Sunday, December 23, 2012

19 Disember.....Alhamdulillah

Hari itu ketika menuju ke sekolah ku lihat anak ku sedikit gementar
Gementar yang di soroknya
Hari itu juga semasa menuju ke sekolah aku sudahpun sedia
Beribu kemungkinan pasti berlegar tetapi aku sudah sedia

Anak ku ini istimewa dia lalui hari2 menuju kemahuan dengan kekuatan jiwa
Pasti kerana itu aku telah cukup sedia

Melihat lebarnya senyum jua dalamnya lesung pipitnya
aku cukup bahagia

Bahagia untuk dia yang berjaya berusha
Bahagia untuk abangnya yang bertungkus lumus memerhatinya
bahagia....bahagia buat kami sekeluarga

Besar sekali Syukur kepada Ilahi
Tanpa Kurniaannya kejayaan tak mungkin dalam genggaman

Tahniah Namy kerana tak pernah buat Ayah Umi juga Cikgu mu sakit hati
Kerana itu kamu peroleh kejayaan ini

Friday, December 7, 2012

BULAN KEPUTUSAN

Bulan ini keputusan-keputusan di umumkan,tahniah untuk yg telah berjaya dalam UPSR
untuk yg kurang cemerlang jgn putus asa.Beberapa minggu lagi keputusan PMR apa pun nanti keputusanya
itu lah realiti yg patut di terima

Bagaimanapun jangan pernah berpuas hati dengan kejayaan juga usah cepat redha dengan kegagalan
buatkan keputusan itu sebagai penanda aras.jika berjaya harus berusha untuk mengekalkannya
jika gagal pelajari cara untuk memperbaikinya.Begini juga yang patut kita lalui dalam hidup

 Benarlah dunia ini pentas seperti ujian yang kita lalui bezanya keputusan di peroleh nun di akhirat nanti tempat kekal abadi.di sana tiada dolak dalik tiada tunding jari,cuba kaitkan di waktu ini sememangnya sering beri komen melepas diri,komen sana sini tetapi di sana komen2 'bolayan' semua dicatat tiada lagi 'private & confidential'. Sebab itu baik berlatih untuk tidak selalu komen orang ia akan menunjukan kelemahan sendiri
samalah macam kita tuding satu jari kepada orang tetapi jangan lupa empat lagi tunjuk kita balik

Keputusan sebenar nanti di sana mudah2an kita semua dapat cemerlang dengan itu wahai diri kuatlah untuk rebut lima sebelum lima.Usah mudah pasrah penentuannya di sini ketika sedang memula langkah

Ya Rahim berilah kasihmu
                               

Sunday, November 4, 2012

Seperti AL-AMIN.....mahunya

Aduh sukarnya menjaga amanah,
harus tegak macam kayu,
lembut macam baldu,
keras macam besi,
dingin sedingin air dikali,
macam mana itu??????

begitu sukar memegang amanah....
tetap di harungi jua
kerana amanah itu tetap perlu di galas
seberat manapun ia

aku mohon kekuatan
dari pencipta kerana aku tidak daya memikul
tanpabantuannya

seperti Al-Amin
memang layak kekasih pilihan itu dengan gelarannya

Wednesday, September 5, 2012

Dulu.....15 tahun dulu aku terbaring di katil hospital,
sedar-sedar sakit di perut kesan pembedahan untuk melahirkan....
ANAK KU.......
dah 15 tahun dah.

