Wednesday, March 28, 2012

Kepada anak sulung ku

Sebentar tadi terbaca satu artikel dalam muka buku yang agak menarik perhatian.
Terus perasaan ingin mengutarakan perkara ini untuk anak sulung perempuan dan lelaki
(lelaki lebih di beratkan),bekenaan hasrat,perasaan juga kesilapan sebagai ibu bapa pada anak sulung ini.
Ia ditujukan juga untuk anak2 sulung lain (jika ada yang membaca).Artikel tersebut mengenai berbahagilah wahai anak sulung,benar seperti di nyatakan sewaktu di bebani bermacam tugasan,umi pernah juga terasa jauh hati malah pernah juga merungut juga memberontak sebab umi pun anak sulung
Sikap remaja dulu adalah kerana cetek fikiran dan kurang pengalaman.Sering merasakan diabaikan juga dibebani tak kurang rasa dipersalahkan.Melawan perasaan itu tanpa sedar ia anugerah tuhan untuk membina kekuatan,terima kasih untuk kedua ibu bapa kerana itu apatah lagi setelah ketiadaan mereka terbuka segala persoalan.Ingatan ini juga kepada semua anak2 yg masih berpeluang memeluk ibu bapa,pelukah mereka sementara boleh.
Wahai anak sulung kalau kamu terasa kamu dulu tak semewah adik2 kamu ingatlah semestinya kamu telahpun dapat kasih sayang harapan dan perhatian sebelum kamu di lahirkan.ketibaan kamu di nanti,di rai dengan penuh perhatian,bersyukurlah.
Memberi peluang untuk adik2 mendapat perhatian adalah kerana ibu bapa kamu tidak sempat melayan mereka di dalam kandungan kerana sibuk melayan kerenah kamu.
Sememangnya kamu telah secara rasmi di lantik sebagai role model untuk adik2,pangkat terhormat untuk sesebuah keluarga,kamu telah menjadi popular sejak dari lahir kerana hanya nama kamu yang di sebut sebagai rujukan untuk keluarga kamu.Satu penghargaan yang telah di beri ibu bapa kamu khusus untuk kamu.
Kata-kata kamu di ambil kira dahulu sebulum membuat apa2 keputusan jadi wajarkah kamu merasa jauh hati?berhentilah menjadi terlalu memikirkan diri sendiri
Anak2 sulung kamu benar beruntung kerana kepayahan membuat kamu matang,kuat disiplin dan banyak lagi sikap2 baik yang terpenting mendapat perhatian Allah apabila kamu merintih.Bangun dari lamunan kalau kamu masih belum jangan terlambat seperti umi.
Walau telah melalui hari2 bersama arwah tok tetapi jika awal menyedari perkara ini tentu umi akan mencium tok setiap hari tanda terima kasih bukan sesekali.
Perkara yang lepas jangan di kenang ini hanya sebagai peringatan untuk anak2 sulung.

BERBAHAGIALAH SEBAGAI ANAK SULUNG KERANA ITU SEMUA ANUGERAH ALLAH UNTUK KAMU SAHAJA

Wednesday, March 21, 2012

Terima kasih

Alhamdulillah menghadirkan kamu untuk kami
meminjamkan kamu selama lima tahun ini.Penuh kenangan yang akan di rindui,
terima kasih memberi girang pada hati kami.Maafkan diri ini kerana tidak
mampu menyelamatkan mu.Ria hidup mu terhenti di sini,pada hari ini.

Terima kasih jadi penghibur ku selama ini,tulus kasih mu tidak terbahagi
tidak pernah mengeluh tidak juga menipu.Segalanya begitu telus kerana kau
makhluk tuhan yang di ciptanya untuk jadi peneman waktu sepi.

Terima kasih wahai kesayangan jasad mu telah pergi tapi nama mu di hati.
Kini suara mu tidak akan kedengaran lagi,pada pagi juga malam hari.Lala
memang kau hanya seekor kucing tapi kau ialah sebahagian dari keluarga ini.
Mungkin sesetengah manusia menganggap kau hanya kucing peliharaan.Hakikatnya
Lala adalah makhluk ciptaan Tuhan yang tidak menipu tidak juga memainkan perasaan,
Telus istilah yang elok di berikan sifat yang telah semakin hilang dalam naluri
manusia

Selamat tinggal Lala juga terima kasih untuk segalanya.

