Friday, December 30, 2011

tazkirah jumaat

MUTIARA KATA

Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah(bakhil lagi kedekut). Apabila ia ditimpa kesusahan, ia sangat gelisah dan apabila beroleh kesenangan ia menjadi bakhil. (Al-Ma'arij: 19-21)

Amat besar kebenciannya di sisi Allah apabila kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya. (As-Saff: 3)

Perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik daripada sedekah yang diiringi dengan perkataan yang menyakitkan. (Al-Baqarah: 263)

Tidak masuk syurga orang yang suka menabur fitnah. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Tidak akan masuk ke dalam syurga orang yang dalam hatinya terdapat kesombongan walau sebesar zarah. (Hadis riwayat Muslim)

Allah tidak melihat kepada tubuh kalian dan tidak pula kepada bentuk kalian. Allah hanya melihat kepada hati dan perbuatan kalian (Hadis riwayat Muslim). [ ]

Thursday, December 29, 2011

sambung lagi...

Suhu makin hari makin sejuk disini dan diikuti angin yang sangat kuat. Maklumlah kawasan projek ditepi pantai..Walaupun suhu kadang kadang mencecah 12 degree namun para pekerja bangla dan india maseh meneruskan kerja kerja mereka..Nak buat macamana ..dah kerja nak cari sesuap nasi untuk keluarga dinegara masing-masing..Gaji nya tak lah berapa tinggi sangat sekitar 500 dirham je dan ada sikit overtime..dapat lah sekitar 600 dirham..Nasib baik lah rupee wang india jatuh teruk nilainya baru2 ini mencecah 1 dirham bersamaan 14 rupee maka dapat lah lebeh sikit untuk dihantar ke keluarga.. Nilai rupee jatuh sampai 14 rupee bagi 1 dirham adalah pertama kali dalam sejarah india dan belum pernah berlaku sebelum ini.

Namun dengan kenaikan harga barang disini dan diseluruh dunia termasuk malaysia maka nilai wang tak memberi apa apa makna..Tapi bagi rakyat dinegara ini mungkin tidak memberi apa2 kesan kerana baru baru ini sempena hari kebangsaan negara ini raja disini mengumumkan kenaikkan gaji 100% bagi semua warganegara ini yang bekerja dengan kerajaan..Bagi yang bekerja dengan swasta gaji mereka lagi lumayan..Dua hari lepas ayah pergi kepejabat kerajaan untuk membaharui resident visa..Satelah pendaftaran dibuat dan numbor diberikan untuk caunter... maka apabila sampai giliran ayah kena lah counter numbor 11..Biasanya urusan dengan pejabat kerajaan pekerjanya adalah rakyat tempatan.. Bila borther arab tu tengok ayah dari malaysia dia pun kata...tomorrow I will go to Malaysia for holiday four days...kemudian ayah tanya naik kapal terbang apa?...katanya Itihad...harga nya?..kata nya lagi I naik first class dan pergi dengan family...kalu first class biasanya 4k lebeh...Ohhh jaga counter je boleh melancung naik first class punya kapalterbang...maknanya orang arab ni tak kesah pasal duit...
Ini lah ujian kekayaan yang Allah berikan kepada negara negara arab dan ujian kekayaan kalu kita tidak juga bersyukur....maka Allah akan kufur kepada kita..Ok la sampai disini dulu coretan kali ini..kalu panjang nanti boring pulak nak baca...

Friday, December 23, 2011

sambung....

Disini phone kad ada 2 jenis sahaja iaitu itasalat dan du...itisalat bayaran call dikira dalam minit walaupun kita call 25 saat dikira 1 minit.Manakala du dikira dalam saat. Jadi ramai lah pengguna hp memilih hidmat du...Mulai january 2012 semua mobile tiruan kebanyakkan dari cina perhidmatan akan dipotong. Jadi mobile tiruan tak dapat buat call mulai january 2012. Sim kad kalu itisalat harganya 75 dirham manakala du harganya 25 dirham...
Nasib baik dapat company phone card maka tak perlulah beli phone kad. Perbelanjaan di negara2 arab kos of livingnya adalah tinggi. Kerana sikap pak arab yang banyak duit tak kisah berapa harga sesuatu barang tu. Kadang2 barang yang sama kalu dilihat harga nya dipasaraya lebih murah berkali ganda jika dibandingkan pasaraya dikawasan perumahan pak arab ini..Minggu ini dalam satu akhbar ada menyatakan ada perempuan arab membeli sepasang kasut harganya 30 ribu dirham.. Akhbar itu menyuruh mereka ini berbelanja dengan cermat dan jangan membazir tapi dah sikapnya macam itu mana boleh nak ubah lagi...Bila dah terlampau banyak duit tu macam tak tahu nak guna macam mana..Itu lah dunia akhir zaman..Nikmat Allah terlalu banyak dan kalu silap digunakan boleh merosakkan diri sendiri. Bayangkan untuk projek yang sedang dalam pembinaan ini iaitu menaikkan taraf jalan dikawasan istana ini... kerb stonenya adalah dari batu marmar.. manakala dinding terowong akan ditampal dengan tile.. kalu siap insyaallah akan ditunjukkan gambar nanti..
Jadi bila dilihat pada kehidupan yang terlalu mewah ini maka dapat difikirkan bahawa semua kesenangan yang dicari itu adakah memberi ketenangan jiwa atau sebaliknya...kerana apa dikatakan begitu....ayah balek kerja shift malam pukul 2 pagi..dalam perjalanan balek banyak lah kereta2 mewah (saperti ferari... lambogini..porche sport) keluar tak tahu lah pergi mana...mungkin ada urusan bisnes la tu agaknya...manakala sebelah petang mereka akan membawa bot dengan kereta pacuan 4 roda kepantai...mungkin untuk berehat2...masjid2 hanya dibuka pada waktu solat sahaja dan lepas solat masjid ditutup dan tak de klas pengajian saperti masjid dimalaysia..Maka perlu lah difikirkan kesenangan dunia hanya sementara sahaja dan kejar lah akhirat untuk bekalan perjalanan yang terlalu lama...bersambung...