Tuesday, June 26, 2012

KENANGAN BERSAMA UMMU ZAHRA'

Salam sejahtera untuk ahli keluarga semua,sudah sekian lama tidak menulis di ruangan ini
Tetapi kali ini terpanggil pula untuk menulis ketika membaca komen-komen yang 
di tulis oleh syafiq dan rakan-rakannya mengenai perkembangan pilihanraya di mesir juga
tentang kemenangan Dr Mohamed Morsi dari Parti yang di pelopori oleh ikhwanul muslimin
Ketika ini semua mata dunia sedang memerhati perkembangan politik di Mesir
mungkin ia bertitik- tolak  dari rusuhan rakyat mesir ketika menjatuhkan Hosni Mubarak

Perkara ini menyebabkan ingatan di waktu umi mengikut ayah belajar dulu,ingatan bersama muslimah 
Ikhwanul Muslimin di sana dulu kembali.Walau cuma sementara sahaja tetapi ia tetap berada
di dalam kenangan terutama ummu zahra' yang rajin bercerita kepada umi dan rakan umi
sabihah ketika kami membantunya mengurus rumah dan anak2nya di waktu itu kerana dia dan sahabatnya
membuat persediaan jualan amal untuk kutipan tabung palestin.Mudah2an kerja kami yang sedikit itu di nilai di sisi Allah.

Semoga ummu zahra yang lembut bicara meraikan kemenangan mereka setelah sekian lama berjuang
Ummu Zahra' yg selalu di ingatan menceritakan perjuangan Ikhwanul Muslimin lari dari
pihak berkuasa yang selalu memburu mereka sehinggakan ada yang membiarkan tebuan menyengat
mereka supaya mereka tidak di kenali dan terlepas dari pihak berkuasa
begitulah erti perjuangan mereka mudah2an mereka menikmati manis kemenangan

Sekilas kenangan bersama sahabat Mesir yang lama tidak bersua  semoga berbahagia Ummu Zahra'

Friday, May 18, 2012

Take a moment to think deeper about that statement.

        • Saya tak bermaksud untuk menghina mana2 pihak

        • Jika kita melihat pada yang negatif bererti banyak negatif dalam diri kita.

          Jika positif bererti banyak positif. 

          CAra melihat sesuatu menetukan kehidupan kita.

          • Maka dengan sedemikian rupa, ubah lah diri mu ke arah yg positif

          • bukankah rasulullah byk positif dlm dirinya?

          • bukankah kita mahu untuk mencontohi baginda?

            • wahai anak melayu

            • wahai anak yang agamanya Islam

            • anggaplah segala ujian itu sebagai cara untuk meningkatkan diri kita ke darjat yang lebih baik.

              • jika anda tidak membantu diri anda
              • maka siapa lagi?

              • Allah pun tidak dapat mengubah sesuatu kaum
              • melainkan mereka ubah diri mereka sendiri.

                • latih lah emosi anda
                • agar ia tidar bertebaran liar dgn kemarahannya

                • latih lah akal anda
                • agar ia menjadi tajam untuk berlawan dgn musuh nyatamu

                • bukan sesama manusia

                • sesungguhnya musuh yang nyata bagi kamu adalah syaitan

                • wahai kaum hawa
                • bukankah anda diciptakan dgn kelembutan?

                  • maka serikanlah alam semesta ini dgn kelembutanmu.

                  • anda juga adalah seorang khalifah yang diciptakan untuk wujud di atas bumi ini.

                  • maka terbitkanlah sifat khalifah anda itu

                  • biar ia menjadi kebanggaan ibu ayah kita

                  • Demi menegakkan agamamu yang tercinta 

                    salam sayang dari anakmu,
                    muhammad naufal.

Thursday, May 17, 2012

Rendah Diri, Ketabahan, Semangat Juang.


Biarlah kamu dipandang rendah,
    Biarlah kamu dimarah, dihina, serta dicaci,


Asalkan kamu memiliki iman,
    Asalkan kamu memiliki anak yang soleh dan solehah,


Sesungguhnya Allah hanya menguji akan hamba yang dikasihiNya,
     Bersabarlah wahai Ibuku...
Bersabarlah wahai Bapaku...
     Seandainya cara ini yang membawa kita ke Jannah.


salam sayang dari anakmu,
   muhammad naufal.