Thursday, March 8, 2012

sekadar renungan

Memang hidup ini tidak akan pernah sunyi dari setiap dugaan dan ujian. Apa yang boleh saya katakan, sebagai umat Islam seharusnya kita yakin sesungguhnya setiap cabaran dan ujian hidup itu adalah bukti kasih sayang Allah terhadap kita.

Berdasarkan dalil daripada ayat 15-17, surah al-Fijr, kita harus fahami bahawa setiap kenikmatan dan kelapangan yang diberikan itu BUKAN bermakna Allah telah memberikan kemuliaan. Dan setiap orang yang diberikan ujian dan cubaan itu BUKAN bererti Allah telah menghinakannya.

Ibnu Qayyim dalam mensyarahkan dalil daripada ayat-ayat tersebut menyatakan golongan pertama itu sebenarnya telah diuji dengan beberapa kenikmatan dan golongan yang kedua itu pula telah dimuliakan dengan diberinya cubaan dan ujian.

Apa yang penting bersabar dan bermuhasabahlah selalu kepada Allah swt. Setiap orang yang beriman pasti akan menerima cubaan. Yang pasti, setiap ujian itu akan sentiasa kita alami sepanjang hayat, cuma tahap dan bentuknya mungkin berbeza-beza.
Sebagaimana yang diriwayatkan dari sebuah hadis,

Saad bin Abi Waqqas pernah bertanya kepada Rasulullah saw., Siapakah orang yang paling berat cubaannya ?

Jawab baginda, Di antara orang-orang yang paling berat cubaannya ialah para nabi, kemudian mereka yang seumpama dan seterusnya. Seseorang itu diuji sesuai dengan kadar agamanya. Jika dia mempunyai kekuatan dalam agamanya, maka beratlah ujian yang diterimanya. Sekira agamanya lemah, tentu dia akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Ujian akan selalu datang menimpa seorang hamba selagi dia masih berpijak di atas bumi, dan sehingga tiada lagi kesalahan padanya.
(Riwayat Tirmizi)

Setiap kali diuji, walau seberat manapun cabarannya, ketahuilah... ianya akan menjadi kayu pengukur yang menentukan keteguhan iman seseorang. Pelbagai ujian dan dugaan yang diterima itu, adalah bukti kasih sayang pencipta terhadap hambaNya. Dan juga untuk memastikan kita semua memiliki iman yang lebih kuat selepas berjaya menempuhnya dengan penuh kesabaran.

Imam Ghazali ada menulis di dalam kitabnya Mukasyafah Al Qulub,Sesungguhnya bala merupakan pelita bagi orang arif, menyedarkan orang murtad, memperbaiki orang mukmin dan menghancurkan orang yang lupa. Tidak seorang pun akan mendapat manisnya iman sebelum dia ditimpa bala, rela dan bersabar.

Selain bersabar. Apa yang paling penting ingatlah Allah dan berdoalah selalu. Doa itu adalah ubat yang paling mujarab. Menurut Ibn Qayyim di dalam kitabnya Ad Da Wad Dawaa, Doa adalah musuh segala bencana. Ianya dapat menolak malah dapat menghilangkannya. Ataupun sekurang-kurangnya doa itu akan dapat meringankan segala bentuk musibah yang datang.

Sesungguhnya berdoa itu adalah senjata orang mukmin. Sebagaimana sabda Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Al-Hakim di dalam kitab sahihnya yang berasal dari Ali bin Abi Talib ra., sabda Rasulullah saw,

Doa adalah senjata orang mukmin, tiang agama dan cahaya langit serta bumi.

Akhir sekali, cuba baca perlahan-lahan dan hayatilah sabda Rasulullah saw dibawah yang maksudnya cukup indah dan mendalam sekali. Semoga ianya serba sedikit boleh menjadi penawar ataupun sekurang-kurangnya memberi sedikit suntikan kekuatan untuk kita di dalam menempuh apa saja ujian yang datang.
Janji Allah dalam sabda Rasulullah saw,

Tiada seorang Muslim pun yang ditimpa sesuatu yang menyakitkan berupa penyakit atau lainnya, melainkan kerananya Allah akan menghapuskan keburukan-keburukannya sebagaimana pohon yang menggugurkan daun-daunnya.
(Hadis Riwayat Bukhari)

Semoga kita semua sentiasa bersabar, mengingati Allah dan berdoa selalu di dalam menghadapi apa saja bentuk ujian yang mendatang.

PERCAYALAH sesungguhnya Allah menyayangimu