Tuesday, December 20, 2011

Ketika.....Kerana aku lemah

Ketika aku lemah ada disisiku
Longlai langkahku tetap ada pimpinanmu
Tangisku di dengar selalu

Ketika aku lemah sering ada menjengukku
mudah-mudahan girang tawaku tidak melupakan mu

Kerana aku tahu....
Aku manusia lemah yang sentiasa mengharapkan
RAAB ku....

Sunday, December 18, 2011

Masa Berlalu

Masa berlalu terlalu cepat dan sekarang berada dipenghujung tahun 2011.Moga segala yang berlaku ditahun 2011 boleh dijadikan tauladan dan iktibar .Maka dengan itu dapat lah kita mempertingkatkan jati diri untuk mengharungi liku liku yang akan mendatang.
Minggu ini shift malam bermula pukul 5 petang sampai 2 pagi. Musim sejuk sudah pun bermula dan malam ini walaupun memakai 3 lapis baju tapi maseh juga terasa sejuk nya. Nasib baik tak duduk sepenuh masa di kawasan pembinaan... kalu tidak mana nak tahan kesejukkannya...
Minggu lepas seorang sahabat dari Malaysia ada bertanyakan tentang kos hidup disini kerana katanya dia mendapat tawaran bekerja disini.Mula2 bertanyakan pasal tempat tinggal dan kenderaan...Ayah bagi tahu padanya ..sewa bilik je untuk dua katil 3 ribu ke 4 ribu dirham. Kereta murah sikit dari Malaysia kerana tak de tax disini tapi minyak lebih kurang sama saja.Kemudian bertanyakan pasal makan, tambang kapal terbang , cuti , telepon, internet, perubatan hospital, cara2 penghantaran wang ke Malaysia, cara2 nak ambil lesen memandu, bil api dan air dan beberapa hal lagi. Katanya, kawan dia berbangsa arab Lubnan memberi tahu kalu gaji 40k boleh la datang kerja kat sini.. Dari apa yang dapat diketahui bangsa arab ini, kos of living nya ada lah tinggi.. Dia orang ni sewa villa dan pandu kereta BMW, mercedes atau pun porche... Kalu kita hidup cara arab memang la mana nak cukup 40k...Dia orang ini makan direstoran yang mahal2..Manakala kita boleh makan dikedai2 pakistan dan india yang harganya lebih jauh murahnya.. Ada sebuah kedai gunting rambut arab lubnan di tingkat bawah aparment ayah tinggal....sekali gunting saja 40 dirham dan itu tak termasuk cukur misai atau janggut.. Tapi kalu pergi dikedai india kos gunting rambutnya cuma 10 ke 15 dirham je...
Ok sampai disini dulu kerana masa pun dah nak balek....nanti sambung..

Saturday, December 3, 2011

Tak selamanya dalam pelukan

Salam anak-anak,lama tidak mencoret di lapangan ini
terkadang terasa seperti pemalas
namun begitu waktu berlalu seolah berlari....
pantas sungguh....berlalu pergi

sepatutnya masa tidak menjadi alasan
sungguh gitu ia lumrah di perkatakan.
apapun sebenarnya umi malas menulis...

Rindu pada anak-anak menjadi sebab menulis
setelah sekian usia menjangkau setengah abad
teras juga apa yang di rasakan ibu dulu
rindu apabila terkenang anak-anak
perasaan itu mesti di bendung
doa menjadi peneman

Perasaan jangan terlalu di ikutkan
berfikir sendirian tindakan yang di ambil
Bacalah Al-quran carilah ilmu untuk jadi peneman kesunyian

Anak-anak ku harapan seorang ibu hanya ingin melihat
kesejahteraan anak-anaknya,
biar masa telah berlalu lama tetapi kenangan mengendong anak itu masih tetap diingati
Sedarlah anak-anak hanya dengan mendengar suara anak
ibu akan hilang runsingnya

Namun wahai ibu berpada-padalah melayan rindu
jangan sampai lara olehnya
rindu harus di alihkan pada TUHAN
belajar untuk melepaskan kerana anak-anak
Tak selamanya dalam pelukan

Salam Sayang untuk anak-anak
melangkah dengan senyuman mencari redha
juga rahmat Tuhan

Wednesday, August 17, 2011

Ni salah satu masjid di alex



tika 10 malam terakhir...... cantik je terawih dorg.... masjid x besar sgt. so semayang a smpi pantai2 tu :D