Sunday, April 22, 2012

CERITERA SEORANG IBU

Ceritera hati seorang Ibu tentang tawanya tentang tangisnya
Segala riang girang di nukil pada kanvas muka
Setiap duka lara di kunci dalam peti hatinya
Tidak di benar diumpil oleh putra putrinya

Ceritera hati Ibu yang ingin melihat anak-anak di beri makna mengutip butir-butir nasi yang tumpah untuk di suap ke mulutnya
Asal anak-anak perutnya tidak keroncong
Asal anak-anak menganggap ibu juga terisi temboloknya

Ceritera hati Ibu bergetar takut anaknya di serang kepayahan
Payah menghadapi hidup
Payah mengharunginya sedangkan melangkahpun cemas hati Ibu memandangnya
Teriakan Ibu apabila anaknya berusha sedaya upaya mohon anak kuat semangat
Meskipun Ibu itu hatinya dirundung hiba
Ia seorang Ibu yang apabila menutup mata maunya dengan gembira
Meningalkan anaknya tidak huru hara
Namun ada Ibu yang kuat melihat anaknya di bunuh kejam
Sempat memangku anaknya lalu berkata "Sampaikan salam ku pada abi mu"

Itu ceritera ibu nun di sana yang anaknya sering kelaparan
Jiran negaranya leka meratah seekor kambing untuk beberapa orang sahaja
Apakah kita meratah makanan enak di masjid2 selesai segala peringatan
Sambil tertawa gembira juga melancong setahun entah beberapa kali
Melilit leher dan tangan kita dengan warna kerdipan
Tetapi kita terlupa mengintai ada rumah yang dalam kegelapan kerana Ibu itu di tinggalkan tak punya apa Kasihan kita tak punya perasaan

Wahai anak-anak ku umi menulis ini kerana agak emosi setelah mendengar rintihan seorang Ibu tunggal.Dalam hati berdoa mudah2an kamu semua bila telah di beri rezeki Allah jangan lupa itu semua bukan untuk kita seorang sahaja.Ingat makna hidup bila memberi

Wednesday, March 28, 2012

Kepada anak sulung ku

Sebentar tadi terbaca satu artikel dalam muka buku yang agak menarik perhatian.
Terus perasaan ingin mengutarakan perkara ini untuk anak sulung perempuan dan lelaki
(lelaki lebih di beratkan),bekenaan hasrat,perasaan juga kesilapan sebagai ibu bapa pada anak sulung ini.
Ia ditujukan juga untuk anak2 sulung lain (jika ada yang membaca).Artikel tersebut mengenai berbahagilah wahai anak sulung,benar seperti di nyatakan sewaktu di bebani bermacam tugasan,umi pernah juga terasa jauh hati malah pernah juga merungut juga memberontak sebab umi pun anak sulung
Sikap remaja dulu adalah kerana cetek fikiran dan kurang pengalaman.Sering merasakan diabaikan juga dibebani tak kurang rasa dipersalahkan.Melawan perasaan itu tanpa sedar ia anugerah tuhan untuk membina kekuatan,terima kasih untuk kedua ibu bapa kerana itu apatah lagi setelah ketiadaan mereka terbuka segala persoalan.Ingatan ini juga kepada semua anak2 yg masih berpeluang memeluk ibu bapa,pelukah mereka sementara boleh.
Wahai anak sulung kalau kamu terasa kamu dulu tak semewah adik2 kamu ingatlah semestinya kamu telahpun dapat kasih sayang harapan dan perhatian sebelum kamu di lahirkan.ketibaan kamu di nanti,di rai dengan penuh perhatian,bersyukurlah.
Memberi peluang untuk adik2 mendapat perhatian adalah kerana ibu bapa kamu tidak sempat melayan mereka di dalam kandungan kerana sibuk melayan kerenah kamu.
Sememangnya kamu telah secara rasmi di lantik sebagai role model untuk adik2,pangkat terhormat untuk sesebuah keluarga,kamu telah menjadi popular sejak dari lahir kerana hanya nama kamu yang di sebut sebagai rujukan untuk keluarga kamu.Satu penghargaan yang telah di beri ibu bapa kamu khusus untuk kamu.
Kata-kata kamu di ambil kira dahulu sebulum membuat apa2 keputusan jadi wajarkah kamu merasa jauh hati?berhentilah menjadi terlalu memikirkan diri sendiri
Anak2 sulung kamu benar beruntung kerana kepayahan membuat kamu matang,kuat disiplin dan banyak lagi sikap2 baik yang terpenting mendapat perhatian Allah apabila kamu merintih.Bangun dari lamunan kalau kamu masih belum jangan terlambat seperti umi.
Walau telah melalui hari2 bersama arwah tok tetapi jika awal menyedari perkara ini tentu umi akan mencium tok setiap hari tanda terima kasih bukan sesekali.
Perkara yang lepas jangan di kenang ini hanya sebagai peringatan untuk anak2 sulung.

