tersebut dan meminta kebenaran untuk berdebat dengan penduduk-penduduk di negara itu. Pertaruhan yang telah ditetapkan oleh cendekiawan itu adalah, jika dia dikalahkan, dia beserta seluruh ahli keluarganya akan memeluk Islam.
Sebaliknya jika dia menang, raja hendaklah memberi dia kekayaan dan kebenaran menyebarkan agamanya di situ. Dan syarat terpenting perbahasan ialah menggunakan bahasa isyarat.
Kemudian raja pun bertitah mengumumkan pertandingan tersebut kepada rakyat dan barangsiapa yang kalah, dia akan dikenakan hukuman yang berat. Setelah hampir waktunya, muncullah seorang pengembala kambing Islam yang ingin membela agamanya. Dengan berat hati,raja membenarkan kerana tiada siapa lagi yang berani menyahut cabaran itu.
Pada hari pertandingan, rakyat berkumpul di padang yang luas dan gembala kambing didudukkan bertentangan dengan cendekiawan kristian.
Bermulalah soalan, cendekiawan menunjukkan satu jari kepada hadirin. Gembala kambing pula menunjukkan dua jarinya pada hadirin. Dan jawapannya betul. Cendekiawan pula menunjukkan dua jari pula dan gembala kambing menunjukkan lima jari, jawapannya juga betul. Kemudian, cendekiawan menunjukkan lima jari, gembala kambing menunjukkan enam jari. Betul juga! Raja mula berfikir, hebat juga gembala kambing ini. Cendekiawan yang tidak berpuas hati, membuat bulatan pada hadirin dengan tangannya, kemudian gembala kambing menunjukkan penumbuk tangannya. Betul lagi... Lalu cendekiawan tersenyum puas hati.
Cendekiawan mengeluarkan pedang dan halakan ke langit. Gembala kambing pula mengeluarkan pisau kontotnya, lalu dijunamkan ke bumi. Betul! Lalu cendekiawan menepuk tangan. Cendekiawan kemudiannya menunjukkan seekor ayam ditangan dan gembala kambing menunjukkan telur ayam ditangan. Betul... Maka tamatlah sesi perdebatan.
Raja amat berpuas hati dengan kepandaian gembala kambing. Cendekiawan itu mengadap raja, untuk menunaikan janjinya.
Raja bertanyakan soalan dan jawapan perdebatan antara cendekiawan dan gembala kambing. Cendekiawan pun mula bercerita... "Sungguh hamba akui kebesaran Tuhan, sehingga rakyat tunku dapat menjawab dengan baik sekali. Sebenarnya soalan hamba, tunjuk satu jari bermakna adakah kalimah syahadah cuma yang pertama sahaja? (Asyhaduallah ilaha illallah...) Jawapan yang diberikan gembala kambing, dua jari. Jawapannya betul kerana sambungannya, (wa asyhaduan namuhammadarrasullullah).
" "Hamba tunjukkan dua jari, bermakna adakah rukun islam ada dua? Gembala kambing memberi jawapan, lima Betullah... Bila hamba tunjukkan lima jari, maksudnya adakah islam setakat itu sahaja? Jawapan yang diberikan enam jari, sebab rukun iman ada enam. " "Bulatan pula bermakna siapa yang jadikan bumi? Gembala kambing menjawab penumbuk, betullah sebab Allah yang Maha Berkuasa.
Bila hamba mengeluarkan pedang dan menunjuk ke langit, gembala kambing mengeluarkan pisau kontotnya dan menjunamkan ke bumi. Betullah... kerana Allah yang jadikan langit dan bumi. " "Ayam tu sebenarnya soalan bonus... apakah asal usul kejadian ayam itu? Jawapannya telur... betullah.. Sesungguhnya hamba amat berbesar hati dan akan mendalami islam sepenuhnya, serta menyebarkannya.
" Raja tersenyum gembira mendengar soalan dan jawapan tersebut. Kemudiannya gembala kambing dipanggil untuk mengadap Raja, maka diberikan ganjaran yang telah dijanjikan.
Dan bertanyalah Raja akan rahsia gembala kambing tersebut, adakah soalan itu dah bocor? Gembala kambing pun bercerita... " Hamba sungguh tak puas hati betul dengan orang Kristian yang sombong itu. Dia tunjuk satu jari, maknanya dia nak kambing hamba satu. Jadi hamba menjawab, dua pun hamba boleh bagi. Dia tunjuk dua maknanya dia nak lagi dua pulak! Nak empat la maksudnya. Dan hamba jawab lima pun boleh. Kemudian dia tunjuk lima, maknanya takkan lima jea...? Oklah hamba boleh bagi enam pada dia. " " Lepas tu dia tunjuk bulatan, maknanya dia nak semua kambing hamba. Hamba pun tunjuklah penumbuk. Pas tu dia keluarkan pedang, wah wah... dia ingat orang kaya je ada pedang. Hamba pun tunjuk pisau kontot hamba. Sekurang-kurangnya hamba ada juga. Kemudian dia tunjuk ayam pulak! Amboi... mentang-mentanglah dia kaya, selalu makan ayam... Hamba pun mampu... walaupun hanya telur ayam.
Tapi patik tetap bersyukur, kerana dia dah sedar dan nak peluk islam, sekurang-kurangnya dia takkan sombong dan bongkak lagi... " Tergelak besar Raja mendengar penjelasan gembala kambing tersebut. Sungguh besar keagungan Tuhan... walau dengan cara apa sekalipun islam dicabar dan dihina, Islam akan tetap terbela. Wallaualam...