Friday, July 22, 2011

Lima hari sudah 'ayah' umi iaitu tokwan kamu semua kembali ke rahmatullah.
Semoga Allah memberi keampunan kepadanya dan dicucuri rahmat,maklum kita semua adalah manusia yang tidak pernah sunyi dari kesilapan juga sering menzalimi diri sendiri.
Tarikh 18 Julai akan terpahat dalam lipatan sejarah kenangan pemergian orang yang telahmembawa umi ke dunia ini.apa pun kisah masa lalu tidak pernah umi simpan di dalam hati
kerana tanpa dia tidaklah umi lahir ke dunia ini.
Di antara empat beradik umi lah yang paling rapat dengannya tetapi setelah dia pergi hilang meningalkan kami umi tidak lagi merasa keadaan membesarbersama ayah,
pun begitu tidak pernah terdetik sekali merasa benci padanya sebab dia tetap memberi senyuman setiap kali kami bertemu.
Sikap berterus terangnya membuat umi terikut2,dia seorang yang mudah mengaku salah juga mudah memaafkan.Kata lainnya dia seorang yang sering memudahkan banyak perkara dan menyebabkan orang keliru dengannya.
Perginya juga sungguh mudah tidak menyusahkan orang dan rupanya urusan2 dunia telah di selesaikan dulu sebelom dia pergi,alhamdulillah.
Semasa ayah masih bersama2 kami tidak pernah sekalipun menjentik kami memarahi kamipun tidak ini lah yang tidak pernah umi lupa walau kesilapannya tetap ada.
Seorang ayah tetap ayah walau kami tidak di besarkannya tetapi dia cukup umi hormati kerana mengaku kesilapannya,bukan mudah bagi seorang lelaki mengaku kepada khalayak akan kesilapannya.Mudah2an Allah memberi keampunan kepadanya kerana kami tidak menyimpan dendam padanya.
Kepada anak2 yang mempunyai masalah yang sama iaitu anak mangsa perceraian,jangan mudah berputus asa.Jangan senang2 menuding jari kepada kedua ibu bapa menuduh mereka menjadi penyebab kemusnahan hidup kamu.sekiranya begitu ia bermakna anda ialah orang yang tidak bersyukur kerana di beri peluang untuk menjadi manusia yang kuat tetapi anda menolak tawaran itu dengan menyalahkan ibu bapa yang membawa anda melihat dunia.
Setiap apa yang Allah beri kepada kit ada sebabnya dengan syarat kita mohon Allah memberi petunjuk kepada kita.
Buat anak2 umi yang mempunyai ayah yang bertanggung jawab bersyukurlah.fikir kalau kami dapat menuju hidup ini tanpa belaian seorang ayah dan tidak pernah menyalahkan ayah kami tidak juga merasa kami menjadi mangsa keadaan harap kamu semua ambil peluang ini untuk sedarkan diri menjadi lebih baik dari kami.

Ayah terkenang aku masa dulu pernah kau pimpin tanganku
Ayah ada juga waktu kau melayan kerenah ku di kala gelap malam
bercerita jua melayan aku
Dulu ayah....
pernah kau hilang dari mataku buat malam ku penuh sendu
Girang semula kerana dapat melihat sengih bibirmu
Kini pergimu tiada lagi dapat ketemu
namun aku tiada lagi sendu kerana kau telah mengajarku erti
Tabah....
pergimu dulu buat aku menerima pergimu kini
Doa ku ayah semoga kau di ampuni dan juga di rahmati
pergilah ayah tenang dalam tidor mu yang panjang
Semoga di cucuri rahmat ilahi

Musim Panas

Salam sejahtera....lama tak menulis diruang ini.bukannya sibuk pun tapi malas sikit.Kerja memang la banyak relek.Tambahan lagi kalu kerja malam lagi tak de kerja.Kontraktor agak slow sikit buat kerja.Jika dibandingkan dengan kontraktor korea projek dulu.Lagi pun musim panas ni cuaca agak panas. Minggu lepas ramai juga pekerja yang pengsan dikatakan 15 orang.Tu baru jarak matahari dengan bumi beribu batu , apatah lagi bila matahari hampir sejengkal dgn kita diakhirat kelak.

Minggu depan umat islam akan menghadapi bulan ramadhan.Namun perjalanan hidup maseh saperti biasa dan kerja harian pun saperti biasa.Diberitakan bahawa tahun ini adalah jangka waktu yang panjang umat islam berpuasa.Apatah lagi disini dengan cuaca yang panas kami terpaksa mengharungi juga dan diharap dapat menunaikan kewajipan tersebut dengan sabar dan tabah.Bila diingatkan dizaman Rasullullah berpuasa dimusim panas kami juga dapat merasainya.

Dimasjid masjid sekitar Abu Dhabi telah pun memasang khemah khemah untuk umat islam berbuka puasa.Kebetulan ofis berhampiran dengan masjid yang pertama dibina di Abu Dhabi dan dikelilingi dengan istana istana raja dan rumah sheikh arab, nampaknya khemahnya lebih hebat dari tempat lain.Biasa nya bulan ramadhan ni pak arab suka menderma.

Jadi dalam menyambut ramadhan sama sama lah kita menambahkan amal ibadat untuk bekalan kerana hidup disana adalah hidup yang kekal abadi.Jika dilihat telah ramai saudara mara yang telah kembali kerahmatulah pada tahun ini.Disamping itu jangan lupa tugas kita untuk hidup yang sementara ini.Moga ramadhan kali ini meningkatkan amal lebih dari tahun tahun yang lalu.

Thursday, July 7, 2011

Ranjau Kehidupan

Apabila kita asyik duduk termenung menikmati nasib diri disini......merenung jauh mereka disana hidup penuh keseronokan dan kegembiraan....Namun kita masih tak sedar tentang hakikat erti kebahagiaan yang sebenarnya. Ramai orang tersalah sangka tentang maksud ketenangan dalam hidupnya...selalu orang mengaitkan ketenangan itu dengan faktor harta dengan faktor kekayaan.Walaupun itu menjadi penyumbang tetapi itu bukan segala galanya.