BERBAHAGIALAH SEBAGAI ANAK SULUNG KERANA ITU SEMUA ANUGERAH ALLAH UNTUK KAMU SAHAJA

Wednesday, March 21, 2012

Terima kasih

Alhamdulillah menghadirkan kamu untuk kami
meminjamkan kamu selama lima tahun ini.Penuh kenangan yang akan di rindui,
terima kasih memberi girang pada hati kami.Maafkan diri ini kerana tidak
mampu menyelamatkan mu.Ria hidup mu terhenti di sini,pada hari ini.

Terima kasih jadi penghibur ku selama ini,tulus kasih mu tidak terbahagi
tidak pernah mengeluh tidak juga menipu.Segalanya begitu telus kerana kau
makhluk tuhan yang di ciptanya untuk jadi peneman waktu sepi.

Terima kasih wahai kesayangan jasad mu telah pergi tapi nama mu di hati.
Kini suara mu tidak akan kedengaran lagi,pada pagi juga malam hari.Lala
memang kau hanya seekor kucing tapi kau ialah sebahagian dari keluarga ini.
Mungkin sesetengah manusia menganggap kau hanya kucing peliharaan.Hakikatnya
Lala adalah makhluk ciptaan Tuhan yang tidak menipu tidak juga memainkan perasaan,
Telus istilah yang elok di berikan sifat yang telah semakin hilang dalam naluri
manusia

Selamat tinggal Lala juga terima kasih untuk segalanya.

Thursday, March 8, 2012

sekadar renungan

Memang hidup ini tidak akan pernah sunyi dari setiap dugaan dan ujian. Apa yang boleh saya katakan, sebagai umat Islam seharusnya kita yakin sesungguhnya setiap cabaran dan ujian hidup itu adalah bukti kasih sayang Allah terhadap kita.

Berdasarkan dalil daripada ayat 15-17, surah al-Fijr, kita harus fahami bahawa setiap kenikmatan dan kelapangan yang diberikan itu BUKAN bermakna Allah telah memberikan kemuliaan. Dan setiap orang yang diberikan ujian dan cubaan itu BUKAN bererti Allah telah menghinakannya.

Ibnu Qayyim dalam mensyarahkan dalil daripada ayat-ayat tersebut menyatakan golongan pertama itu sebenarnya telah diuji dengan beberapa kenikmatan dan golongan yang kedua itu pula telah dimuliakan dengan diberinya cubaan dan ujian.

Apa yang penting bersabar dan bermuhasabahlah selalu kepada Allah swt. Setiap orang yang beriman pasti akan menerima cubaan. Yang pasti, setiap ujian itu akan sentiasa kita alami sepanjang hayat, cuma tahap dan bentuknya mungkin berbeza-beza.
Sebagaimana yang diriwayatkan dari sebuah hadis,

Saad bin Abi Waqqas pernah bertanya kepada Rasulullah saw., Siapakah orang yang paling berat cubaannya ?