Friday, October 15, 2010

Renungan Minggu Ini

Mulut, sering dikaitkan dengan akal dan hati.. apa yang terzahir dimulut adalah gambaran dari hati.. justeru bersih dan tenangkan hati..banyakkan berfikir dengan zikir, agar yang keluar dari mulut adalah gambaran bagi hati yang sentiasa bergantung kepada Allah swt sebagai puncak segala urusan

.Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al- Balkhi r.m telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah- marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: “Kepada siapa engkau tujukan marahmu itu, adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah tembikai itu?.” Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut.Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya: “ Adapun si penjual, sudah tentu mau jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mau membeli barang yang terbaik juga. Bahkan sipenanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga.Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini.

Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan- Nya.”Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan iapun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.
Moral : ada ketikanya,. tanpa sengaja.,.kita melepaskan amarah., tanpa mahu menahannya walau sesaat. ya.. sesaat cuma yang diperlukan untuk kita merubah 'dunia'. sesaat itulah.. jika kita menarik nafas dalam-dalam berserta istighfar, kemudian melepaskannya juga perlahan-lahan dengan subhanallah..

Insya'allah kita mampu mengelak dari berlakunya kejadian yang tidak diingini..kerana bilamana terlepasnya kata-kata yang tidak sepatutnya, bagi yang berkata, mungkin mendapat satu kepuasan dan bagi yang mendengar ia suatu yang menguris perasaan. Buya Hamka ada berkata.. "kata-kata yang lunak dapat melembutkan hati, manakala kata-kata yang kesat akan mengeraskan hati".
Jadi berfikirlah sebelum melagakan gigi atas dan bawah.begitu juga dengan perbuatan. ada waktunya. tanpa sedar, kerana emosi, kita melakukan banyak kemusnahan, samada harta benda.. dan paling sedih jika melibatkan keganasan fizikal hingga membawa kematian...

Justeru.. sebelum berkata... berfikirlah.. fikir dengan zikir..Insya'allah akan terpelihara akan lidah..lidah itu panjangnya cuma 3 inci.. tapi kekuatannya,, mampu menumbangkan manusia yang tingginya 6 kaki..

Saturday, October 9, 2010

Bukan persahabatan biasa

Dah musim luruh dah kat Mesir nih. Walaupun xbrape jelas sgt [sbb musim sejuk n panas je prasan, musim luruh mane nak carik pokok yg daunnya luruh kat sini?] Sebenarnye mmg dah lame dah; sejak September arituh. Arini laen skit sbb pki selimut pon kene lebih skit be rase x sejuk.

Bgn2 tadi rase sejuk ya amat. Malas pula mahu mandi. Tilik2 balik baek mandi, kang tertido balik kang. Nasib baek semalam tergerak hati nak beli bateri utk heater bilik air [dan pemanas itu apasal x guna wayar plug tp gne bateri? musykil2] Wah, nikmat mandi air panas di waktu dingin.

Lepas mandi, persiapkan diri[ pakai baju hijau yang Naufal beri] Selang beberapa minit selepas itu, capik mula menapak kaki ke kelas [jarak antara rumah capik ke kuliah lebih kurang jarak rumah Bangi ke Sek Men Jalan 3] Sedang leka2 berjalan, ternampak dua kelibat pelajar wanita. Seorang memakai baju kurung dan seorang lagi memakai jubah hitam siap berpurdah. Terlintas dibenak fikiran capik 'eh, jarang nmpk bdk Melayu berjalan ke kuliah bersama budak Mesir ni' Kagum berbunga dihati, jarang melihat situasi seperti ini.

Bila jalan lagi, capik dapat la memecut kedua2 pelajar wanita tadi [sbb dorg jalan perlahan] Yang disangkakan pelajar Mesir itu rupanya orang Melayu! Sebabnya terdengar mereka berdua bercakap, dua2 cakap melayu. Ceh...... ni la, buat assumption awal lagi.


p.s: masuk2 kelas je ujian nak bermula dah....haih............

Coretan dimusim luruh