Betapa ramai orang yang berada dalam rumah yang besar, tidur atas katil yang empuk tetapi dia tidak lebih enak atau pun lenanya tidak nyenyak...Bahkan yang tidur dipondok buruk kadang kadang dia lebeh lena berbanding kita. Tiada sapa yang mampu menghalang ketetapan Allah SWT. Jika Allah hendak memberikan kebahagiaan kepada seseorang dia tidak boleh ditahan oleh apa apa tangan sekalipun Jika Allah menghalang kebahagiaan kepada seseorang dia tidak boleh dihulur oleh apa apa tangan sekalipun.Jika Allah uruskan urusan kita dan Allah tidak serahkan diri kita kepada kita walaupun sekelip mata dunia boleh buat apa apa tetapi mereka tidak boleh mencabar kebesaran Allah.Jika Allah mengatur untuk kita apa yang orang sangka tewas kita akan melihat kemenangan dari sisi Allah.

Cukup lah bagi kami Allah dialah sebaik baik tempat diserahkan urusan.Orang yang pernah hidup dan bertawakal dia akan mengetahui tentang keajaiban bertawakal," Ya Allah aku serahkan urusan ini kepada Mu ya Allah.."
Kita sering lupa kita masih punya kehidupan di akhirat.

Sunday, June 19, 2011

Serba sedikit mengenai sang pengamudi kapal keluarga kami

Lama xtulis kat sini.... Konon2 sibuk, padahal mmg sibuk pon, hehe [lebih kepada kucar-kacir berbanding sibuk sebenarnye] Tup tup dah exams..... Arini nak tulis pon sbb tgh otak serabut xorganise lgi nak bce buku seterusnya.

Sejak kita semua lahir, 2 org pertama yg kita kenal kat dunia ini adalah ibu bapa kita bukan? Arini capik nak fokus skit kat lelaki pertama yg capik pandang tinggi : Encik Zaharin kita.

Ayat yang senang nak menggambarkan ayah saya ni ialah: Seorang ayah yang berjaya. Bukan kerna kerjayanya, tapi lebih kepada tugasnya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ayah sangat mengagumkan capik dan keluarga.

Ayah saya ni seorang yg family-oriented workaholic. Kenapa capik cakap mcm tu? Sbb masa kecik capik tgk ayah mmg slalu je ada waktu kami memerlukannya. Pastu Umi pernah cakap kat capik "ayah ko ni sebenarnya workaholic" Pernyataan umi membingungkan otak capik kerna secara logiknya org yg kuat kerja ni tiada masa untuk benda lain: tetapi apa yg capik perhatikan, ayah sentiasa ada. Malah, ayah sendiri mengajar kami membaca ayat2 suci Al-Quran.

Kecik2 ayah yg menunjukkan pada capik sesuatu yg menakjubkan: Kuat kerja BUKAN alasan untuk tidak bersama keluarga.

Kalau org 1st time jmpe ayah, rsenye dorg ingat ayah garang kot. Kecik2 pon sumpah capik katakan, capik seram jugak ngan ayah. Tapi : Umi lagi garang dari ayah rpenya. Ayah ni disebalik misai dan janggut adalah seorang yg senang dibuat kawan. Pandai menunjukkan emosi ditempat dan waktu yg sesuai.

Satu warisan yg ayah turunkan pada kami semua ialah kebolehan untuk berjenaka. Bukan cerita mengarut2, tapi lebih kepada lawak spontan [walaupun bukan tahap lawak2 kat tv tu]

Satu lagi kelebihan ayah ni: mengajar anaknya berdikari secara pasif.... Ayah xpernah cakap "oi, berdikarila sikit" atau sesuatu yg seangkatan dgnnya.... Apa yg ayah buat ialah mengawal kami seiring dgn usia umur kami. Ketika kecil, perhatian ayah kepada kami terjaga. Meningkat dewasa, kami diajar untuk membuat pilihan sendiri.

Contohnya: ketika hari sekolah [time skola menengah] ayah akan tnye pagi2 [slalu kat zikri la] "nak pergi sekolah ke x?" Walaupun mmg semua org akan cakap xnak, tapi kami semua tau betapa bestnye pergi sekolah jika dibandingkan ddk umah xbuat pape, so kami pergi sekolah.

Salah satu ajaran ayah yg capik pegang sampai sekarang ini adalah pikir secara dalam2, dan pelbagai sudut sebelum membuat keputusan. Dulu2 [sebelum baligh] capik ni seorang yg agak panas baran [walaupun seorg yg penyenyap] Capik xpernah sabar, cepat panik [smpi kene gastritis] Pastu satu hari ayah bgtau kat kitorg masa tgh jalan2 tgk rumah baru [hobi umi ayah dimasa lapang. kenapa? gi tanye dorg sendri]

"Korg sebelum buat keputusan tu, duduk la dulu pikir dari semua sudut. jangan main salahkan org saja. Setiap yg berlaku, kita juga ada jgk menyumbang kepada apa yg berlaku" [lebih kurang mcm tu la] Smpi skang, capik jarang menyalahkan org lain tentang jika ada sesuatu yg xbaik berlaku. Sebab SEMUA org ada tanggungjawab tentang perkara tersebut, maka perbaiki lah diri berbanding menuding jari.