Jawab baginda, Di antara orang-orang yang paling berat cubaannya ialah para nabi, kemudian mereka yang seumpama dan seterusnya. Seseorang itu diuji sesuai dengan kadar agamanya. Jika dia mempunyai kekuatan dalam agamanya, maka beratlah ujian yang diterimanya. Sekira agamanya lemah, tentu dia akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Ujian akan selalu datang menimpa seorang hamba selagi dia masih berpijak di atas bumi, dan sehingga tiada lagi kesalahan padanya.
(Riwayat Tirmizi)

Setiap kali diuji, walau seberat manapun cabarannya, ketahuilah... ianya akan menjadi kayu pengukur yang menentukan keteguhan iman seseorang. Pelbagai ujian dan dugaan yang diterima itu, adalah bukti kasih sayang pencipta terhadap hambaNya. Dan juga untuk memastikan kita semua memiliki iman yang lebih kuat selepas berjaya menempuhnya dengan penuh kesabaran.

Imam Ghazali ada menulis di dalam kitabnya Mukasyafah Al Qulub,Sesungguhnya bala merupakan pelita bagi orang arif, menyedarkan orang murtad, memperbaiki orang mukmin dan menghancurkan orang yang lupa. Tidak seorang pun akan mendapat manisnya iman sebelum dia ditimpa bala, rela dan bersabar.

Selain bersabar. Apa yang paling penting ingatlah Allah dan berdoalah selalu. Doa itu adalah ubat yang paling mujarab. Menurut Ibn Qayyim di dalam kitabnya Ad Da Wad Dawaa, Doa adalah musuh segala bencana. Ianya dapat menolak malah dapat menghilangkannya. Ataupun sekurang-kurangnya doa itu akan dapat meringankan segala bentuk musibah yang datang.

Sesungguhnya berdoa itu adalah senjata orang mukmin. Sebagaimana sabda Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Al-Hakim di dalam kitab sahihnya yang berasal dari Ali bin Abi Talib ra., sabda Rasulullah saw,

Doa adalah senjata orang mukmin, tiang agama dan cahaya langit serta bumi.

Akhir sekali, cuba baca perlahan-lahan dan hayatilah sabda Rasulullah saw dibawah yang maksudnya cukup indah dan mendalam sekali. Semoga ianya serba sedikit boleh menjadi penawar ataupun sekurang-kurangnya memberi sedikit suntikan kekuatan untuk kita di dalam menempuh apa saja ujian yang datang.
Janji Allah dalam sabda Rasulullah saw,

Tiada seorang Muslim pun yang ditimpa sesuatu yang menyakitkan berupa penyakit atau lainnya, melainkan kerananya Allah akan menghapuskan keburukan-keburukannya sebagaimana pohon yang menggugurkan daun-daunnya.
(Hadis Riwayat Bukhari)

Semoga kita semua sentiasa bersabar, mengingati Allah dan berdoa selalu di dalam menghadapi apa saja bentuk ujian yang mendatang.

PERCAYALAH sesungguhnya Allah menyayangimu

Friday, February 24, 2012

Wahai kekasih....sesungguhnya aku tidak mampu menahan amarah ku
Wahai kekasih....airmataku deras mengalir mengenang sabar mu
Wahai kekasih....aku masih jauh,masih menongkah arus
Wahai kekasih....layakkah aku bersua dengan mu


Kekasih kau memang hebat tidak tertanding
Dunia yang kacau-bilau kau atur semula
Langkah kau atur untuk menghadapinya
Tiada dendam bila bertindak
Tidak juga pernah kau alpa


Wahai kekasih sebenarnya aku rindu
Wahai kekasih layakkah aku bertemu dengan mu
Wahai kekasih compang campingnya amalanku

Kekasih rahmatmu menusuk di seluruh alam
Wahai kekasih ku....
Rasullullah

Sunday, February 5, 2012

Mampukah aku

Mampukah aku seperti siti hajar.....
Hajar yang di tinggal
bersama Ismail di tanah tandus...
Kuatkah aku seperti hajar yang berlari-lari mencari air untuk Ismail
Bertahankah aku seperti hajar menanti kekasihnya Ibrahim
Tekadku adakah seperti hajar menempati tanah tandus
kini tanah Barakah
Pasti aku ingin seperti hajar yang hanya berserah kepada pemiliknya
Hajar wanita pilihan....

