Wednesday, May 11, 2011

SEHARI SELEMBAR BENANG

Bila anakku melangkah dari dalam pelukan ke rumput basah.....
aku cuma melihat bila jatuh ku bagunkan
langkah lagi anakku biar satu-satu
jangan terus berlari takut tersungkur nanti

Bila anakku melangkah ku pimpin tangannya ke tadika
lantas aku tingalkan sekejap jauh dari ku.....
perlahan-lahan moga tak trkejut dia

Bila anakku melangkah ke sekolah ku leraikan tangannya
mudah-mudahan terpikul buku-bukunya.....
perlahan-lahan mencari kawan-kawan sebaya

Bila anakku melangkah mengalas cita-citanya
dengan langkah terkadang longlai.....
perlahan-lahan aku dekatinya kembali
membina semangat agar teguh

Bila anakku melangkah gagah menuju menara
ku lihat dari jauh beserta doa.....
perlahan-lahan aku lepaskan dengan harapan gadinglah ketemunya

Bila anakku melangkah menghadap dunia.....
perlahan-lahan aku berdoa
moga dia tidak megah

Harapanku anakku jadi khalifah
kerana aku tahu aku juga akan melangkah.....
menjauhi mereka dengan senyum gembira

Sehari selembar benang lama-lama menjadi kain

Sunday, May 8, 2011

Teruskan Cabaran.....

Salam semua. Walaupun sibuk dengan exam syafiq dan zikri kami semua doakan moga berjaya.Alhamdulillah kak hani dah pun habis di uia dan Naufal pula akan meneruskan pelajarannya keperingkat u. Masing masing akan menempuhi cabaran yang lebih dari masa yang lalu.
Dulu masa sekolah menengah cabarannya tak lah sehebat bila berada diperingkat u.Diperingkat ini kita kena lah pandai membuat penilaian sendiri.Kita berada jauh dari keluarga maka bermacam macam cubaan akan kita hadapi.Di harap naufal akan tabah dengan cabaran yang mendatang.Apa apa kita kena berdoa pada Allah moga dipermudahkan segala urusan .Begitu juga hani yang akan memulakan kerjayanya. Cabaran dibidang pekerjaan adalah berlainan semasa belajar dulu. Kita akan menghadapi bermacam macam perangai manusia yang kita tak pernah temui semasa di u dulu.Jadi jangan lah mudah putus asa dengan sikap sikap mereka yang baru kita hadapi itu.
Tabah kan hati dan teruskan cabaran.