Kesimpulannya, ayah saya adalah manusia berjaya didunia dan inshaAllah di akhirat kelak. Dari ayah [dan umi] capik dan adik2 [kakak sekali ya] cuba belajar menjadi manusia yg berjaya di hidup ini dan cuba menjadi Muslim yg boleh membanggakan umat.

-Selamat Hari Bapa kepada Ayah saya yg tercinta-

Saturday, June 11, 2011

Kurma

Salam semua....musim panas telah pun bermula disini dan suhu kadang2 mencecah hingga 46 darjah.Itu pun matahari jauhnya beribu2 batu dari sini...apa akan jadi bila matahari berada diatas kepala semasa hari pembalasan kelak...jadi disamping mencari ilmu kita perlu juga menambahkan ketaqwaan kita kepada Illahi..Pada musim panas ni buah2 kurma sudah hampir masak disini. Pokok2 kurma ditanam sepanjang jalan disekitar bandar ini. Bila sudah masak majlis bandaraya akan kumpulkan dan di agehkan pada setiap masjid pada bulan puasa kelak.


Kawasan presedential palace

kurma hampir masak

kurma baru nak masak

kurma hampir masak



Wednesday, June 8, 2011

Saturday, June 4, 2011

Projek Cuti Sekolah Namy Dan Umi .


Selepas Mengemas ,


Sedang Mengemas .


Upload guna laptop naufal (:


Sorry , gambar x berape clear .

Wednesday, May 11, 2011

SEHARI SELEMBAR BENANG

Bila anakku melangkah dari dalam pelukan ke rumput basah.....
aku cuma melihat bila jatuh ku bagunkan
langkah lagi anakku biar satu-satu
jangan terus berlari takut tersungkur nanti

Bila anakku melangkah ku pimpin tangannya ke tadika
lantas aku tingalkan sekejap jauh dari ku.....
perlahan-lahan moga tak trkejut dia

Bila anakku melangkah ke sekolah ku leraikan tangannya
mudah-mudahan terpikul buku-bukunya.....
perlahan-lahan mencari kawan-kawan sebaya

Bila anakku melangkah mengalas cita-citanya
dengan langkah terkadang longlai.....
perlahan-lahan aku dekatinya kembali
membina semangat agar teguh

Bila anakku melangkah gagah menuju menara
ku lihat dari jauh beserta doa.....
perlahan-lahan aku lepaskan dengan harapan gadinglah ketemunya

Bila anakku melangkah menghadap dunia.....
perlahan-lahan aku berdoa
moga dia tidak megah

Harapanku anakku jadi khalifah
kerana aku tahu aku juga akan melangkah.....
menjauhi mereka dengan senyum gembira

Sehari selembar benang lama-lama menjadi kain

Sunday, May 8, 2011

Teruskan Cabaran.....

Salam semua. Walaupun sibuk dengan exam syafiq dan zikri kami semua doakan moga berjaya.Alhamdulillah kak hani dah pun habis di uia dan Naufal pula akan meneruskan pelajarannya keperingkat u. Masing masing akan menempuhi cabaran yang lebih dari masa yang lalu.
Dulu masa sekolah menengah cabarannya tak lah sehebat bila berada diperingkat u.Diperingkat ini kita kena lah pandai membuat penilaian sendiri.Kita berada jauh dari keluarga maka bermacam macam cubaan akan kita hadapi.Di harap naufal akan tabah dengan cabaran yang mendatang.Apa apa kita kena berdoa pada Allah moga dipermudahkan segala urusan .Begitu juga hani yang akan memulakan kerjayanya. Cabaran dibidang pekerjaan adalah berlainan semasa belajar dulu. Kita akan menghadapi bermacam macam perangai manusia yang kita tak pernah temui semasa di u dulu.Jadi jangan lah mudah putus asa dengan sikap sikap mereka yang baru kita hadapi itu.
Tabah kan hati dan teruskan cabaran.

Friday, April 22, 2011

Exam

Salam semua....masing2 sibuk dengan examnya yang tak pernah habis...ye la sampai ke kubur pun ada soalan nya jugak...walaupun soalannya dah bocur tapi kalu tiada persiapan dari awal ....susah jugak nak jawap...harap kita sama2 la bersedia...dah lama tak menyiarkan renungan minggu ini...

Dalam derita ada bahagia dalam gembira mungkin terselit derita..
Tak sapa tahu
Tak siapa minta ujian bertemu

Bibir Mudah ucap bersabar
tapi hati remuk menderita
Manusia memandang
Mempunyai banyak tafsiran nya

Segala takdir
terima lah dengan hati terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Harus ada rasa bersyukur
Setiap kali ujian datang menjelma
Itu jelas nya membuktikan
Allah mengasihi kamu setiap masa
Diuji setiap keimanan mu
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan

Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya
Allah rindu mendengarkan
Rintihan mu berpanjangan
Bersukur lah dan tabah menghadapi

Friday, April 15, 2011

Cerita Kosong Je...