Monday, January 23, 2012

Kuatnya Tawakkal

Di sebuah ladang, seorang peladang yang kaya sedang kebingungan. Setiap tahun pada kebiasaannya hasil ladangnya akan dibahagi tiga. Sepertiga untuk keperluan keluarga sendiri, sepertiga untuk sedekah sementara sepertiga lagi untuk benih tanaman musim berikutnya.
Di sebabkan kemarau, hasil ladangnya terjejas teruk. Sukatan yang biasa di gunakan mengalami masaalah untuk mencukupkan pembahagian . Jika diagihkan sepertiga untuk sedekah dan sepertiga untuk keperluan keluarga, yang selebihnya tidak mencukupi untuk sukatan benih tanaman berikutnya. Jika dikurangkan simpanan untuk makanan sepanjang tahun , dikhuatiri keluarganya menghadapi kekurangan makanan. Jika di ambil sedikit bahagian untuk fakir miskin, bererti dia mencuri sedekah yang sudah di janjikan. Masaalah ini sangat memeningkan kepala. Tuan ladang lantas pergi meminta nasihat dari ulama’ sufi.
Ulama’ sufi itu mencadangkan kepada tuan ladang : “Di hujung kampung ada seorang janda dengan tujuh orang anak yang masih kecil. Pergilah ke rumah mereka dan berikanlah sedekah makanan kepada mereka.”
Tuan ladang mengikut sahaja cadangan ulama’ sufi tersebut. Dia segera menuju ke rumah janda miskin yang di maksudkan dengan membawa sedikit gandum untuk disedekahkan.

Janda : “Ada apa urusan tuan datang ke pondok saya malam begini?”

Tuan ladang : “Saya datang membawa gandum untuk keperluan makan anak-anakmu.”

Janda : “Anak-anak saya semua sudah tidur.”

Tuan ladang : “Kamu ambil dan simpan sahaja untuk keperluan hari esok.”

Janda :” Apakah tuan dapat menjamin anak-anak saya masih hidup lagi esok.?”

Tuan ladang : “Insya Allah, mudah-mudahan masih hidup lagi esok.”

Janda : “Jika demikian, hanya Allah sahaja yang dapat menentukan bagaimana keadaan hari esok. Tuhan Yang Maha Pemurah yang menentukan hidup anak-anak saya. Maka Dia jugalah yang akan memberikan rezeki untuk mereka, bukannya tuan. Dalam keadaan kemarau dan semua orang menghadapi kesulitan mendapat bekalan makanan saya tidak dapat menerima pemberian ini. Masih ada orang miskin lain yang lebih memerlukannya untuk makan malam ini. Sudah tentunya tidak patut saya menghalang keutamaan orang lain.
Setiap patah kata-kata janda beranak tujuh itu memberi kesan mendalam kepada tuan ladang. Spontan jelas dalam jiwa dan fikirannya, janda tersebut berkeyakinan penuh kepada ketentuan rezeki dari Allah. Tidak sedikit pun merasa khuatir walau dalam keadaan genting. Malahan masih mampu mengutamakan keperluan orang lain. Tuan ladang merasa tidak patut sama sekali bagi dirinya yang jauh lebih berkemampuan dari janda miskin itu di kalahkan oleh keyakinan yang lemah. Sepatutnya dengan limpahan rezeki yang Allah kurniakan, dia tunduk dan patuh sebagai hamba kepada Yang Maha Pemurah.