Salam semua anak2 yang sibuk dengan urusan harian masing2... Moga semua berjalan lancar saperti yang dirancangkan disamping berdoa pada Illahi permudahkan semua urusan kita..Dah lama tak menulis diruang ini kerana kita baru saja berjumpa.
Balek dari bercuti tempuh hari ayah terus ditukarkan ketempat projek yang baru. Kawasan projek disekitar Abu Dhabi sahaja tapi ia berhampiran dengan president palace. Syafiq tahu la tempat tu kerana dia pernah berjalan jalan disitu. Projek nya sama juga iaitu buat tunnel dan perbesarkan jalan.Walaupun jalan dah ada tiga lorong mahu ditambah jadi empat lorong.Itu lah bila dah banyak wang dan tak tahu nak buat apa macam2 lah yang di reka nak mencantekan negaranya.
Kalau nak dilihat jalan nya sibuk tak juga lah sesibuk jalan di Bangi diwaktu pagi tu. Tapi yang anehnya projek ini kena siap dalam masa 9 bulan..Nampak nya mustahil.. Masa dah berjalan satu bulan satengah. Sekarang ni baru proses cabut pokok kurma yang ditanam ditepi jalan...Kesian pokok kurma yang sedang berputik tu telah pun dicabut...
Ada seorang engineer dari contractor dia orang pakistan, bila dia tahu ayah dari malaysia dia pun terus cakap bahasa melayu. Ada juga la orang boleh cakap melayu kat projek tu.Dia tu pernah kerja disingapore selama 4 tahun dan setiap hari minggu dia suka pergi malaysia hingga ke negeri sembilan kata nya.
Minggu lepas baru la merasa sedikit hujan renyai renyai disini. Agaknya nak tukar musim dah ni.Sekarang dah nak masuk musim panas.Rasanya nak postkan gambar disini tapi masalah teknikal maka lain kali la...

Perjalanan hidup kita [especially umi dan ayah]

Sunday, April 10, 2011



Even though this video only mention 'mother', but we dedicate this song to our ayah to.

Thanks umi and ayah coz always being with us every time and every second. Not just when we need u.

Love u, muah2 <3

Friday, March 4, 2011

Alhamdulillah


Alhamdulillah,kerisauan tentang keselamatan anak2 Malaysia yang berada di Mesir sudah hilang.Tidak berapa lama lagi dengarnya antara 9hb-12hb anak2 tajaan Mara akan berlepas pulang.
Pulanglah kembali duhai anak2 untuk berjuang menyelesaikan tugasan untuk segulung ijazah.Ia adalah sekadar pengitirafan pengajian yg kamu lalui,manisnya lagi kamu membawa pelbagai kenangan untuk di kenang seumur hidup kamu.
Ijazah itu nanti bukan bermakna kamu telahselesai dalam rnjau hidup tetapi ia permulaannya.Ingat Allah tidak memilih kamu untuk melaluinya kalau kamu tidak sanggup untuk itu.
Sebab itu penuntut ilmu tidak kira fardu Ain atau Kifayah di kira Fisabilillah di zaman ini.
Pulanglah anak2kejar ilmu itu untuk segulung ijazah,bawalah pulang jadikan taraf agama dan bangsa kamu terhormat.
Sesudah itu berbaktilah sesungguhnya Ijazah itu bukan untuk di banggakan,ia tuntutan melaksanakan
Pergilah duhai anak jangan gentar,selesaikan segala yang patut setelah itu pulang dan berkhidmatlah.
Sekali lagi ingat anak2 ijazah itu adalah tuntutan yagn perlu di laksanakan di hari depan di bidang PEKERJAAN

Thursday, February 3, 2011

DOA USHA TAWAKAL


Sudah lebih 1 minggu rusuhan berlaku di Mesir,bermakna begitu juga masa di ambil pelajar2 disana termasuk syafiq mengharunginya
Ini merupakan pengalaman pahit manis hidup yang di lalui.Ingat segalanya jadikan pengajaran
supaya hidup akan jadi berwarna warni dan bermakna.
Dalam masa terdekat ini apa yang dapat di ambil sebagai iktibar ialah usha untuk menangani masalah.
Tidak di nafikan memang perasaan cemas menghantui tetapi ruang perlu di cari bagaimana untuk melalui masa2 cemas ini,takkan hanya dengan doa
Doa harus digandingkan dengan usha selepas itu baru layak bertawakal
Kepala ligat berputar apa patut di lakukan?
Sebagai langkah pertama berhubung dengan rakan senasib di ambil tujuan untuk berbincang
bukan ke kata org tua2 Bulat Air Kerana Pembentung.jadi berbincanglah sambil mengambil tindakan dengan menghubungi para pelajar
Di waktu mula kejadian pelajar tidak mendapat banyak arahan hanya di suruh berkumpul
menyebabkan keadaan jadi makin membingungkan.
Tambahan pula apabila berita menyiarkan tentang tiada keperluan untuk membawa balik.
Bermacam2 perasaan timbul tetapi perasaan harus di kawal untuk mendapat jawapan
setelah berbincang dgn beberapa kawan2 keputusan untuk menghubungi TV3 di buat.Rupa2nya ramai Ibubapa bertindak pada hari yang sama
Anak2 melayu di sana harus di selamatkan,mereka ini aset negara.Setelah tindakan di putuskan sekarang barulah doa mula di panjatkan dengan bertawakal.
Mudah2an mereka semua selamat pulang ke tanah air dengan mem bawa pengalaman berharga
erti Kejujuran Ketelusan Amanah yang bakal di gunakan untuk kerjaya masing2 selepas ini.
aset2 seramai beribu2 org ini berada di tempat di mana Kejujuran Ketelusan dan Amanh telah di langgar lalu menyebabkan api kemarahan meluap2.
Mudah2an aset2 negara ini sangat menjaga Amanah yang di beri supaya negara terus aman insyallah.
Pengalaman begini lebih berharga dari segulong ijazah,pulang anak ku dan ceritakan betapa penting menjaga Amanah ini kepada adik beradik dan org keliling mu

Saturday, January 22, 2011

Terkenang

Pagi tadi, tgh2 capik jawab paper exam yg ke -6; Capik teringat ada satu kisah yg berkenaan exam. Ia berkenaan first time ayah pergi Sudan [dan juga overC tanpa umi]

Setelah dapat tawaran pergi oversea untuk bekerja, bercampur-baur perasaan dalam benak capik. Tak tau nak gembira sebab ayah dapat kerja baru ke atau sedih sbb muka ayah takkan lagi didepan pintu setiap pukul 6 petang setiap hari. Tapi takdir Yang Maha Kuasa dan rezekiNya takkan nak tolak pula. Ditelankan jua perasaan yg macam bagai tu.