Pertemuan dengan janda tersebut mendorong tuan ladang bersegera membahagikan sepertiga bahagian hasil tuaian tanamannya kepada fakir miskin dan anak-anak yatim, seperti selalunya. Juga sepertiga untuk benih tanaman berikutnya. Manakala sepertiga untuk keperluan makanan keluarganya, memadai dengan jumlah yang selebihnya. Kini dia telah benar-benar meyakini agihan rezeki yang adil dari Yang Maha Pemurah.Tiada lagi kekhuatiran di hatinya setelah dia meletakkan kedudukan dirinya sebagai hamba kepada Yang Maha Pemurah.

Tawakal sangat besar faedah dan rahsianya - carilah dan renung-renunglah, semoga Allah menganugerahkan kepada anda dapat sampai kepada darjat tawakal orang-orang yang abrar dan muqarrabin. Beruntung dan sangat-sangat beruntunglah ibu bapa yang mendapat anak-anak yang sedemikian. Tidak akan mendapat darjat tersebut melainkan orang telah mencapai darjat mengenal diri dan mengenal Allah yang sempurna. Permulaan agama adalah marifat kepada Allah.

Saturday, January 21, 2012

Pejamkan matamu untukku
Dengarlah dunia berkata-kata
Usah kau ragu di sini tempatmu
Walau berubah di mata kita tetap indah
Selagi kau masih percaya

Ketawa kecewa terpisah
Jalan yang lurus kian berhalang
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya


Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap kau masih percaya

Buka matamu
Biar aku memelukmu
Kita bersama masih muda masih mentah
Ku harap kau masih percaya

Selama ini selama ini
Selama ini selama ini
Selama ini selama ini
Selama ini

lirik ini untuk anak2 yg di sayangi
semoga mengharungi dunia dengan makna

Tuesday, January 17, 2012

renungan....

An old American Muslim lived on a farm in the mountains of eastern
Kentucky with his young grandson. Each morning Grandpa was up early
sitting at the kitchen table reading his Quraan .

His grandson wanted to be just like him and tried to imitate him in
every way he could. One day the grandson asked, "Papa, I try to read
the Quraan just like you but I don't understand it, and what I do
understand I forget as soon as I close the book. What good does
reading the Quraan do?"

The Grandfather quietly turned from putting coal in the stove and
replied, "Take this coal basket down to the river and bring me back a
basket of water." The boy did as he was told, but all the water leaked
out before he got back to the house. The grandfather laughed and
said, "You'll have to move a little faster next time," and sent him
back to the river with the basket to try again. This time the boy ran
faster, but again the basket was empty before he returned home. Out of
breath, he told his grandfather that it was impossible to carry water
in a basket, and he went to get a bucket instead.

The old man said, "I don't want a bucket of water; I want a basket of
water. You're just not trying hard enough," and he went out the door
to watch the boy try again.

At this point, the boy knew it was impossible, but he wanted to show
his grandfather that even if he ran as fast as he could, the water
would leak out before he got back to the house.

The boy again dipped the basket into river and ran hard, but when he
reached his grandfather the basket was again empty.

Out of breath, he said, "See Papa, it's useless!"

"So you think it is useless?" The old man said, "Look at the basket."

The boy looked at the basket and for the first time realized that the
basket was different. It had been transformed from a dirty old coal
basket and was now clean, inside and out.

"Son, that's what happens when you read the Quraan. You might not
understand or remember everything, but when you read it, you will be
changed, inside and out. That is the work of Allah in our lives."

Friday, January 6, 2012

tazkirah jumaat

Rasulullah SAW sentiasa tersenyum manis dan ini sangat menyenangkan sesiapa yang melihatnya. Senyuman adalah sedekah, senyuman yang ikhlas memiliki daya sentuhan yang dalam ke lubuk hati sesiapapun, senyum adalah nikmat Allah yang besar bagi manusia yang mencintai kebaikan