Syarikat ayah beri masa untuk ayah bersiap untuk ke sana. Pabila tinggal lagi beberapa hari sebelum ke darfur, kami sekeluarga berbincang mcm mana nak pergi KLIA nnti. [Masa ni umi xadventurous lg nak bwk smpi KLIA] Kebetulan hari ayah berlepas ialah hari pertama ujian percubaan daerah PMR. Lagi kalut dibuatnya.

Bincang punya bincang, kitorang naek kereta paklong. Umi pesan buat kertas Pendidikan Islam tu cepat2 agar sempat tiba di KLIA nnti. [mmg slalu kertas PI cepat siap pon]

Hari yg dimaksudkan pon tiba........

Lepas capik siap ketas PI tuh [rasanya ada lagi 45 minit kot] rasa a nak rehatkan mata jap. Letakkan kepala kat meja. Belum 5 minit letak kepala kat meja, bau harum dari luar kelas. "sapa lak pakai perfume nih? [sbb cikgu jarang pakai perfume]" capik berfikir. Rupanya umi yang datang. Bergegas la capik menyimpan peralatan.............................................


Selepas itu, semua berjalan lancar. Ayah naek kapal terbang. Lepas paklong hantar kitorg blk, capik pon terpikir "hrmmm, dah terbang dah ayah rupanya"

Sekarang dah berapa tahun ayah kena kerja diluar negara gara2 tiada peluang pekerjaan diMalaysia sudah.

Capik senyum sorg2 dalam dewan periksa tadi. :D

Friday, January 21, 2011

Renungan

Salam semua ....moga hidup terus diberkati Illahi disamping tanggungjawab terhadap Nya dan tugasan harian...Untuk renungan kali ini...

MENINGGAL KETIKA BACA KHUTBAH JUMAAT

Berlaku di sebuah masjid di selatan ibu Kota Kuala Lumpur. Masa tu, hari Jumaat. Solat Jumaat sudah dimulakan apabila bilal melaungkan azan dan sejurus kemudian imam naik ke mimbar untuk mula membaca khutbah.

Imam kali ini ialah seorang pemuda yang berusia 28 tahun. Muda lagi. Dan sudah berkahwin. Jemaah di situ memang sudah arif sangat dengan imam ini.
Imam ini memulakan khutbahnya. Sampai pada perkataan, “Uusyikom Bitaqawallah, Waihyaa….. ……… ……… .”. Tiba-tiba imam ini terdiam….
Semua para jemaah diam (memang dengar khutbah kena diam pun) dan hanya memerhati sahaja ke arah imam. Semua mata tertumpu kepadanya.
Imam masih lagi senyap. Matanya terpejam rapat. Tidak bergerak. Suasana hening seketika. Kedengaran sekali sekala bunyi enjin kenderaan motor keluar-masuk kawasan masjid menandakan ada jemaah yang baru tiba. Mana yang tengah berwudhu’ nampak tidak berapa ambil pusing dengan apa yang sedang berlaku di atas mimbar. Di satu sudut masjid pula, kelihatan jemaah yang tak mendengar khutbah, leka mengunyah pisang emas dan pisang montel yang disedekah oleh orang ramai. Ambil berkat gamaknya.
Tiba-tiba tangan imam yang sedang memegang kayu mimbar, melurut ke bawah, dan beliau pun jatuh terduduk di atas kerusi khatib. Kepalanya terlentuk ke bawah. Makmum yang masih tergamam dengan peristiwa ini, segera bangun untuk melihat apa yang terjadi. Bilal menerpa ke arah imam dan ingin membantu serta menolong jika sesuatu yang buruk berlaku kepada khatib.

Imam (khatib) dipapah turun dan diletak di hadapan para jemaaah di saf hadapan. Setelah diperiksa oleh bilal, tiada perkataan lain yang boleh diucapkan selepas itu melainkan, “Innalillahi wainna Ilaihi roojiuun…” .
Kembalinya ke rahmatullah seorang imam yang amat berjasa pada masyarakat setempat. ada makmum yang masih terkejut dengan peristiwa ini. Ada juga yang menitiskan air mata tanda terharu. Hilang sudah sebutir permata yang baru nak berkembang mekar. Hilang juga satu cahaya yang menerangi alam yang fana ini.
Yang uniknya kata ustaz M, sewaktu imam itu menghembuskan nafas terakhirnya, jatuhnya betul-betul di atas kerusi yang berada di belakangnya dan terus sahaja duduk. Tidak jatuh tersungkur ke depan, dan tidak juga jatuh sama ada ke kiri atau ke kanan mimbar. Elok sangat duduk atas kerusi khatib, sama seperti beliau duduk sebelum memulakan bacaan khutbah tadi…dan pada masa ini juga, dipercayai, imam tersebut telah pun meninggal dunia….
Jenazah pun dibawa balik untuk diuruskan… Ustaz M pun dipanggil untuk menguruskan jenazah ini.
Sebaik kain penutup mayat diselak untuk memulakan proses mandian jenazah, ustaz M begitu terkejut bercampur terharu yang amat sangat bila melihat beberapa kejadian mengkagumkan berlaku pada mayat. Apa yang terharu dan peliknya?… .
Ya, badannya jenazah itu amat berseri dan masih nampak kelihatan darah masih mengalir lagi pada seluruh tubuhnya. Seolah-olah jenazah ini masih hidup. Tidak mati gitu. Macam orang tidur aje. Dan yang lebih mengkagumkan ustaz M lagi, keluarnya satu haruman yang semerbak dari badan jenazah. Wangi sungguh! Tak pernah ustaz M mencium bau wangian sebegini rupa selama dia menguruskan jenazah lain sebelum ini!
Hebat mayat ni, fikir ustaz M…
Subhanallah!
Hati ustaz M begitu melonjak girang untuk meneruskan memandikan jenazah imam sehingga selesai. Hati kecilnya berdoa ;
“Ya Allah! Engkau Maha Mulia! Engkau telah memuliakan mayat ini, maka muliakanlah ia sehingga aku selesai memandikannya. Aku begitu seronok melihat jenazah dalam berkeaadan begini. Ya Allah…Ya Allah..Ya Allah……. ……”
Rupanya-rupanya kemuliaan jenazah imam ini tidak berakhir di situ. Doa ustaz M dimakbul Allah SWT. Menurut ustaz M lagi, sewaktu jenazah imam ini nak ditanam ke dalam liang lahad, sahabat-sahabat yang menggali kubur memberitahu, muncul pula pelbagai jenis bunga-bungaan yang datang entah dari mana, turut berada di dalamnya . Masa gali tadi takde. Elok aje mayat sampai, banyak pula munculnya. Cantik sungguh liang lahad dengan dihiasi bunga-bungaan tersebut, seolah-olah sedang meraikan dan menanti kedatangan bakal penghuni syurga!
SUBHANALLAH! SUBHANALLAH!
Tak tau apa lagi nak cakap betapa Allah SWT telah pun meletakkan hamba-Nya ini di maqam tertinggi dan dimuliakan Tambahan pula, ianya sudah pun dipertontonkan pada umat Islam lain, agar memahami dan menegerti bahawa inilah balasannya. pada orang yang beramal soleh serta taat dan patuh pada perintah-Nya! Sesungguhnya Allah itu tidak memungkiri janji-NYa!
Seperti biasalah, ustaz M pasti tak akan puas hati kalau tak bertanya pada isteri yang dimuliakan Allah imam tersebut tentang apakah amalan si arwah pada masa hidup sehinggakan jenazahnya mendapat pengikhtirafan sebegitu rupa sejak dari alam dunia lagi.

Menurut kata isteri arwah imam tersebut, sepanjang dia hidup bersamalah, perkara yang dia perasan, amalan imam itu semasa hayatnya kalaulah ia boleh dijadikan ukuran, ialah tidak pernah meninggalkan solat sunat Dhuha dan solat sunat Witir. Inilah amalan istiqamahnya. Setiap malam, sebelum arwah menutup dairi kehidupannya hari itu dan tidur, pasti dia akan menunaikan solat witir. Setiap hari, sehinggalah ke pengakhiran hayatnya, ditambah pula oleh amalan-amalan lain yang dilakukan sebagai seorang yang menjawat jawatan sebagai seorang imam untuk kawasan tersebut.
Wallahua’lam.
“...Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi Engkau Penguasa dan Pelindungku di dunia dan di akhirat; sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh”. (Surah Yusuf: 101)

Sunday, January 2, 2011

KEPADA ANAK2KU


Salam menjengah tahun 2011,buat ahli keluarga.Pagi ini berkesempatan menulis di sini

Mendengar lirik lagu yang berkumandang di kaca telivisyen akhir2 ini menyebabkan keinginan menulis kembali

Setelah pasukan bola negara meraih kejayaan pada perlawanan suzuki cup tempoh hari,sering lagu ini di mainkan.

Namun dalam hati memang lagu ini bagai ada satu tarikan tersediri terhadap perasaan apabila pertama kali mendengarkan ia di dendang oleh koir sekolah Syafiq dahulu.

Meremang bulu roma ketika itu apabila ia di dendangkan,terbayang segala kesukaran sakit perit anak2 dalam menempuh ujian2 yang lalu.

Mungkin juga ibu2 lain begini seperti aku agak emosi dalam satu2 hal.

Tapi dalam hati kecil ini lagu itu besar ertinya buat anak2 ku tercinta juga anak2 bangsaku mudah2an berjaya di dunia apatah lagi di akhirat,Amin

Ini di titipkan beberapa lirik lagu ini untuk anak2 renungi senikatanya.

Pahit getir hidup dan pengorbanan
semua di hadapi demi kejayaan
di mana kau berada pencapaian tak tiba dengan mudah
Kini STANDING IN THE EYE'S OF THE WORLD
hanyalah selangkah jadi nyata
keazaman membara di jiwa
menandakan jiwa merdeka
Tiba masa kau melangkah gagah
dengan berusaha sedaya upaya
engkau terunggul wajah
STANDING IN THE EYE OF THE WORLD

Hani!lagu ini boleh didendangkan kamu dulu sebelum adik2 menurut
beberapa langkah dan ia tercapai ingat itu!